Friday, July 16, 2010

Siri cerita yang 'cutting-edge' : Bijak melampau-lampau

"Daniel memang bijak!!". Itu ungkapan sinomin bagi menggambarkan Daniel. Mana-mana sahaja dia pergi semestinya orang sekitar akan berkata begitu pada Daniel. Ya...Daniel memang bijak..jenis yang bijak tak pasal-pasal ini memang susah sikit nak diterangkan sifat fizikal dia..tapi kira cukup jika mengatakan bahawa setiap apa yang Daniel buat pasti akan mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Tak kesah la apa pun...dalam pelajaran ke, dalam pemanduan kereta ke...hatta gaya memakan nasi goreng sekali pun orang nampak Daniel bijak.

Daniel adalah pelajar di sebuah institut pengajian tinggi awam yang 'glamour' habis. Dia seperti biasa sentiasa mengamalkan sifat bijak sehari-hari. Tiap kali peperiksaan pasti akan mendapat keputusan dekan...sampai dekan pun dah tak tahu nak bagi apa. Cukup hebat. Ramai budak suka berkawan dengan Daniel. Itu belum kira lagi berapa gadis yang jatuh hati pada dia. Tapi Daniel tetap kawal perasaan bijak nya itu. Jadual harian Daniel tiap-tipa hari adalah belajar. Siang malam tak lekang buku pelajaran di tangan Daniel. Kadang-kadang sambil main badminton pun Daniel sempat hafal 2-3 rumus.
Diceritakan pada suatu malam yang hening...seperti biasa Daniel tekun membelek buku tebal 5 inci. Daniel ditemani oleh rakan-rakan kelasya yang mahukan tempias bijak Daniel. Jenis Daniel ini..kalau belajar tidak mahu diganggu, tapi bila Siti Markiah sendiri yang minta diajar..cair juga Daniel.


Sedang tekun belajar, Daniel perasan seekor nyamuk sedang membuat onar di depan mukanya......PAAP!! Daniel senyum puas. Dicalit bangkai nyamuk itu di tepi bucu kerusi. Daniel teruskan belajar. Belum sempai 2-3 minit...bunyi nyamuk wengggg wengggg buat Daniel kerut dahi. PAAP!! PAAP!!.....tumbang lagi 2 ekor nyamuk. "Huh!!mengganggu betul!" keluh Daniel dalam hati. Sudahla perlu belajar secara berkumpulan cukup buat Daniel kurang selesa..ditambah pula dengan nyamuk.

Wengggg wenggggg.....berdesing telinga Daniel. "cilaka betul nyamuk ni!! kenapa aku juga kau hurung!" Daniel masih bersabar..dicapai segulung surat khabar...PAAP!!!PAAP!!PAAP!!. Rakan-rakan Daniel memandang pelik, kerana mereka sikit pun tidak terganggu dengan nyamuk...kenapa pula Daniel seorang? adakah nyamuk juga mahu bijak lalu cuba meminum darah Daniel?

Wenggggg wenggggg wengggg......Daniel sudah panas punggung. Baru 2 helai muka surat yang dia khatam, masih banyak yang perlu di baca. Laju Daniel mencapai tin ridsect....Psstttttt!!!Psssttttt!!!!. Nampak raut wajah Daniel puas. Rakan yang lain ada yang keluar bilik kerana tak tahan dengan bau racun. Tak sampai seminit, Daniel Psssttttt!!!Pssssttt!!!Pssstttt!!! lagi. Marah betul Daniel dengan nyamuk. Kini, hanya 5 orang rakan Daniel yang tinggal termasuk Siti Markiah yang setia dengan bijak Daniel.

Wengggg wenggg wengggg......Rasanya nyamuk memang saja cari pasal dengan Daniel. Jam sudah pukul 12 malam. Daniel masih belum habis belajar. Gangguan nyamuk buat Daniel timbul urat mata.

Siti: kau nak buat apa tu Daneil??
Daniel: aku nak bunuh nyamuk!...aku benci nyamuk!
Siti: tapi.......


BUUFFFF!!!!BUUUFFFF!!!!
Lega hati Daniel...seekor nyamuk pun dah tak nampak...bukan setakat nyamuk, dengan Siti Markiah sekali samar-samar dalam bilik itu.

Besoknya Daniel hidup seperti biasa. Tapi rakan-rakan dah tak panggil Daniel bijak lagi. Lepas Daniel guna 'fire extinguisher' untuk bunuh nyamuk semalam...rakan-rakan selesa memanggil Daniel...."Daniel memang bangang!!".


20 comments:

Kniedaz said...

hoho..dalam bijak ada bengongnya juga..

FyZa said...

haha..mcm nie pnya org pun ada ke?

AngahSayang2314 said...

tapi kan kalau bunuh nyamuk utk keselamatan ok gak kan????

Cik Lily Putih said...

daniel memang bongok!

-telOrDibAsuh- said...

daniel bakal jadi pembunuh hahahaa

Mat Sentap said...

daniel mmg bengang!!haha

tOm said...

cerita santai utk hari jumaat. cool!

Mind Me said...

hahaha...good one!

Mario said...

wow...cara baru tu...ekeke

kiwi said...

haha...hbes la fire extinguisher 2 nti

nerdy nadea said...

aku ingatkan ko buat cutting edge pasal nyamuk. bahasa nyamuk. haha..sebab korang je yang paham bahasa haiwan ni..hehe..

xazryx said...

bijak sgt smp biol pale ox .hahaha .

Unknown said...

pergh...hahaha..spechless

kay-N said...

haha..ingt cte psl daniel tertampar mke siti tu ke..upe nye mnde lain~ hehe

cEro said...

daniel terbaEK!!!

cikpia said...

daniel MEMANG bangang.......

Unknown said...

hahahah..lawak betul..haha
Latest post:Ingatkan saya sorang je malu,tapi semua org malu!!

Sesumpah said...

aku ternak nyamuk.

nak beli segantang?

Chaon Cornerz said...

owh.. dah tak jadi nak tdo.. hahha..

noorafzan.blogspot.com said...

memang bangang...
haihh..