Thursday, July 29, 2010

Siri cerita yang 'cutting-edge' : Terbang itu Bebas

Kenapa selalu orang cakap, bila nak bebas mesti macam rama-rama atau rajawali atau segala yang boleh terbang lah. Kalau dapat terbang itu bebas kah? Apa bezanya terbang dan berenang? Sebab jarang orang kaitkan bebas macam duyung atau kuda laut atau ikan keli. Mungkin kalau di udara kurang berpeluh dan kurang menggunakan kuderat yang 'double' berbanding jika melayang-melayang di udara..jadi dikatakan terbang itu bebas......entah siapa pula yag rajin ajukan soalan pada rama-rama ata rajawali atau segala yang terbang..."adakah kau bebas?"

Jika itu definasi terbang..mahu sekali Jen memenuhi syarat-syarat untul mendapatkan kebebasan itu. Tak kisah la kalau perlu dia ambil ujian terbang sekalipun...ujian atas bukit pun selamba dia makan, ini kan ujian terbang...langit mana ada bumper.

"Ahhhh.......langit..kenapa kau tinggi sangat" keluh Jen waktu ini....dirasakan langit itu sahaja peluang untuk dia bebas. Dikesat air matanya dengan hujung baju kurung cotton corak bunga-bunga. Mata Jen sentiasa bekerja keras dengan mengeluarkan rembesan air mata. Tiap-tiap hari ada saja air yang keluar. Air mata Jen bukan mengada-ngada nak keluar suka-suka...mesti ada penyebab. Penyebab itu semestinya yang hampir dan rapat dengan Jen. Apa tiada kerja lain agaknya penyebab-penyebab itu mahu buat seorang gadis yang comel seperti Jen menangis sehari-hari.

"Maaf Jen.....aku punya pilihan yang lain..." itu sahaja kata-kata yang mampu keluar dari mulut John. Macam haram...alasan makin tidak serasi? jadahnya...Diikutkan, Jen lah yang banyak bertolak ansur. Bukan sekali dua John ter'kantoi' mempunyai hubungan dengan gadis lain..tapi berkali-kali...itupun Jen masih sabar. Dasar tak cukup nafsu.

Misai tajam milik Encik Abdollah cukup mengerikan sesiapa yang memandang..apatah lagi Jen yang cukup lemah lembut. Tapi Encik Abdollah seakan tak menghargai pemberian tuhan kepada anak gadisnya itu. Dia lebih nampak kulit bersih, lembut Jen itu bagai pelapik puching bag. Asal balik dari kelab malam saja mabuk..asal mabuk saja tumbuk. Sudah puas Jen merayu agar dikasihani...tapi telinga Encik Abdollah kuat ditekup setan...setan yang gembira kerana ada orang meminum kencing kuning dan hanyir nya.

Jen rindu untuk memanggil ibu. Sejak lahir lagi Jen hanya panggil bapa. Pn Ros hanya sempat mengerling Jen sewaktu Jen baru dilahirkan...pendarahan yang banyak buat Pn Ros tak cukup nyawa. Bagi Encik Abdollah...Jen menjadi penyebab Pn Ros mati. Encin Abdollah seakan-akan tak masuk kelas agama darjah 6 punya...bahawa kematian dan kehidupan insan adalah ketentuan tuhan..jadi kenapa Jen perlu dipersalahkan.

"Langit..." ungkap Jen dengan senyuman. Jen dah tak menangis lagi. Dipejam mata ketat-ketat sambil mendepa tangan. Angin begitu mesra dengan Jen. Kini Jen sedang terbang bebas. Jen terbang dari tingkat 11 condo mewah dimana Jen tinggal. "Langit...."

15 comments:

Amni said...

Bunuh diri? Seriuss..... suka amik jalan singkat kan? umph!

C++ said...

Huh....

Gilos tul la... terbang tue....

FyZa said...

erk..agk musykil utk memahami cerita ini..huhu

Unknown said...

ek...en abdollah mmg teruk!semoga aku tak jd bapak mcm dia..huhu
Latest post:Inikah pujian?

Mario said...

tak bape nak paham tapi kalau terbang tu maybe sebab kita dah bole berenang,,,terbang tak boleh...

saya_arief said...

flying w/out wings..

meowwmania said...

erkk!

u jump, i look...

AngahSayang2314 said...

hehehe apa kata lompatttttttttt hehehe

Adriani said...

Deep, very deep..... :'(

.::WaNiE::. said...

Oh no Jen !!

dya adriza said...

komen jujur..

mula2 cm boring, x mcm cita2 sblm nih..
tapi ending dia.. pergh!!!!

salute bro!!

noorafzan.blogspot.com said...

jen, kesiannya..

Carl Samsudin said...

style la!!!

cikpia said...

sian jen.... tapi jen pun macam tak pi kelas agama darjah nam.... suka suki jer dia bunuh diri. bajet supergirl ka....???

Aishah Malik said...

para jamaludin! die ade blog an..