Monday, August 2, 2010

Siri Cerita Yang 'Cutting-Edge' : Meon Budak Gemook

Meon gemoookkkk yeay!
Meon gemooookkk yeay!
Meon gemok perut besar!

Rangkap korus lagu itu dah jadi sebati dengan diri Meon. Acap kali jumpa Meon, budak-budak kampung Meon pasti akan nyanyi lagu tu. Kadang-kadang bila mahu ajak Meon main bersama, lagu itu juga jadi modal untuk panggil Meon dari rumah.

Meon memang gemuk. Meon memang perut besar. Tapi Meon tak pernah marah budak-budak kampung itu. Gelarlah apa sahaja pada Meon...gemok kah, beruang kah, badak kah hatta babi sekalipun Meon tak pernah marah. Meon lebih suka senyum. Nampak lesung pipit Meon bila dia senyum.
Jamil anak Salehuddin tinggal 10 langkah dari rumah Meon. Jamil juga merangkap king kepada budak-budak di kampung itu. Iyalah...Jamil usianya lebih tua berbanding yang lain. Jamil juga tinggi, lengan berurat-urat, suara garau jenis pecah suara awal,..maka layaklah dia ditabalkan King. Segala aktiviti riadah di kampung itu juga perlu kelulusan Jamil dan Jamil jugalah yang penat memerah kepala memikir bait-bait lagu untuk Meon.

"Jamilllll....harini kita nak main apa!!!" tanya Udin
"harini kita main nyorok-nyorok!!!yeayyy...dan macam biasa Meon kena jadi tukang carik!" bersahaja Jamil bagi arahan.

bersoraklah yang lain apabila mendengar King membuat keputusan. Seronoknya main nyorok-nyorok taklah kemana sangat...yang seronok benarnya sebab Meon jadi tukang cari. Bila Meon mula mengira...habis besepah semua lari. Lari budak-bidak ini bukan nak menyorok...lari mereka terus ke kedai Aji Kamis bantai pekena aiskrem. Sampai kesudahlah Meon mencari tak jumpa-jumpa..haram J betul perangai sorang-sorang.

Macam itu jugalah gaya main apa-apa pun. Meon juga jadi bahan. Ada sekali bila main bola cop jenis pakai bola tenis...dalam ramai-ramai budak, Meon juga menjadi tumpuan. Geng Jamil baling dekat Meon..geng Meon pun balin dekat Meon...jadahnya. Meleleh air mata Meon tahan sakit..tapi Meon tetap senyum Senyum nampak lesung pipit. Pendek kata..tanpa Meon, sunyilah budak-budak kampung itu..buntulah kepala Jamil mahu memikirkan apa nak dibuat selain mahu di pedajal Meon hari-hari.

Jamil pula bila ditanya apa hobi..laju jawabnya.."buli Meon!!!" itulah sahaja didalam kepala hotak Jamil. Tak pernah kering idea untuk menyakat Meon. Hari-hari pun nak sakat...tak bosan agaknya Jamil. Pelinya..Meon tak pernah berdendam dengan Jamil..senyum saja kerjaya. Sepatah haram pun tak keluar dari mulut Meon. Menyumpah jamil jauh sekali.

Petang itu macam biasa..Jamil sebagai King memutuskan untuk bermain bola. Maka bahagi-bahagi lah yang lain membentuk 2 kumpulan. Meon pula dijadikan lineman...lebih pada budak milo sebenarnya. Jika bola masuk longkang, Meon lari terhenjut-henjut kutip bola. Jamil pula kuat-kuat sepak bola...lari lah Meon henjut-henjut lagi.
Jamil dahaga...berlari dia ke kedai Aji kamis beli aiskrem warna hijau. Jilat lebih kurang...dipanggilnya Meon,

" Meon!!kau pegang aiskrem aku ni kejap...aku nak main bola. Tapi kau jangan makan! aku nampak kau makan siap kau!" Meon senyum sambil pegang aiskrem.

Jamil main sungguh-sungguh. Bila dahaga, dia lari dekat Meon jilat aiskrem. Sambil jilat sambil sepak sikit punggung Meon. Meon senyum.

HAAACHUUMM!!

Meon beresin....kuat pula dia beresin kali ini. Habis besepah segala lendir dari hidung Meon....lekat tepat pada aiskrem hijau Jamil. Meon sedut balik lendir tadi....sambil senyum. Jamil leka sepak bola. Bila dahaga, dia lari dekat Meon jilat aiskrem. Sambil jilat sambil sepak sikit punggung Meon....

"Sedapnyaaa aiskrem niii" kata Jamil

Meon senyum sampai ketelinga...nampak lesung pipitnya.







20 comments:

C++ said...

Bhai Hentakbelipat...

Macam haram.... huweek.... pengotor sungguh la...

Unknown said...

ahahahhaa
da byk2 kali jilat, part last tu baru nak kate sedap

a's said...

euuuwwww! nasib baik tak suka makan ice cream kaler hijau

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

wakakah wakakah

meowwmania said...

hahhahah....

padan muka Jamil!

noorafzan.blogspot.com said...

euuu...
ingatkan ada kesudahan yang lebih thrill tuk cite meon ngan jamil ni...

.::WaNiE::. said...

aaaa sengalllll

wekkkkkk geli lah woi


hhahahaha

TheBentPencil said...

sambungan:

sesudah main bola jamil merasa dahaga pula. ditendang lagi meon sambil disuruhnya membeli air coca cola.

"air coca cola singgit!" kata jamil, mengarah. meon senyum, lalu ke kedai ah pek di sebelah.

"air coca cola singgit." diordernya. ah pek menuang air dalam bekas berisi air dan membungkus ketat.

ahpek hairan. biasanya meon beli cikedis 8-10 bekas sekali datang. ni satu air jer."itu aja?" tanya ah pek tu.

"jap, nak tambah topping sikit." kata meon. dia membuka plastik air itu, menundukkan kepalanya dan mula berkata

HARRRKKKK...THUIIIII

Unknown said...

hahahaha...Meon mmg terbaik la!!haha..kaki buli sebenar~haha
Latest post:Inikah pujian?

PUAN PIA said...

Hahaha...Lawak giler si meon ni...

Kerut2 kat dahi aku akibat baca buku terus lenyap 100%

fndrocka said...

senyum penuh makna

nerdy nadea said...

syabas meon..aku sokong..kalau aku, aku ludahkan aje kat eskrim tu...hahaha

Amni said...

jahat nih... hahaha.. korang dak UTM amik industrial chemistry ke? wat project under dr. wan eh? macam familiar je hentak berlipat ni...ermm..

Affan Ruslan said...

hehe.
aku suka baca citer ni.

siot ah jamil, hari2 dok pikir nk buli meon.

meon bpk kental ah die, senyum sudah. hehe

AngahSayang2314 said...

hohohhooo penuh makna tue... senyuman nya hehehe

Miss Mirror a.k.a Sam said...

yulk.......super disgusting!!!

FyZa said...

erk..geli segala tekak + urata2 yg ada..x maw mkn aiskrem 2 arie..;'(

Tupai Karan said...

haha topping perisa tambahan.. moralnya jgn bagi kawan pegang eskrem anda..

erm.. kesah berdasarkan pengalaman ka ni? hakhakahk

Latest Post : Bila Kawan Jadi Artis

minbachok said...

Padan muke Jamil! Huh. jahat sunggoh die.

Kniedaz said...

eiiiiiiieiiiiii...jejek!