Wednesday, September 8, 2010

Perangai Pelik bab 17: Al Harith Hatim

Kalau kau nak tau, aku adalah anak bongsu. Jadi, masa kecik, aku tak ada member nak hentam borak. Tapi sekarang aku dah ada 3 anak buah. Yang paling sulong (Al-Harith Hatim) dah masuk 5 tahun, jadi boleh la nak ajak borak-borak jenis ringan. Aku memang suka berborak dengan Harith..sebab boleh menguji minda dan panas baran.

Selasa, 12.30 a.m


aku: "bang....apsal tak masuk tido lagi nih??"
harith: "nak tengok Animal Planet jap..best pulak tengok binatang"
aku: "sukatilah"

harith: "cu boy...beruang kutub warne putih ke? sebab die duduk dekat salji ke?"
aku: "aah..pandai!"
harith: "beruang dalam hutan warne ape?? cokelat ade ke?"
aku: "ade lah..hitam pun ade..die tengok mood beruang tulah..kalau rase nak hitam jadi warne hitam.."
harith: "oo..ade tak beruang warne purple?"
aku: "jadahnye?? mane ade"
harith: "sebab kawan abang kaler beruang warne purple kat sekolah"
aku: "nanti bukak sekolah cakap kat kawan abang..LOSER!..ok?"

harith: "lembu tak suke warne merah ke? sebab ape?"
aku: "entah..sebab merah buat die sakit mate kot"
harith: "lembu suke warne biru tak?"
aku: "suke la kot"
harith: "ooo..emmm..warne kuning?
aku: "suke la kot..selain warne merah semua lembu suke!"
harith: "ohh..selain warne merah..........kalau warne hijau?"
aku: "jom masuk tido harith...cu boy nak demam"

Hari itu aku dapat satu rumusan, budak-budak ada sifat ingin tahu yang paling mengada-ngada sekali.


23 comments:

Misshy Innz said...

Haha ! Kelaka la harith..

Smlm ada seremban's bloggers gath kat s2.

Anis izyan Abd Rahman said...

ahah~
comel harith nie

HanisAzla said...

Pandai cu boy layan harith yer.. budak2 mmg boleh becakap secara non stop dari satu topik ke satu topik.. mcm i, agak2 dh x larat nak layan anak2 dok bercakap, i cakap ajer "murai nak" beberapa kali.. lps tu pandailah depa stop sendiri.. he..he.. mama jahat..

HanisAzla said...

Pandai cu boy layan harith yer.. budak2 mmg boleh becakap secara non stop dari satu topik ke satu topik.. mcm i, agak2 dh x larat nak layan anak2 dok bercakap, i cakap ajer "murai nak" beberapa kali.. lps tu pandailah depa stop sendiri.. he..he.. mama jahat..

cikpia said...

ha ha..... sah menurun perangai cu boy dia.....

Aku said...

budak yang banyak bertanya tandanya dia bijak kerana otak dia sentiasa berfikir dan menganalisis

noorafzan.blogspot.com said...

haha..
bagus pe..
aktif betul dia menyoal..
bakal inspekto polis bghn siasatan tu.

Aimi Zainudin said...

cu boy??ahah...

tgk name pun tahu dah sifat ingin tahu ngengade si budak harith tu dtg dr mana..haha

a little less conversation said...

adoi..sekali kne main daa ngn bdk kecik..hahaha

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

keh3...

sama la ngan my adik...

sampai kadang2 jerit2 bila terpaksa ulang benda yg sama

Fairuz Zainal said...

ni mesti dulu kau pon mcm ni kan?hohoo

Hazirah Hamid said...

kanak-kanak memang cmtu cu boy ^_^

abigemok said...

hahaha.. bebudak memang mcm tu.. tak habis2 nak tnya benda :D

Miss AZ said...

hahaha..
comel gila soalan dia..

Nurul Ayu said...

haha..boleh bawak amuk kalau layan budak2 ni...

pawaka19 said...

beruang wane purple tu teddy bear jele hehe

New Entry "Haru Cdiqlife Nak Bagi Duit Raya RM200"

Lan Bingka said...

ala cu boy..layan je la. bukan selalu jumpa cu boy..

± said...

haha...nampaknya cu boy kalah di situ...

TheBentPencil said...

nasib baik dia tak tanya...

"tu burung apa?"
"tu burung apa?"
"tu burung apa?"
"tu burung apa?"
"tu burung apa?"

(iklan raya tahun lepas)

Sophie Al-Yahya said...

hahahaha...comel giler budak harith ni. lawak2..

loti mukhtar said...

pening nak menjawab soklan mencabar minda ini.kalau kite,mau juling bijik mata

Mind Me said...

oh sooo sweeett! hahhahaa
harith mang bijak! =p

Afifah Azmi said...

haha..budak2 memang mcm tu. sbr2