Bila nak raya ni, penaik seri dia adalah kalau dapat jumpa balik member-member lama. Iyalah, zaman aku sekolah dulu celah mana pulak nak bertukar-tukar nombor Hp bagai. Paling busuk pun,dok tukar buku biodata, tulis warna warni kasi bakar sikit hujung-hujung kertas.
Jadinya, malam raya, lepas naik turn rumah aku bertakbir, aku terus setting dengan Usop nak pekena Shisha. Bukan aku tak mahu ikut hentam sampai satu taman bertakbir...takut aku sembahyang raya pukul 11 pagi besoknya nanti. Usop adalah member lama sekolah Agama Dato' Klana Petra Maamor. Kalau dah member nak belanja shisha, aku memang tak berkira sangat. "Tompek paling moncongkam shisha eh, kek sini lah" kata Usop nak provoke aku.
Topik berborak dari pada dok putar balik cerita bab lama sampai lah pada topik yang berat-berat. Paling aku rasa brader-brader sekali bila Usop bukak cerita pembelian hartanah dekat negara berkait...pehhh!.
Bila hentam borak sampai hilang akhlak, rasa shisha pun dah naik cilaka.
aku: "bro!! shisha ni dah sikit lagi nak rasa air longkang, kasi tukar dia punya bara satu kali lah!"
brader shisha" tak da hal!"
aku: "cantekk...agak-agak berapa botol shisha perabih satu malam nih?"
brader shisha: "tengok hari jugak, macam malam raya ni...ada jugak dalam 3-4 ratus habis. Mungkin persediaan tekak untuk takbir besok pagi"
aku: "gila ba.."
brader shisha: ni bola ade kau tengok semalam? Manchaster City menang besar oi...3-1."
aku: uish..kurang ambik tahu tuh...Manchaster City bantai sapa?
brader shisha: raya-raya jugak...bola itu wajib.
aku: "iyelah...dia lawan siapa?
brader shisha: "alah..lawan England....England lah..."
aku: "........"
Musim raya ni aku dapat simpulkan satu benda. Nawaitu maaf memaafi tu sangat kuat. Ini kerana, dari niat aku nak tekan brader tu dengan bara arang, aku lebih senang senyum sambil ucap selamat hari raya dekat dia.
22 comments:
England? wahahahahaha, hebat jugak penangan shisha tu
haha..agak2 la brader
heheheh..lagi sekali aku kena ulang baca sampai 3 kali..hape perangai peliknye? tang bola ke tang shisha?
kenapa kenapa?? tak paham huhuu...
yes..gua dapat no 5.
jemput baca kisah mira dalam novel mira buat....nama telah ditukar dalam nvel:)
lu cbe cek tul2..mana tau kot2 brader tu letak dadah ke dlm shisha tu..
walaupon aku tak pandai sgt bab2 bola ni tapi aku mampu tersenyum baca entry hang...ahahaha
ape yang peliknya? hahahaa..tak paham aku. bola ke shisha?
sekolah petra maamor? senior kazen i lah ni
agak2nya kat channel manalah mamat tu tgk man city bantai england tu yek??? muahaha... layan senyum sendiri..
hahaha.. manchaster city lwm england? hahaha.. shisha oh shisha
yaeh!!!
aku faham..
england?? wahaha..
seb bek raya, kalo tak mmg bertanda dah dahi brader tu kan??
hahaha
u skola kat petra maamor?erm..samela..batch bile eyh?;P
apekah..
terabur betul la brader tuh.
ahh..
semua benda dia tahulah tu...
hentak je kapla brader tu... ;p
jadah apa lawan england. haha. tu asap dah naik sampai kepala la tuh.
ha ha.... aku ingat ko jer bangang. abang shisha lagi bangang rupanya... he he......
hahaha!
kalau aku da maki sebakol!
semangat bola amende abg oi!
$#%#&^%!!
wah teringat kenangan tukar biodata kat note ms sekolah dulu
New Entry "Buah Vanilla Sekilo RM 1,500"
hahah, mamai kott.
Post a Comment