Wednesday, 10.30 PM (hujan turun anjing dan kucing)
Tersebutlah satu hikayat purba dalam banyak-banyak hikayat yang ada, arakain kalinya hikayat ini jugalah diceritakan dari turun temurun. Asal susur hikayat purba ini, puncak penceritaan nya tidak lain dan tidak juga bukan adalah dari pelakon utama hikayat ini jua lah.
Sekali lagi, tersebut satu hikayat purba, jika difikir-fikir secara masak, hilang akal juga jika rakyat jelata suka-suka mahu bercerita tentang hikayat ini. Betapa terlarang jua hikayat ini hanya lah diketahui oleh pelakon utama hikayat ini jua.
Satu kali lagi, tersebut satu hikayat purba, dimana pelakon utama bernama Panglima Robert. Panglima Robert pula merupakan ketua bala tentera bagi negara Pelangi Lolipop. Jika dikira dengan jari, mahu juga melecet jari-jari untuk menghitung jumlah tentera Panglima Robert... punyalah ramai. Ditambah pula, askar-askar Panglima itu dipilih dikalangan lelaki maskulin dan metrosexsual yang tak terperi. Ada juga dikalangan mereka terselit golongan suka sama jantina.
Mengikut gosip rakyat jelata, askar-askar Panglima Robert, adalah dari jenis yang tidak makan sayur. Sudah lah tidak makan sayur, dari golongan Cannibal pula. Maka, tiadalah kerja para tukang kubur negara tersebut. Karena habis semua mayat-mayat akan dimakan oleh askar-askar. Jika berlaku peperangan, segala yang mati, akan habis di buat bakso. Jimat jugalah kos permakanan bagi tentera Panglima Robert.
Terdengar juga, Panglima Robert memiliki seekor kuda yang tiada tolak banding kehebatan nya. Kehebatan kuda Panglima Robert bukan hanya terletak pada saiz nya yang besar, malah pada kaki nya. Ini kerana, kaki kuda Panglima Robert, jika di tenung-tenung, ada 6 batang kaki kesemua nya. Diberi nama kudanya, Lucky No 7. Jika ada masa lapang, Lucky No 7 lebih gemar bersukan di kelab lumba kuda. Sentiasa pula mendapat petak pertama. Menang besar lah Panglima Rober tiap-tiap minggu. Disitu jugalah datangnya pendapatan sampingan Panglima Robert dan negara Pelangi Lilipop.
Britney: " ibu...agak-agak besok mase bedtime story, try bace cite Snow White jelah. Tak berape nak masuk la bu."
Ibu: "eh, ok ape ibu cerita ni..barulah sweet dream"
30 comments:
mwahaha.. "tak berapa nak masuk lah bu." kekeke..
haha. apa barang weh cerita pasal panglima robert kat britney. tak sesssuwaaiiii.
;p
hahaha... ni bedtime story?
ayat klasik sgt... keh3
hehehehe bu xbrape nak masuk plak la nak...
ha ha.... kalau citer kat aku pun tak baper nak masuk.....
pegh. geli pulak time cannibal ue.
patutla tak masuk. haha!
hahha.. sama komen dngan pia.gila tak masuk
Hikayat taraf pecah panggung nie..he...he..
cool gile ibu...
hahaa...
mmg takleh masuk beb...
zombi makan bakso..
hehe..
gud story teller...
da nak tertido niy
heheee
hahaha
pening aku nak faham
P/S : Review Film : Step Up 3D Memang Gempak! Kalau Boleh Nak Tengok Lagi 4 Kali!
Britney? Askar? 300? Jantan maskulin? Hmmm jap jap... hah Meet The Spartans?!
hahaha...lawaknya :)
TERBARU: Aku bukan Yusuf
memang pegi la cite ni utk bed time story, hehe
haha.
bed time story la sgt.
:)
scary seumur hidup jdnye~
peh punyela tergeliat otak nak memahamkan karangan nih sekali bedtime story jek..hampeh! =p
haha..kiut gler nme negara..negara lollipop..hihi
ceritakan sesuatu yg mencabar mindanya lah..:) hihik
Nama anak britney sekali panggil ibu.
Klasik betul Hahaha :)
hahha.. macam tak kene mase je cite nie..
ahaha..
askar dia tu zombie ke apa?
enam batang kaki.
tapi panggil lucky no 7.
kaki ke tujuh mana?
oh wait, aku tahu~~
macam ni lagi boleh cepat tido woi..
haha...
alamak panglima...memang kelakar la.. hehehe
purba la sangattt hohhh...
bila aku baca entri ni macam aku bercakap ala-ala bangsawan pulak. hahaha!
masa bca da mimpi sweet dream.. heheheh
Latest entry di:
Daddy ku agak manja?
Hantu wujud atau tak?
Dosa ke tengok orang naked!!!!
Kambing untuk dijual!
bes giler cite nie..siyes ! sangat bes! wakkakaka ;p
aku yg dpn tuh..malu ah..separuh bogel..hakhakhak
huh..tgk gk citer tu..
tkpelah, moral of the story kn byk..kn
Post a Comment