Tuesday, October 19, 2010

Siri cerita yang 'cutting-edge' : Ini satu kebetulan ( .2)

Puas Jumi menunggu keretapi tanah melayu tiba. Sudah puas. Dari daun-daun kering gugur satu-satu sampai habis semua kena kutip dengan tukang servis stesen keretapi tanah melayu. Keretapi tak juga sampai. Hairan juga. Selalunya keretapi yang sedang-sedang uzurnya itu akan tiba dengan kelajuan 100Km/h dari arah barat, tapi hari ini tidak.

Jumi mendongak. Kelibat awan kumulonimbus bercorak macam badak tadi sudah lama ditiup angin. Yang kini diganti dengan sepasang awan yang lebih gelap warnanya, hujan bakal mererejah tak lama lagi. Jumi menghela nafas gusar. Sesekali ditinjau jam tangan berbentuk hati merah saga. Jam tangan itu tiba-tiba menyebabkan Jumi berhujankan air mata.

Jumi mahu pergi dari bandar ini. Bandar Pelatinum ini sememangnya bukan untuk Jumi, malah jauh sekali hendak Jumi jadikan sebagai syurga birunya. Neraka lebih tepat. Neraka yang tak jemu-jemu membakar hati dan jantung Jumi.

Jumi tinjau lagi jam tangan berbentuk hati merah saga. Melelah lagi air mata. Jumi paling cepat-cepat. Mahu sahaja dia baling jam itu ke tanah dan henyak-henyak sampai lumat, macam lumatnya hati Jumi ketika ini. Kenapa entah Jumi masih menyimpan jam pemberian tunangnya. " U simpan tau jam ini baik-baik, kerana jam ini lambangnya cinta i pada U!" masih jelas dialog itu. Tapi tak sampai 2 bulan hayat dialog itu, semacam ada sumpahan, tunang Jumi mula berubah. Malah perubahan tunangnya langsung tidak dapat diterima akal Jumi.

Dua bulan lepas, Jumi semacam perasan akan tindakan tunangnya yang makin lama makin menjauhi dirinya. Hakikat lelaki, jika sudah bertingkah-laku begitu, paling tidak sudah ada perempuan lain. Jumi tetap tidak mahu menelan hakikat itu. Dalam hatinya mungkin tunangnya itu sibuk bekerja, tarikh nikah pun makin dekat. Tapi bila tepat hari Sabtu, kira-kira dalam pukul sepuluh malam.Oh, Jumi terlambat dalam tiga minit lima belas saat. Betul-betul di bahu Jalan Implikasi 4/7, Jumi terlopong. Sambil terlopong sambil menangis. lalu Jumi terjelepuk bersimpuh ketanah. Betul-betul depan matanya, tunangnya memakai gaun labuh tanpa lengan bewarna merah berkilau-kilau, tas tangan berjenama Guess dan dandanan rambut paling rapi, menunggu mana-mana kawan yang sudi menegurnya.

Oh ya. tunangnya dulu Khairul, tapi kini lebih selesa dipanggil Sara...Sara Superb. "Shit!" raung Jumi dalam hati.
Bunyi deruan keretapi mengejutkan Jumi yang terkhayal di telan masa lampau. Dikesat cepat-cepat air matanya. Destinasi seterusnya bagi Jumi bakal tiba. Jumi keluarkan satu nota ringkas sebesar A4 dilipat menjadi kecil. Diletakkan nota tadi diatas pangkin, dihempap nota itu dengan jam tangan berbentuk hati merah saga. Jumi melangkah yakin kearah landasan. Langkah demi langkah, kini Jumi betul-betul dihadapan keretapi tanah melayu yang begitu gagah menuju kearahnya. Gaun labuh tanpa lengan bewarna merah yang dipakainya rakus disambar angin. Jumi depakan tangan luas-luas......





38 comments:

Mario said...

hehe...

-telOrDibAsuh- said...

sara superb haha...ilike this name hahaah

Rebelle said...

aku nak tukar nama jadi farhan la..
bole tak?
mesti hensem kn?
:))

Unknown said...

we WANT MORE!!!!!!!!

fiqkbe said...

jumi!! jgn!!

Anonymous said...

Neraka yang tak jemu-jemu membakar hati dan jantung Jumi.

hah?

terokai seni said...

awam kumulonimbus tu ngingatkan aku masa skuloh rendah dulu

My MiRa said...

cerita .....ni......hu3

cEro said...

arrrghh!!!
aku ingat dia tunggu keretapi nak balik kampung!!!
ish ish ish!!!

suffer8zine said...

fuhhh ayat berteknologi tinggi :P


terkini : Pertandingan Tarik Tali 43 Tan

Robot | Sakti said...

merah itu menawan

:D

Mar Yanie said...

haha

yanamib said...

macam-macam =)

Lan Bingka said...

jangan begitu jumi..

Ard said...

sara superb! haha

ghost said...

juni mati dengan goblok..tapi sarah superb hidup dengan bobokan..aku merasa khairul yang mati dulu.

Anonymous said...

miahahaha~
model MILF barangkali

Unknown said...

lebih kesian kat jumi lagi dari kesian kat sara..

noorafzan.blogspot.com said...

jumi jangan....
jangan depakan tangan itu nanti ada bau..
haha!!

Asmi Asmidar said...

sedeyh giler stoli. .

alhariesz said...

nama betul jumi mesti jumjumatun...iye dok?

agagagagggaaggaa :D

ateyn said...

huhu..sedey2~

Shahrul Yusof said...

Sara.. Sara Auwwww!

Kniedaz said...

jangan! jangan terjun jumi...jangan! (haish..cut laaagi!)

Tieah Madian said...

Cantik gambo tu..
Suka2..

tanTENton :] said...

lagi, lagi ! haha

grOundnUt said...

sara...oh...saraa....^^'

cikpia said...

jumi, lenkali nak mati pakai baju biasa2 cukup...... gaun merah tu bagi aku la pompuan!!!!!

haidi takeAfoto said...

hehe sy ni xla suke sgt bace2 novel, mmg ssh sket nk imagine bile bace2 cite novel ni..hehe tp 1 je yg sy tau..sumpah sy xkn boleh nk create ayt2 mcm awk post ni..mane belajar ni..kumulonimbus, pangkin...lame xdgr pkataan2 ni..hehe bez2..xdpt imagine pn ase bez gak la..

meowwmania said...

bunuh diri ke? dosa la wei huhuu...

adawiyah rahman said...

lagi?
ekekek

Unknown said...

Uhuk..semakin menarik ni :)

Mari menjadi manusia

PUAN PIA said...

ala... sedihnye jumi... Ingatkan dia nk g mana2 do semangat tggu train, rupenya nk g bunuh diri..
relax le arwah jumi.. kumbang bukan seekor.. HB ade kuata lg ni... hehe.. jgn marah ek PS...

OrenLimau said...

pergh~puitis dalam kesengsaraan.
adeh,takkan bunuh diri kot?
x cemerlang arh gini.

AnAk iBu said...

alah jumi neh pun, khairul tu nak cari duit unutk nikah dia gak. lepak sudah. HAHAH

Syuhada said...

CEPATLAH SAMBUNGGGGG.. ALAMAK SORRY TERCAPLOCKS. KAT OFFICE MEMANG SELALU PAKAI CAPLOCKS. HAHAHA!

KAU ADALAH A. SAMAD SAID AKU.

Syuhada said...

TAMBAHAN : LAGI SATU, KAU SANGGUP SHOOT GAMBAR PEREMPUAN DGN GAUN MERAH SEMATA-MATA UNTUK NOVEL PENDEK NI? NAISSSS :D

cimöt said...

besh ayat2nyer, words bombastik..the most i like..

KOMULONIMBUS!!!