Monday, October 25, 2010

Siri cerita yang 'cutting-edge' : Ini satu kebetulan ( .3)

Keletep...keletep...keletep... bunyi Ismael menekan kekunci komputer meja. Sepatutnya bunyi itu lebih pada tapp..tapp..tapp, tapi disebabkan perangai Ismael yang kurang bijak bekerja sambil mengunyah biskut Hup Seng, maka banyaklah cebisan biskut terselit di celah papan kekunci dari celah giginya.

"Haih...", Ismael menghela nafas panjang. Berat bunyi nafas Ismael. Semenjak tiga hari yang lepas, Ismael lebih banyak menekan papan kekunci dari mengurut isterinya, Sofie. Yang peliknya, hanya perkataan 'MERAH' sahaja yang ditulis berderet-deret. Semacam orang hilang waras. Sofie naik pening. Masuk ini sudah tiga botol minyak cap kapak habis dimandinya, tetap pening. Pening melihat perangai suami. Perjalanan penulisan novel 'sungguh enak menyangkul tanah perkuburan' yang patut disiapkan Ismael turut terbengkalai gara-gara pael barunya ini.

Penyakit menaip perkataan 'MERAH' ini melarat sampai ke dinding tandas jua. Malam sudah, kalau tak silap hari itu adalah hari Jumaat, habis diconteng belakang badan Sofie dengan perkataan 'MERAH'. Sofie hanya mampu tersedu-sedu memadam marker dibelakang badan.

Punca Ismael mempunyai hobi baru ini adalah akibat kejadian tiga hari lalu. Stesen keretapi tanah melayu adalah kawasan kejadian. Ismael melihat seorang gadis yang cantik memakai gaun labuh warna merah tanpa lengan tersenyum sambil dilanggar keretapi tanah melayu. Gadis itu berkecai di landasan itu akibat hampa apabila melihat tunangnya memakai gaun labuh tanpa lengan bewarna merah berkilau-kilau, tas tangan berjenama Guess dan dandanan rambut paling rapi, menunggu mana-mana kawan yang sudi menegurnya di bahu jalan. Ismael melopong.

Dengan mulut lopong, Ismael terjumpa nota dihimpap jam tangan berbentuk hati merah saga. Nota terisi isi hati gadis itu untuk siapa-siapa yang mahu tahu. Mulut lopong Ismael terukir senyuman.

Hari ini, kalau tak silap hari ini adalah hari Rabu. Ismael masih dengan senyuman itu memesan roti pelanta dan milo ais tabur. Ismael memesan roti pelanta dan milo ais tabur di Restoran Yasin dengan memakai gaun labuh tanpa lengan bewarna merah berkilau-kilau, tas tangan berjenama Guess dan dandanan rambut palsu paling rapi, menunggu mana-mana kawan yang sudi menegurnya.

dari google

30 comments:

Nurul Ayu said...

apasal aku blur baca entry ni?????tak paham...?????

NARDtheNERD said...

ismael.
nak bayang dia awal ashaari lahh.
haha.
:))

Anonymous said...

adakah orang yg mmbaca entry ni juga berkemungkinan utk memakai gaun labuh tanpa lengan bewarna merah berkilau-kilau, tas tangan berjenama Guess dan dandanan rambut palsu paling rapi, menunggu mana-mana kawan yang sudi menegurnya lepas membaca entry ni? HEHE.

meowwmania said...

konpius ngeeee....

Lan Bingka said...

oo..kebetulan..

abigemok said...

hari ini hari rabu! hahahaha
jangan kau yang pakai baju merah

dya adriza said...

HB, aku dah naik takut baca cerita ko nih. nasib la aku ni pompuan. so, kalau aku ter'addict' nak pakai gaun merah xd lengan dgn tas tangan segala, xd masalah la.

hmm.. lepas ni laku la pereka fesyen gaun merah.

suffer8zine said...

kebetulan je tu x ya pk sgt :P

Panas!! : ENTER

Unknown said...

jz nk share:
beter ko cek smula structure crite ni..awat la aku rs cm pengulangan berlaku kat ayat2 terakhir??????

petisuara said...

pengulangan ayat 2 sengaja dibuat sebagai simbol

Ard said...

akhirnya?sambung2.. jhahaa

Rowena Zainuddin said...

berkali2 baca..
still xfaham..
heheee..:P

fiqkbe said...

naper suma watak kena pakai gaun merah tnpa lengan + tas tangan guess? confuse jugak =(

grOundnUt said...

Aku nak Taip MERAH gak lah...^^'

cEro said...

arrghh!!!
jgn aku pon berjangkit dgn cite ni sudah...
dah 3 entri 'satu kebetulan' aku bace, semua terkesan...
bro, ko mmg power!

Kie-yu said...

erk!
seramlah..

Tieah Madian said...

Suratan atau kebetulan?
Haha..
Ape2 pun suratan dia ko kena tag..

Un Phat Lee said...

err...tetiba gua rase lapar lagi.haiya

noorafzan.blogspot.com said...

pengaruh kuat betul sampai ismael pun terjangkit sama.
apakah?

sitinaminah02 said...

ini entri bersiri

marina anakcikbob said...

err.. milo ais tabur 1! roti pelanta 1!
[sambil tgk baju sendiri]
nasib baik xmerah! haaa...

Kak Amy said...

salam..

drop here baca entry sambil follow, jemput ke sinar raudah ye.

OrenLimau said...

lorrrr...apa bende suma nak merah jek mail ni..pening!haha

z said...

nasib baik baca hari selasa.haha

z said...

nasib baik baca hari selasa.haha

Anonymous said...

ngape le semua org suka citer pasal pondan ni?

Mind Me said...

oh no aku dah lost! apekah? mengapakah? bagaimanakah? howkah? whykah? whatdahellkah? kahkahkahhh~ =p

aLya maNip said...

alamak..silap bace malam2..huhu
pening + seram..hahaha

Mario said...

merah mmg lawa lah eh...

Syuhada said...

Hahaha! Cepatlah sambung next episod!!! Cepatlahhhh....