Wednesday, November 3, 2010

Ini mungkin satu cerita seram...

Lorong itu sunyi. Sunyi yang kalau jatuh duit syiling bergema satu lorong. Sunyi betul. Lampu kalimantang dua-tiga pasang macam tahu menahu yang suasana sunyi perlu ada kesan cahaya yang sesuai, lalu tiba-tiba lampu kalimantang itu sekejap hidup sekajap tidak. Oleh itu, bila nak berjalan sepanjang lorong, naik seriau dia lain macam.

Lalu aku betul-betul berada di tengah lorong. Sebab apa aku berada dilorong yang sunyi? Kenapa aku tidak berada di lorong yang meriah? Kalau diberi pilihan, memang lorong haji taib lebih baik dari lorong yang sunyi ini. Itu kata hati bila dah seriau. Aku memang tengah seriau. Seriau yang serius. Aku tinjau jam tangan. Oh, aku mana pernah pakai jam tangan. Kesan seriau makin menampakkan kesan. Aku geleng kepala sambil tangan kiri meraba kocek seluar mencari telefon bimbit. Bila ditekan punat telefon itu, cerah muka dengan cahaya. Jelas telefon itu menunjukkan sekarang adalah pukul 12.05 pagi.

Patutlah seriau. Bukankah sudah pukul 12.05 pagi? memang waktu sesuai untuk seriau. Tak semena-mena bau, keras laju merodok deria hidung aku. Gila ba punya tengik ni. Jenis bau yang merodok ini kalau nak digambarkan,sampai boleh berkerut hidung dan kecik biji mata. Tengik betul. Secara autimatis saraf otak laju meneka-neka asal-usul bau tengik itu. Pelbagai bayangan merepek timbul dan itu buat rasa seriau makin menjadi-jadi.

Aku melangkah perlahan. Mata meliar memandang kiri dan kanan. Mulut laju berkumat-kumit baca apa yang patut. Tiba-tiba, semacam pandai hidung ini memberi isyarat bahawa bau itu semakin hampir dengan sumbernya. Segenap bulu roma aku meremang. Mata menjadi bulat. Urat dahi mula timbul.....





Ok, saja aku nak buat mukadimah panjang-panjang. Tak ada kena mengena sangat pun, cuma aku nak gambarkan keadaan bila kau lalu sepanjang lorong dekat bilik aku. Nak lagi menjadi kau lalu malam-malam. Ini baru orang panggil clise!

....... Jenis bau-bau yang macam ini sebenarnya buat hidup kita jadi bebal ya adik-adik. Aku ingat kalau genap duabulantigabelas hari menghadap bau ini, ada juga aku mengalami masalah resdung yang serius.

damn....

41 comments:

Fairuz Zainal said...

panjang berjela mukadimah.
nice2.
kahkahkah


:D

Nurul Aiman Ahmad said...

begini la ropenye hosterl lelaki kot.. haha

Nand Nasyari said...

hahaha! siot..igtkan bau mayat ke ape ke td...stendet dak laki ah..kalau kasut tak bau bangkai xsah..hahaha!!!

. said...

boleh muntah berulat macam ni.

Ahmad Tajuddin said...

wahooooo!!!!
cam same jek situasi kita...

adwafarahin said...

perghhh gile x tahan kot lalu lauan maut nie..
sumpah nk muntah..hoho

.::WaNiE::. said...

kahkahkah. suke la mukadimah mmg rare


eh, tak ilang eh letak2 kasut gitu kat luar

cik-terompah said...

boleh bengkok idung ak kalau kalo kasi lalu kat lorong nih..

*gian nak krg krgn ke??

Lan Bingka said...

boleh hilang ilmu dibuatnya..;p

aTiKa aTeRkaH said...

haha....sengal..bau semua stok nak kasi kepam baper bulan?

Unknown said...

bau kasut lelaki mmg serius menakutkan.

fiqkbe said...

kesan seriau tu apa?

kusut said...

lol sungguh tak terbayang camne bau kangkang kuda XDXD

Aku said...

perghhhhh
seram siot!tengok kasut-kasut yang bergelimpangan tu boleh buat meremang bulu ketiak

Encik Psychopath said...

bau cagu paling violent

aibaks said...

teringat time duk asrama dulu.. haha.. sebijik cam tuh.. bau die.. hmm.. wat2 tak bau je.. hehe

Unknown said...

semua hostel laki macam ni kah??? :D

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

stoking busuk...baju dan spinder bersepah..wakakakaka..lorong haji taip ada nilai sejarah...

meowwmania said...

hahahahahha....

sgt euww~

-telOrDibAsuh- said...

haha..dem...telor sokong Encik Psychopath..bau cagu palin menusuk kalbu

Pelangi cinta said...

dunia lelkai mmg beza dgn pompun hee...

Sca Ndx said...

bau kaki kaki sportman. pehh terbaik

Asmi Asmidar said...

ala. .tue jer kesudahanya. . .
haha. . lelaki kan . . .

cEro said...

bermula dgn seram, berakhir dgn bau kasut...
mmg terer arr ko...

tiafazunia said...

hahaha!
ingat hape lah td!
kahkahkah!

jo said...

perghhh..dari gambar pun gua dah dapat bayangkan dia punya busuk...

Siti Noor Aminah said...

adakah bau kangkang kuda itu adalah sejenis helmet???

Aida Azryn said...

haha~ bau bangkai paus?? aduy~

Unknown said...

cuti2 jemur la kasut tu ..
bagi kena panas sama..'
stokin pun dok besepah..'
bila pakai tak gatal ke tapak kaki??

Cipina said...

errrrrr..tak tau la samada mampu melepasi suma halangan ni walaupun tengok mcm tak jauh mana..

beautiful_rose said...

bau bangkai ado.....huhuhuuh =p

NomborSebelas said...

perhh dah macam medan peperangan..


berapa ramai yang tewas nie?

Ard said...

intro macam ape. hahaa

YOUsoF said...

HAHHA.. lame² boleh tumpul kot deria bau..

*Intro yang bagus..

nysa said...

mmg seriau larr..haha

Mario said...

haha...kene standby minyak cap kapak kat idung le klu camni...

Unknown said...

febreze.

noorafzan.blogspot.com said...

aiyark..
ni jenis pakai kasut tak penah basuh.
takpun stokin yan tak basuh.
tu yang bau humang aih..

lenkali hadiahkan beliau2 itu bedak kaki scholl yang boleh ilang bau tuh.

mohd faris bin mohd aladin said...

haram!

loti mukhtar said...

mukadimah dah mampu buat bulu roma ku berdiri.endingnya menyebabkan bulu roma ku kena cabut sebab tak berdiri.paham tak peribahasa ini?clise betul

Unknown said...

dh merasai situasi ini sebentar td dikala SIANG hari...hehehehe