Thursday, December 9, 2010

Boots and Men

google

Aku mula-mula kenal kasut jenis boot masa tingkatan satu rasanya. Masa itu kasut jenis boot ini digunapakai oleh mereka-mereka yang ber'identiti'kan atau berpaksikan aliran skinhead/punk. Memang tak true skinhead lah kalau tak ada boot. Masa itu jugalah riuh dengan maksud setiap warna tali kasut jenis boot. Merah kalau tak silap aku, maksud dia kau dah pernah bagi polis makan tapak kaki kau kot? Abaikan.

google

Tapi sekarang pemakaian boot dah menaik kembali dan pemakai boot tidak lagi dicop sebagai penganut aliran skinhead/pink, makanya, boot tidak lagi didiskriminasikan.

Aku pun baru nak mencuba pakai boot. Yakin diri kena ada kalau nak pakai, silap-silap nanti nampak macam abang budiyanto baru balik angkat batu bata...haram J. Untuk memakai boot, aku dapat tahu ada dua gaya. Tak tahulah kalau ada tigapuluhlimaratus gaya lagi...tapi aku baru dapat tahu dua gaya. Ini aku rasa.

1. Tuck in your jeans in the boots

Bagi cara ini, kadang-kadang nampak macam serabai pun ada, macam gampang pun ada. Tapi aku rasa, gaya ini kena sesuai dengan jenis seluar yang kau pakai. Dengan memakai seluar jeans jenis 'straigh-cut' mungkin sesuai atau boleh juga dengan 'skinny-jeans'. Ikut kau lah, Kalau rasa yakin, kau hentam.














2. Fold your jeans
Yang ini lebih 'funky' aku rasa. Nampak jelas sikit boot yang kau pakai, kan mahal nak mati boot tu, kena lah tunjuk. Untuk jeans yang skinny pun aku rasa nampak lebih ngam. Kena pula kau pakai dengan kemeja checkers atau t-shirt kosong pun dah pergh dah.













http://www.thedandyproject.com

Atau pun kalau boot itu kau gayakan dengan 'khaki short pants', nampak hensem apa. Terpulang lah pada cara kau 'mix and match' boot dan outfit yang lain. Yang paling penting, bila pakai boot, kau akan melangkah dengan penuh kengkang-kengkang sebab kau rasa kau hebat. Sungguh. Pijak lah apa pun, kau tetap senyum.

Dan untuk nampak boot kau lebih garang, tidak mengikat tali boot itu sampai penuh boleh digunapakai.



Pssttt: Kadang-kadang, perangai Petisuara boleh buat sakit kepala. Setail paksa buat entri macam ini, cukup aku sakit. Ini aku cuba buat..macam gampang itu belakang cerita.

33 comments:

CGG said...

macam2 gaya

Cik Pink Princess said...

kat uk ni, disebabkan skrg tgh winter, mostly semua orang akan pakai boots &diorg akn masukkan jeans dlm boots tu. biasanya diorg akan pakai skinny jeans. so nmpak kemas sikit :)

p/s: lagi satu. boots kat uk ni, nama pharmacy. quite famous jgkla :)
http://www.boots.com/
just sharing (^_^)

dya adriza said...

haha! patut la pelik gila bila ko buat pasal entry ni. selalunya PS yang buat pasal fesyen2.

ok la tu. percubaan pertama, gampang2 pun ada org bc gak keh3.

efa fairuz said...

hahaha.. manede macam gampang? macam cute je la.. bak kata PS hehehe

patutla ngam HB ngan PS ni..dedua stailo..

suffer8zine said...

hahha, x leh blah

Terkini : Rumah Berbentuk Telur | 100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia

tia said...

klu orang yg reti gayekan, mmg semart! tp klu tak, hampeh je tgk.

petisuara said...

wah!thanx for sharing

whoa,.ade jgk la kn org nak bce menatang ni yedak

Sca Ndx said...

aku suka chukka boot. hee

anne aziz said...

kalo yg cam petisuara pki masa pegi sgpore tu,kasut ape erk?suka tgklah;)

nn said...

hahaha. style lah tu!

noorafzan said...

haha..
kena paksa rela la ni ye.
good job PS.

kupun penah ada boot gak.
dulu la tapi ku bukan penganut skinhead ok.

Maria Elena (Zarul) said...

hahahaa!! boots are cool laaa! tapi lagi cool kat pompuan. guys pakai nampak mcm gangstah. tapi ok la tu. bagus yana! bagi chance wan jadi fashionista lak. hehehe!! =D

fiq said...

cool jgk kn. nk suruh Mr.S try pakai boots la lepas ni =P

Bella Ayub said...

setail apa pakai boot, lain drpd yg lain :)

nampak gagah sikit , eh! ta pasalpasal

-telordibasuh- said...

oi oi hahhhaa..
telor bootgetah ade hahaha..

petisuara said...

yg 2 name die uggboots

- GC - said...

petisuara yg paksa wat entri ni? dah tu lu pun ikot. haha.

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

ank cri boot la pas ni..klu pkai yg ala2 pua cu kang bole????

*good try dude!!!

AngahSayang2314 said...

uitt kasut tue sekarang pun ada org pakai gak kan???

Ah Laang said...

gua hari2 pakai kasut phua chu kangkang

i'm shin... i'm inesen said...

stylo la...

alhariesz said...

boot kuning pun okeh.

don't play-play ar...

hoho

mimizuzuhaha said...

pakai boots mmg best.

beautiful_rose said...

gua nak pinjam boots lu untuk kawad kaki boleh? =p

Linglung said...

gua tak pernah ada boot mahupun pakai boot sebab gua rimas ..hehe

grOundnUt said...

sekarang pesen macam²..giler minat boot masa zaman sekolah..tapi tak beli pon..ekekek..^^'

Lan Bingka said...

syg punye pasal..siap satu entri..;p

Shukjessa said...

hehe sebut pasal boot, aku minat dari zaman sekolah lagi. time tu zaman kegemilangan magz Ujang, dan aku antara peminat setia Bersama Selamanya.

Karakter paling minat of coz Amar, then si Gayour lak suka lukis karakter lelakinya pakai boots. Dari situ pengaruh mmg kuat. Tapi zmn skolah, nak minta mak beli boots? Lupekan je la, so paling cikai beli je la kasut sekolah ala-ala converse tu.

Bila aku dah masuk U, time diploma baru dapat merasa pakai boot steel toe. Berat nak mampus, silap beli lak, last2 aku tak pakai. lagipun yg jenis bukan high cut punye.

Still sampai sekarang aku masih teringin nak beli satu boot brand scorpion ke, CAT ke, ape2 brand pun tak kisah janji boot high cut steel toe.

tapi satu masalah yang biasa aku dengar pakai boot ni masalah bau...hohoho entahlah one day nak pakai gak style ala-ala Takuya Kimura dalam cerita Pride hahaha

CERITA LEBAT said...

model no 3 paling buat gua rasa nak beli boot bundle..haha

khairuddin60 said...

acik kat Tokyo semalam. mmg macam tu kasut pemuda dan pemudi disana. Mungkin dah nak musim sejuk. kalau tengok yang pempuan nye lagi ada bunga bunga pulak kat kasut nye...

Anonymous said...

I am very happy you said this...

Kind Regards
Wilda

Anonymous said...

Terima kasih untuk ini post.Admiring indah waktu dan usaha yang Anda lakukan ke dalam blog Anda dan informasi rinci yang Anda tawarkan.

cEro said...

laa entri kena paksa ke??
kesian...

tp kan, aku penah pakai boot, then kaki merah2 sbb terlalu ketat kot, pastu trus dibuat perhiasan dlm almari smpai skang tak muat dh pakai..