Tuesday, December 21, 2010

Siri Cerita Yang 'Cutting-Edge' : Hadiah Hari Lahir

"Aku seorang lelaki yang biasa-biasa. Kalau terai cari dekat pasaraya Mydin, bolehlah dapat dalam 3-4 orang macam aku. Biasa kan? Berkonsepkan lelaki biasa ini, aku meneruskan hidup sorang-sorang. Jarang melihat orang sekitar menegur aku inikan pula ingin bergelak-tampar dengan aku. Sejak bangku sekolah hinggalah bangku unibesiti. Ciri-ciri yang ada pada aku yakni berwajah evil, suka berbaju gelap, seluar gelap, mata gelap, kulit gelap, sakai dan tidak menyikat rambut menyebabkan orang ramai lebih selesa memandang jeling maut yang tak puas hati atau buat-buat tak nampak dengan aku. Cakap-cakap belakang pasal aku, itu belum masuk list lagi. Dicemuh? sudah biasa. Diludah? berkali-kali."

"Semacam ada awan hitam yang mengelilingi aku. Satu tembok yang memisahkan dunia warna-warni dengan dunia aku. Kawan? apa tu?"

"Tapi aku hanya senyum dengan semua itu, wahai pari-pari lembu warna hijau" Cerita Tiago pada pari-pari lembu warna hijau.

"sempena hari lahirmu, aku hadiahkan kau sesuatu!" bentak pari-pari lembu wara hijau seraya mengetuk kepala Tiago dengan tongkat sakti berbunyi TING! dan lantas Tiago berpusing-pusing di udara. Perlahan-lahan Tiago berubah menjadi seorang lelaki yang wahh! kacak! Rambut belonde gitu, kulit mulus, mata galak bersinar dan juga penampilan yang maskulin, tak tumpah macam Zac Efron.

Kini, Tiago tidak lagi menjadi lelaki biasa-biasa, tetapi menjadi lelaki yang hawt ohh ohh. Tiada lagi awan hitam, tiada lagi cemuhan malah bertambah galak gadis-gadis dengan gambar profile tunjuk lurah meminta 'friend request' di pacebok Tiago. Gilalah. Tiago sekarang adalah King.

Oh lupa, Tiago juga mempunyai hobi baru. Hobi baru Tiago adalah memandang jeling maut yang tak puas hati, cakap-cakap belakang, mencemuh dan meludah pada lelaki-lelaki biasa. Lelaki yang boleh dapat 3-4 dekat pasaraya Mydin. Tiago mencipta awan hitam untuk mengelilingi lelaki-lelaki biasa yang dijumpainya. Hendak berkawan dengan lelaki-lelaki tersebut? Tuih! Bukankah Tiago sudah cukup ramai berkawan dengan gadis-gadis tunjuk lurah? mana pula hendak ada selera mahu berkawan dengan lelaki biasa.


"Kenapa kau begini, Tiago?" soal pari-pari warna hijau pada suatu hari semasa Tiago sedang mabuk berpesta di hari lahirnya.

"Apa yang kau hairankan? bukankah ini perjalan tipikal dunia? Macam roda? Karma pun setuju dengan cara aku ini." Tiago menjawab sambil bergelak ketawa.

Pari-pari lembu warna hijau mengelengkan kepala tiga kali. Kesal. Dikeluarkan sepucuk pistol 6mm dari tepi sayap dan diacu tepat pada kening Tiago.

PAAAWWWW!!!

23 comments:

Nor Adzwaty Rokkafella said...

wuuu...dasat...lagi2...hehehe...

Unknown said...

manusia mudah lupa bila dalam kesenangan...

Hazirah Hamid said...

tak sedar diri punya Tiago, kan dah kan kena tembak

Pencacai Alim said...

hakhakhak...mcm2 hal2..

grOundnUt said...

pembunuhan tiago yang kejam...tu laa..sape suh lupe diri...kan dah kene paaaaawwwww!!!^^'

dya adriza said...

hoh. kan da kena setepek. kesimpulannya, kita makhluk Allah xd yg sempurna, so jgn hina2.

cerita kali ni best!

green yg gorgeous said...

hebat lol!ahak

alien said...

akhirnya Tiago mati sia2
sadis~

oh farah said...

INI MEMANG AWESOME.! kenapa pari2 tu buat kerja dulu. bagilah orang lain peluang tumbuk perut dia dua tiga kali dulu. haihh

Hazzy Ishak said...

sadis

cimöt said...

Tiago lupa asal usul species 3-4 laki dr Mydin..

ingatlah Mydin wahai Tiago oiiii!!

Siti Noor Aminah said...

baru hawt sikit dh lupa diri

jo said...

tiba-tiba ada pari-pari lembu pulak. lu biasa kena hentak?

noorafzan said...

kahkah..lembu ada sayap.
leh terbang ke?

Lucy S. said...

hahaa ini la dunia. :)

nuRuL aZieRa said...

hamek kau sedas tiago....
dasar lelaki 3-4 dari Mydin....
ada hati nak berlagak....
hahahah

alhariesz said...

aku dapat mesejnya. hoho

MR Bang Miji said...

wah,,tinggi sungguh bahasa die..hehe

cikpia said...

tiago tu melayu ka.........??? sebab selalu melayu yang MUDAH LUPA.... he he....

Wan Gerrard said...

sian tiago, leka sangat =P

Unknown said...

Tiago mati. The end. XD

H A N S said...

hahahah..mmg cutting edge :D

Yatre Hayati said...

hahaha..tak bley blah pari-pari dia seekor lembu tu..hahah..

yup manusia ni cepat lupa diri...:(