Aku duduk dalam UTM ada jugak dekat-dekat nak 5 tahun. Dalam waktu itu, perkara paling syok untuk aku buat petang-petang adalah jogging selain tidur tak ingat maghrib. Bila nak jogging, trek jogging adalah perkara paling penting untuk diambil kisah. Untuk itu, hanya ada satu port yang aku boleh kata 'mari'. Bermula dari Pejabat Kesihatan sampai pondok bas depan Kolej 12. Pergi dan balik aku kira secara kasar ada juga dalam 2km.
Kawasan itu juga rupanya bukan digemari oleh aku seorang, malah bersepah budak-budak turut suka jogging dekat situ. Ini termasuklah amoi pakai seluar paras peha perghh, makwe rambut kuning dibiarkan berterbangan, makwe rambut hitam ikat kemas, makwe tapi rupa-rupanye brader, makwe tudung siti, tudung bawal, tudung ikat simpul dan juga bertudung labuh. Semua pun suka
Keriuhan suasana trek itu juga ikut musim. Bila semester baru buka, kepadatan trek yang cincai kira adalah satu depa tangan aku dia punya luas adalah sangat tinggi. Tapi jika tengah-tengah semester, yang ada hanyalah kambing dan juga bangla tukang sapu jalan.
Untuk berjogging pada waktu-waktu semester baru buka, aku selaku pengguna tegar trek ini akan berpeluh lain macam. Peluh yang keluar waktu ini tak sama dengan waktu yang hanya ada kambing dan bangla tadi. Ini kerana banyak halangan yang perlu aku tempuh. Contoh-contoh rintangannya adalah seperti, terpaksa mencelah diantara budak-budak yang berpeluh masayallah banyak. Hormon tak stabil mungkin. Kalau bernasib baik, dapatlah aku merasa titisan-titisan peluh yang bersepah itu.
Halangan lain pula adalah dari segi stamina atau konsistensi pernafasan. Masalah ini timbul bila aku mula bertembung dengan amoi pakai seluar paras pehe perghh atau pakai baju kecil comel. Kalau yang bertembung itu hanya berjalan, mungkin kurang masalah untuk aku. Tapi bila ada yang berlari kencang.....itu parah. Itu belum jumpa yang pakai baju putih suci dan nipis. Iyalah, mungkin senang serap peluh..takut geli gitewww.
Aku juga akan dapat menghidu pelbagai jenis wangi-wangian setiap kali berselisih dengan makwe-makwe tersebut. Tak kisah lah pewangi badan atau ketiak...pegi tetap pegi bai!
Konklusi yang aku dapat, mungkin makwe-makwe ini merasakan awal semesterlah waktu sesuai untuk menjaga badan, memandangkan baju semester lepas nampak macam sendat sikit atau pakwe dah bising sebab makwe mereka mula menunjukkan lemak-lemak tepi secara terbuka.
Ini semua bukan apa, secara tak sedar, ia turut memupuk semangat kesukanan dikalangan budak-budak lain. Semoga semangat dan azam ini terus membangun dan dipupuk sehabis baik.
Salam satu Malaysia.....
(google)
kalau yang macam ini punya halangan....jogging pakai lutut pun aku sanggup
18 comments:
haha cis! adehla..
apapun bersenamla utk kchatan.. :)
hahaha sebut kisah jogging, lame gile aku tak jogging, sebab tu badan aku makin lame makin comel, ish kene jogging gak nanti. tak tau kenape skang ni susah tol nak jogging pepagi hari.
dulu time diploma, hujung minggu merupakan hari yg wajib aku jogging. setakat jogging dari perindu sampai ke ss 2 then pusing balek sebab nak beli paper (koop tutup hari ahad) peluh aku agak dasat gak la kuar since time tu aku tgh giler pakai hooded sweater (nak nampak macho jogging pakai hooded, ala2 pengikut black metal la wakakak). dan tak heran la time dip pinggang aku 29inci je. skang? haish segan nak bitau wakakak.
aku tak suke sgt joging petang. sebab? macam bende yg ko cerita la, so selalu aku joging lepas solat subuh. tapi bile solat subuh pon asek tlajak, bangun pon tlajak, last2 tak pergi la jugak.
kene start jogging ah, mak aku dah bising kata badan aku macam afdlin shauki hahaha. tasik shah alam wait for meeee~!!
p.s: aku dah jadi penduduk shah alam dekat 8 tahun =)
Best btol jog kat tmpt HB. Ade makwe mcm brader lg. hahaha..
(^__^)
haha..memang 100 peratus tepat..
awal2 sem memang padat gila..
pehtu nak jog pun dah malas sebab bnyak ngat orang..
so tak jog la (alasan je ni)..
haha
haahhaha.badan sihat mata pun bersih.
kah kah kah kah
sedap apa dapat main peluh budak lain.
ada trend pulak ek hahaha
awal2 semester je?
nota : tak penah jogging jalan2 ye
main baling2 selipar pn masyuk jgk. lagi penat daripada jogging =D
bagus2 !!!
kalau org melayu yg buat tak lame lagi keluar la paper
haha! aida lama xjogging.. tahun lepas pun skali je kot p jogging.. XD
HB! HB! Waktu jogging pakai harems tak? Hehehhehe!
Dude, sokong aini masuk contest CST..Pergi blog aini then klik like tau.. Suruh Yana pun klik like juga.. Number aini 137 then nymber apek 138. Sokong tau..=))
meragui alasan Hb jogging sebab apa sebenarnya..hahah
niat ko dh ke laut ni.. xpe.. jgn simpn lemak oi..
sok petang ak join ko jogging kt tmpt bese ko jog..leh ak usha amoi pakai seluar paras peha..
teringat iklan yg tulis "men do better with audience"... huhu
itulah kehebatan jogging, selain memberi impak postif terhadap kesihatan, ianya turut menyuburkan hormon testeosteron jika peln-jogging berjogging kene dgn caranya, macam cara ko jugak..keh khe
setuju betul. awal awal sem semua kemaen semangat jogging. tapi tunggulah dua tiga minggu lepastu, kompem semua macam taknampak je trek jogging ke ape. nampak katil je. huuuu
Post a Comment