Friday, January 28, 2011

Siri Cerita Yang 'Cutting-Edge' : Kalaulah Dapat Tahu

Pooop!!
bunga api berbentuk bintang warna merah meletup, bercahaya dan menerangi wajah Shah dan Sue. Ditangan Shah ada kek tercatit tulisan merah, Happy 5th Anniversary. Perkahwinan masuk tahun kelima mereka disambut ringkas di anjung rumah dengan ditemani cahaya lampu mentol warna kuning. Persis cinta korea.

Sekarang sudah pukul 12 malam. Bunyi burung kayu dari jam dinding sudah sepuluh kali menjerit. Tepat yang ke duabelas burung itu menjerit, Shah dan Sue didatangi seorang lelaki gagah. Beruniform lengkap serba hitam. tersandang sabit besar di bahu kanan.

Aku pencabut nyawa.......
Perkenalan ringkas mereka bertiga. Kata lelaki baju hitam itu, Sue bakal dicabut nyawanya dalam tigapuluh hari lagi. Kek dan air mata Shah bercampur. Sue pula hanya tersenyum.

Shah...tigapuluh hari yang datang, bakal dihiasi dengan pelbagai kenangan tahu, agar ia macam mimpi.


gogle

Kalender kuda pemberian bengkel Hip Keong ditanda satu demi satu kotak tarikhnya.Setiap tarikh yang ditanda ada pelbagai kenangan manis mereka. Duapuluhempat jam manis.

Hari itu hari Sabtu. Shah merenung tajam kalender kuda. Besok, genap tigapuluh hari tempoh hayat Sue. Maknanya, tepat pukul 12 malam nanti, lelaki gagah beruniform hitam itu akan datang lagi untuk mengambil nyawa Sue.

Sue....hari ini, kita akan habiskan masa yang paling unggul bersama, ya! sudah 3 hari saya tidak tidur. Saya mahu melihat awak sepuas-puasnya.

Masing-masing menahan air mata. Hari ini patut gembira, bukannya sedih.

Dang!!Dang!!
Bunyi jam dinding kayu menjerit. Baru 2 kali menjerit. Shah dan Sue berada di anjung rumah dan masih ditemani lampu mentol warna kuning.Shah memegang erat tangan kecil Sue. Hatinya sakit bagai menahan roh yang mahu keluar dari badan. Tapi bukan roh Shah, roh Sue yang akan dijemput oleh pencabut nyawa.

Dang!!Dang!!.....
Bunyi yang kali ke lapan. Sue menutup mata Shah dengan tangan kecil.

Shah....awak perlu bayangkan yang selama ini, wujud saya hanyalah mimpi indah awak. Dan selepas awak membuka mata, ia bagaikan awak terjaga dari tidur enak lena yang panjang. Supaya tidak begitu sakit bila saya tiada kelak.

Jika awak masih mahukan kehadiran saya......dianjung ini akan sentiasa ada angin yang kuat. Itulah saya!

Dang!!Dang!!Dang!!Dang!!........
Cukup kiraan duabelas kali bunyi jam dinding kayu

***

Tiap kali malam pun, Shah sentiasa mendepa tanganya luas-luas di anjung rumah. Luas-luas! mendakap seberapa banyak angin yang boleh. Mendakap angin yang kuat.

Sue tipu....awak kata nanti tak sakit....tapi tiap haripun saya perlu mengutip hati-hati yang pecah....

18 comments:

zayma said...

wahh syahdunya cite ni..rasa nk nangis..huhu..

Carl Samsudin said...

kelakar dan menakotkan lah.

No name said...

indah... huhuhu...

oh farah said...

perhh. gila kentang. :D

dya adriza said...

cinta shah pada sue memang cinta murni.. susah nak jumpa cinta mcm tu sekarang.

syabas HB! penulisan kau makin best!

fiqkbe said...

masa ngah khusyuk baca citer ni, tetiba ada angin kuat masuk bilik then plastik kat atas lantai macam bergerak2. pergh, meremang bulu roma. myb tu sue =P

cikpia said...

ok, sumpah aku nanges......

OrenLimau said...

weh..best!sedeyhnye..huhu.
hati-hati yang pecah.isk3.

sue. said...

HB...k0 da bole publish as novel da...

sue.

.::WaNiE::. said...

selaka tau apsal punye sedih citer kali ni

rasa nak meraung2

Si Forever Alone said...

awww~~~

hati-hati yg pecah...

azrina said...

ehem ehem. ending tu kan mcm yg menangis aritu kan. ehem ehem. :D

The Crow said...

sob2.. syahdu nye.. erm.. ni yg nak bercinta ni.. sob2..

Kenape la mamat Chidren of Bodom tu nak ambil nyawe sue. Kacau daun betul lah orang tengah bahagia. huhu..

marina anakcikbob said...

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa............. :((

bukan penggoda said...

mcm cte windstruck. sedih.

Gadis said...

wuwuwuw sedih gile :'( dah ler aku tgh berbungkam lara niey.. cis cis..

suffer8zine said...

alahaiiii

Terkini : Trend Gigi Bercahaya di Jepun

cik ubi said...

mak ai sedehnye cite ni .