Hari ini hari Khamis. Walaupun nama hari yang berlainan, aku tengok dah tak ada beza dengan hari Isnin, Selasa, Rabu dan hari sekian-sekian. Benda yang sama juga aku buat. Bangun subuh, setel dua rakaat, masak air dengan termos kuning aku, bancuh nescafe tigadalamsatu, bukak laptop, pergi berak, mandi dan bersiap nak ke lab. Antara minum nescafe dan berak tu, kadang-kadang aku dahulukan berak. Ikut selera menu aku malam semalam lah. Kalau banyak masuk perut, cepat la dia proses.
Untuk perjalanan nak ke lab, benda yang sama aku tengok tiap-tiap hari. Kalau dah 5 tahun aku ada dekat UTM, maknanya 7 hari darab 365 hari darab 5....ada dalam 12775 hari aku akan pandang benda yang sama, bukit yang sama, maki bumper yang sama, selekoh yang sama dan banggunan yang sama. Paling ganjil pun kalau ada mamat bangla tengah bersihkan jalan atau ada kucing mati tengah jalan. Selain itu adalah sama. Sepanjang-panjang perjalanan tersebut, paling aku suka bila lalu sebelah kandang kuda. Yes, UTM ada bela kuda. Itupun aku tak paham tujuan dia bela kuda. Patutnya pihak atasan cuba banyakkan pelihara kuda dan biarkan kuda-kuda ni berkeliaran dalam UTM. Bukannya kurung dan main pusing-pusing atas pasir. Sekuang-kurangnya, bila aku bangun pagi, selalunya aku terserempak kucing sedang punggah tong sampah, jadi biarlah sekali-sekala aku nampak kuda pula yang punggah tong sampah tu. Lain sikit hari-hari aku. Baru Go!!
Benda ni bukan masa UTM sahaja, aku perati sejak aku zaman sekolah dekat SAMURA lagi. Bangun tidur, sarapan, perhimpunan, kena bebel, masuk bilik darjah dan sambung tidur. Benda yang sama hari-hari. Untuk menyeronokkan budak-budak, pihak sekolah buatlah kelainan pada hari Isnin iaitu suruh nyanyi sampai 3-4 jenis lagu. Lagu negaraku, lagu negeri Johor, lagu Sekolah dan satu lagu mat saleh genre wawasan punya lagu.
Sikitpun tak menyuntik semangat...sebab tak ada kelainan!! Macam robokop!!
gogle
"Siot!!sapa pedajal aku pagi-pagi!!mcam mana aku nak berak??" marah robocop dalam hati.
Benda macam ini aku tak boleh salahkan orang lain. Yang perlu bertindak tetap aku. Jadi aku ingat bila aku dah berjawatan yang jenis pakai kot besok, aku nak ubah hala tuju harian aku. Aku kalau dapat jawatan yang ber'kot' tu, aku nak simpan rambut panjang kalau boleh paras pinggang, ikat kemas rapi berkilat. Taklah tipikal sangat. Bila waktu pagi, aktiviti yang aku nak buat adalah seperti panjat batu-batu Lembah Canyon, memanah dan kalau boleh cuci terumbu karang dekat Pulau Tioman. Waktu kerja pula kena fokus 100% tak boleh main-main. Kerja kena serius, barulah produktif. Bila waktu petang, aku lebih selesa main kapal layar dengan azhar mansoor..kalau dia ada lagi waktu tu. Waktu malam pula aku nak habiskan masa selidik bintang-bintang pakai teleskop.
Itu sahaja yang aku dapat pikir sekarang. Dr aku pun dah suruh buat itu ini, sengaja taknak aku berangan lebih sikit.
Oh ya, bercakap pasal lagu-lagu nyanyian waktu sekolah tadi, aku nak cadangkan pihak kementerian pelajaran cuba bawak masuk lagu yang boleh buat budak terlompat-lompat bila sing-a-long ramai-ramai sampai meleleh air liur...barulah segar pagi-pagi dan tak mengantuk...contoh lagu yang aku cadangkan macam dibawah......sekian
17 comments:
Aku setuju! Kalau hang masuk pilihanraya aku pasti akan sokong. He he he...
cik ila mase skolah dlu pn nyanyi 4 lagu jugak...
lagu skolah,negaraku,lagu bangsa johor,lagu wawasan 2020.hahaha
mmg tak ngantuk tp mcm scary plaks kt sekolah
hazwan=berak! hahaha
laaa...baru karok lagu ni smalam...suka gila lagu nih...huhu
gol jugak kan kalau lagu sekolah guna genre rock sikit. haha
break free from the norm.
do something different everyday.
kalau hari2 buat benda yang sama mana tak gila kan
X)
nice jugak tuh ade kuda keliling utm. haha.. sini utp ade monyet keliling bilik. x syok langsung nak ajak bermain. haha. eyh, u dah habis degree ke atau tengah buat master eh>
hahahah..tu la orang cakap..kalau dah 5-7 tahun ada kat situ..benda sama je la yang kita selalu nampak..sekali sekala nak gak benda lain plak yang timbull...^^'
setuju setuju
Terkini : Panas!!!
kat SAMURA dulu kan ada lagu sekolah besari yang macam lagu tadika tu. serius lagu macam bodoh...
aku tau sebab masa tu aku form 4, ko form 5 kot...
kebenaran yang menyakitkan; Robocop takboleh marah dalam hati. haha
tension kan ?
HAHAHAHAHAHAHAHA !
sumpa kelakar !
=D
aku sokong ko jadik menteri pelajaran.....!!!!
zoe: i tgh buat master kt UTM jgk
ok.rata2 menyokong nmpk...jumpa dlm pilihan raya nnti..kehkeh
haha..cadangan lagu kat sekolah tuh nanti aku panjangkan kat Putrajaya.Hahaha..
Betul arh..rutin sama jek pun selalu.
Post a Comment