Monday, February 14, 2011

Perangai Pelik Bab 29: Co-Driver

Masa awal-awal aku tulis dalam blog ni, aku pernah cerita pasal brader ni punya perangai dekat entri Edisi Bola dan Misai . Tapi itu kesah lain. Kali ni aku nak cerita satu lagi perangai dia yang memang buat aku marah. Perasaan marah macam ini, kalau tak dibendung, lama-lama boleh buat bengkok buah pinggang. Oleh itu, aku nk tulis dekat blog aku dengan harapan brader ni dapat ambil iktibar serba sedikit.

Ok....tahukah anda yang driver lumba kereta Rally amat bergantung kepada Co-drivernya. Driver kereta lumba Rally memang tidak ada masa langsung nak fikir hal remeh temeh seperti jalan kiri ada lubang ke tak, depan ada bonggol ke tak, kiri ada anak kucing melintas atau kejap lagi nak makan kedai mamak mana. Yang hanya driver tersebut fikirkan adalah henyak padel minyak selagi mahu. Kesilapan kecil Co-driver memberi arahan adalah malapetaka buat mereka seisi kereta.

Brader darby juga kadang-kadang berfungsi sebagai Co-driver aku bila aku memandu. Lagi-lagi bila memandu waktu malam. Sebab aku memerlukan 100% tumpuan di hadapan,belakang dan sisi kereta. Perkara kecil-kecil yang lain tak berapa nak ambil tahu sangat. Lagipun aku memang rabun sebelah mata.

Yang buat aku marah, bila perkara ini berlaku..

Kejadian satu. (dalam kereta)
HB: lepak kedai mamak depan JJ Seremban 2 pun carre gak
D: selambe..
HB: radio ni menyampah jugak kadang-kadang. Dulu penuh lagu indon..sekarang lagu korea pulak
D: betul betul
HB: lagu indon boleh masuk akal lagi, busuk-busuk pun paham..ni lagu korea celah mana nak paham?
D: Uuuiiii....Uiiiii
HB: diorang ada package kot..masing-masing muka licin tak ingat, letak apa entah kat muka.
D: Uiiii...uiiiii!!
HB: kau apahal??
D: Uiiii...UUUIIII!!!

GEDEGANGGGG!!!
HB: Haram J!! Gila besa punya lubang!! apahal kau tak bagitau ada lubang!! ni silap-silap boleh pecah tayar ni!! apasal kau tak warning aku ada lubang...apasal??
D: Oi..aku dah cakap kot DEPAN TU ADA LUBANG!!
HB: Mana??mana?? bila lu cakap???
D: Tadi!!!


Kejadian dua. (dalam kereta )
HB: gelap gila jalan ni...apahal taknak pasang sebatag lampu pun??
D: ekonomi gawat...
HB: tak nampak ape la gile! nak U-turn kat mana nih??
D: tak apa, depan sikit boleh..sapa suruh salah masuk jalan..
HB: sini macam cantik..ok ready, aku nak U-turn
D: jalan belah sana dah clear....
HB: ok cantekk.....gila gelap sungguh!
D: ermm...jageeeee jageeeee...
HB: ha?? lu dah kenape?? ape yang jage-jage??

GEDEGANGGGG!!!
HB: Perghhh...gila punya dalam lubang tepi jalan ni!!!apahal kau tak bagitau ada lubang!! apasal kau tak warning aku ada lubang...apasal??
D: Oi..aku dah cakap kot TEPI JALAN NI ADA LUBANG!!
HB: Mana??mana?? bila lu cakap???
D: Tadi!!!


Perkara ni dah 2-3 kali juga terjadi. Jenis yang tak reti nak cakap betul-betul memang boleh buat orang bergaduh. Tapi tak mengapa. Sempena hari jadi brader ni yang berlangsung hari ini iaitu Valentine Day, aku pendam dulu niat nak bergaduh..dengan harapan brader Darby tak kena tangkap dengan majlis agama bila sambut harijadi nanti.


Pssst...ramai juga orang-orang best dalam hidup aku sambut bufday bulan ni.

Sebagai contoh adik FARAH MISLINA. Dengan kesempatan ini, abang ucapakan selamat hari jadi buat adik Mislina. Semoga hari jadi ini, adik lebih berketerampilan, berwawasan 2020 juga dengar cakap ibu dan bapa. Jangan nakal-nakal (gamba senyum) Nanti abang turun KL abang belanja adik Mislina milo ais bungkus satu ok?

25 comments:

oh farah said...

apesal entry ni lebih pasal darby?!! racist ke cane ni ha?!!

zamankacak said...

tq bro...really apprexiate it

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

sime darby ka?

tetiba ahaha

Lalala said...

happy birthday kat Darby ... kelakar betul uii uii.. haha.

juga kepada adik kak Yana iaitu Farah yang memang cun.. Happy birthday.. moga farah sihat2 and happy2 je..

btw HB radio apa yang ada lagu korea je tu?

ENCIK TIKUS said...

hey kau style, nak cium boleh ?

suffer8zine said...

cumilnya awek tu :P

Terkini : Kanak-kanak Ada 26 jari

fiqkbe said...

betul3.. co-driver sgt penting sbnr nyer tp diorg yg x amik kesah.

OrenLimau said...

hohoho..Happy Birthday kepada mereka yang dilahirkan...selamat mentua!hehe

.::WaNiE::. said...

huhuhu

main pakai uii uii je kekekeke


happy birthday to brader darby n adik farah mislina yang cantik

i'm shin... i'm inesen said...

tiut la farah mislina.. hepi besday ek.. hurm hepi besday gak tuk budak lubang td

.: Si BungaKopi : . said...

wish kpd adik ipar nampak..

Nurul Ayu said...

belom kawen lagi dah tunjuk perangai kedekut depan adik ipar...


oke reject!!!haha

Tiq said...

huhu,ingtkn nk gduh dgn
brader tu...

petisuara said...

sime darby pon boleh..haha

co-drver mmg terpnting skli utk dlm kereta

sitinaminah02 said...

driver pun tahu mengomel je, kan dah terjun lobangggg... haha

grOundnUt said...

orang cakap kalau nak selamat langgar je lobang dari elak lobang..karang elak lobang lain plak jadiknye...^^'
Selamat memandu brader!^^v

Ainee Cumi said...

Cantik ohh adik liyana.. HEPI BDAY BUDAK KECIK!

Ohh hepi bday jugak kat co-driver yang arahan macam tak cukup kuat untuk menyatakan ada lubang besar kat depan. Ahahahah!

Cieut Nizar part II said...

mmg giler ar klu dpt co-driver mcm tu. dok uuuii uiiii uiiii. hahaha.

hentakbelipat said...

tikus: kau nk cium ape tuh..cium ketiak nak
zine: comel kan? lg comel aku
orenlimau: nnti aku smpaikan kt depa no
kak wanie: kia orait main uii uii..ada skali xckp ape pun..main tunjuk je..lagi kuajak
bungakopi: tu namenye tactical kehkeh
ayue: hahah tu bukan kedekut oi..tu suweet
sui nawi: xbaik gado2 di bulan february nih
GC: hahaha xkn nk senyap je dlm kete kan
groundnut: yeke?pehhh nampak gaye mmg besepah la kete aku lepas ni
nizar: gileee beb gileee

hentakbelipat said...

ucapan2 anda akan disampaikan kepada budak2 itu nanti ok..thanks beb!!

The Crow said...

Ahaha adeh.. Co-driver bg arahan mcm tu mmg merbahaya. Pakai code2 plak. Uii uii.. keh3..

(^___^)

Personal Wellness Coach. said...

serious klakoooooo !
sakit mulut gelak banyak banyak.
saboooo je lah..
hahaha

cEro said...

ok, dah terlewat sehari..
still bley wish tak??
tp taknak kt bro darby tu,
nk kat adik mislina je..hehehehe

hepi besday

Anonymous said...

gmbar yg bwh skali tu cantik!
^_^

Nazim Nasri said...

Salam. leh tolong NN tak? :)

http://akunaziem.blogspot.com/2011/02/bantu-membantu-amalan-siapa-cuba-jawab.html