Friday, February 25, 2011

Perangai Pelik Bab 30: Legend

Abdul Rahim bin Saat@Saad merupakana ayah kepada Hazwan Faiz Bin abd Rahim. Secara tak langsung, beliau juga merupakan ayah kepada aku. Masuk tahun ini, ada juga dalam 66 umur dia ni. Banyak kemain kan. Maka aku lebih suka bagi pangkat 'Legend' dekat dia kalau nak sebut dekat sapa-sapa. Dia juga ada tiga cucu. Dia juga suka bergurau senda dengan cucu walaupun bila mula-mula nampak macam gurau lepas itu seko-seko kena hambat sebab degil masyaallah. Aku suka tengok dia bergurau dengan cucu dia. Cara 'Legend' bergurau dengan cucu dia pun lain macam sikit. Memang taklah kalau nak tengok ayah aku bergurau jenis baaaaa...cak!!, baaa...cakkk!!. dengan umur banyak macam tu. Aneh serta buang tebiat. Oleh itu gurauan yang dihasilakan nampak lebih 'class'.


L : "Haiman ( cucu dia nombor 3).....Haiman..bila besaq neee nak jadi apa??" (Haiman berumur 4 tahun, suka tengok altromen tiga dan baru boleh nak cakap betul-betul. Kalau tak, dia bercakap dengan bahasa bulan. Tak paham satu hapa)
H: "nak jadi macam acu boy( yes..aku)..terer sikit"

L: "Haiman, Haiman......Haiman neee suka makan apa yang sebenaqnya?"
H: "makan nasi goreng!"

L: "Haiman, Haiman......Haiman neee umur berapa sebanqnya?"
H: "empat tahun wan!"

L: "Haiman, Haiman......Haiman neee nak jadi pemain bola sepak negara ka nak jadi pelumba lari negara?"
H: "ermm...nak main bola lah wan"


L: "Haiman, Haiman......Haiman neee nak jadi menteri besaq Kedah kaa menteri besaq Selangor?"
H: "ermm......kedah lah"



L: "Haiman, Haiman......Haiman neee sebenaqnya....burung ka tupai??"
H: "........."

Sebab itu aku cakap aku suka tengok....

gogle

Jawapan yang Haiman bagi aku taknak bagitahu dulu. Kalau kau berada di tempat Haiman, apa yang kau nak jawab? Aku sampai sekarang tak dapat tahu lagi nak apa. Soalan jenis guna daya pemikiran tahap tinggi ni memang buat perit urat dahi serta senak perut.

Oh...Haiman memang tak jawab soalan itu, dia terus lari laju dekat mama dia menangis.

23 comments:

LdhoMhajaN said...

hanya legend memahami legend yg lain .
hahahaha

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hahaha..

memang legend la~

=)

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

burung? tupai? apekah?!!! adalah tidak faham.

Lizzie Yasmin said...

L: HAiman haiman.. nanti haiman nak jadi Hai ke nak jadi Man?
hahaha

SyahmiFikri said...

haha.. serius lawak!!

apa la dia jawab kan! pesal nangis plak!

marina anakcikbob said...

hahaha.. kalo aku pon xtau nak jawab apa..

cik aryu said...

patotla haiman lari kat mama,sbb dia taknk jwb soklan last

soklan last kat mcm iklan kat tb ari tu..kan kan?

Mainur Hasnah said...

ouh kalau adik saya dia memang jawab.. umur 3 tahun dah pndai cakap.. sekarang baru nak masuk 5 tahun dah pandai loyar buruk...

annis said...

comel gileeeeeeeeeeee !
kesian haiman...
hehe

eiffel said...

T.T ...kesian aiman...dia xbjaya nk jwb, lalu menangis...

klo kezen aku umo 6taun tuh msti dia jwb...

eh, saya oranglah..bukan hewan lol~

cikpia said...

atok hang orang kedah ka.....???

cikpia said...

soaln tu aku tuju kat haiman yer.....

fiqkbe said...

haiman haiman.. =P

Bungakopi said...

lagend-lagend sdunia mmg suka ckp pesen tu kot.

grOundnUt said...

hahahahaa.....lawak bile haiman tak terkata..apakah tupai atau burung sebenarnya...wakakaka..^^'

Laylihamid.blogspot.com said...

...suka layan budak2..hilang tension..diorang tak hipokrit...naive gitu..

Encik Psychopath said...

kenapa beliau tak bole jawab ? keliru dengan pilihan jawapan ?

Carl Samsudin said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ct odah said...

soklan last ade soklan terbaek!...mnusuk di kalbu si cucu....haha

suffer8zine said...

heheh patutnya bagi pilihan jawapan

Terkini : Akuarium Paling Kecil Di Dunia

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

dia terlebih bijak

TAYAR PANCIT said...

hai awak :) saye da join awak :) http://tayarpancit.blogspot.com/2011/02/mesti-tengok-seriussumpah-lawak.html

a n a s t a s y e a said...

soalan power tu =)

anastasyea's latest post .. Main CityVille | Apa dapat ?