Monday, February 21, 2011

Wayang Capitol

Panggung wayang dulu dengan sekarang jauh sangat bezanya. Dulu mana ada couple seat, mana ada banyak-banyak bilik dan untuk ada awek cun jaga kaunter tiket adalah jauh sekali. Aku kenal scene wayang ni pun agak awal. Sekitar darjah 3 dah pandai merajuk ajak tengok wayang. Setakat Kecil Kecil Cili Padi, XX Ray, Robokop dan Jurasikpak memang tak boleh miss punya.

Dijadikan cerita, waktu tu tak salah tahun 1997. Pakcik belah ayah aku yang duduk di Parit Buntar datang melawat kita orang dekat Seremban. Dia ada anak bongsu peremuan, sama baya dengan aku. Kira ‘ngam’ juga la kami. Sebagai hero, aku ajak tengok wayang dengan dia. Oh, nama dia Cik aja. Dia kiut. Kiranya itu adalah pertama kali aku sebagai gentleman mengajak makwe tengok wayang sama-sama. Walaupun sepupu tapi berdebar juga.

Tiket aku dah siap-siap pesan dekat ayah beli sebelum balik dari kerja. Masa itu kalau tak salah cerita Batman and Robin. Waktu tayangan pukul 8 malam. Lepas maghrib sempat lagi kalau pergi.

Ternyata langkah aku silap. Pukul 7.30 baru tencungap-cungap nak bersiap bagai. Ini semua salah kakak aku bersolek bagai nak rak. Nak hantar je pun. Setibanya di pintu wayang, orang dah mula sibuk masuk cari 'port' duduk. Sekali lagi aku kena berlagak steady dengan membeli kunyah-kunyahan dahulu untuk bekalan . Awal-awal ni banyak iklan arak, tak apa masuk lambat sikit. Waktu itu belum ada akta larangan membawa masuk makanan luar lagi. Siap ada sekali tu, satu makcik bantai bawa nasi lauk gulai tempoyak makan ramai-ramai satu family dalam wayang. Besepah satu panggung bau tempoyak.

“bos..2 keropok udang dengan 2 kotak air anggur!” aku pesan dekat pakcik cina tepi jalan. Bila dapat baki duit balik, aku yang dahaga akibat berdebar yang tak hilang dari kelmarin terus koyak kotak air. Kotak tu jenis yang tak ada lubang cucuk straw. Kena koyak dari hujung. Leceh sikit. Koyak besar sikit baru senang. Cik aja dari tadi hanya senyum dan membisu. Tambah kiut aku tengok. Mungkin dia juga berdebar. Kami pun mula masuk mencari tempat duduk. Wayang dah mula gelap. Ini menyusahkan lagi kerja mencari kerusi. Haram.

“Aja ikut saja ok, pegang tangan kami..jangan lepas nanti sesat.” Aku pesan dekat Cik Aja. Dia angguk macam biasa. Aku dapati kerusi aku, tengah sikit dari permulaan barisan petak G. Terpaksa berhimpit-himpit nampaknya. Sebelah tangan pegang Cik Aja, sebelah lagi pegang sekaligus keropok dan air kotak yang dah terbuka. Dengan susah payah terjengket-jengket akhirnya sampai ke tempat duduk. Sempat juga terpijak kaki orang. Tersiku kepala orang tu jangan cakaplah.

Selesai duduk, aku perati mamat depan aku berpeluh lain macam. Belakang baju dia lencun. Apa gila berpeluh dalam tempat sejuk macam ni, buat projek kew? Mamat tu pulak tak memasal meracau marah-marah akibat peluhan dia yang aneh itu. Bangang. Peluh sendiri pun nak marah ke? Aku malas pikir lebih-lebih sebab wayang pun nak mula. Aku pandang Cik Aja. Dia selamat dan selesa. Aku lega. Tekak pun naik haus balik. Saat aku baru nak sedut air anggur aku, Aku rasa nak menangis. Biji mata jadi putih


“ Haram!!…mana pegi air dalam kotak ni??”

25 comments:

OrenLimau said...

Hahahha.lawak.lawak.
style arh makcik tuh makan nasi gulai tempoyak.haha
adeh..sian brader tu weh.

oh farah said...

BANGANG GILA!!!! HAHAHAHAHAHHAHA

fiqkbe said...

haha!! tertumpah la air anggur ko tu kt org depan =D

Anonymous said...

LOL!!! ^_^

DYatie ABakar said...

hahahahahaha. patutlah orang tu marah. nasib baik tak kena sembur @ penyepak. keh3.

DINIY said...

Hahahahaaaahhh..
mesti brader tu beku gigil2 tgok Batman..

cik-terompah said...

sian doh kat mat tu... hujan dlm wayang..

Personal Wellness Coach. said...

HAHAHAHAHAHA!

sumpa kelakar nak mampos!
kesian mamat tu weyh.
tak pasal pasal dapat peluh free.
nanges die..
HEHE

hentakbelipat said...

pergh...nasib baik wyg tu gelap...kalau x ad jgk ak x tgk wyg aritu

Lan Bingka said...

memang aneh air dalam kotak tu boleh hilang..haha

efa fairuz said...

sekali tumpah daaaaa!

hahhhahhahahaha :p

.::WaNiE::. said...

kekekekekekekek

melampau sangat peluhnya tu hahahha

aryu said...

kesian brader tu tertumpah air kotak anggur.

haa..lawak ;P

No name said...

1st time aku msuk panggung tgk cite Dil To Pagal.. huhuhu.. kuno nya..

syahirah said...

tak boleh blah. haha.

zayma said...

adoi skit prot aku bce cte ko ni..kahkahkah..mmg kenyg la ko kena maki hamun dgn org tu..

suffer8zine said...

adoi lawak gila

Terkini : Ular Albino Berkepala Dua

Linglung said...

kahkahkah! xpepasal lencun peluh anggur!

Sharifah Aniza Ali said...

ok itu sweet~

zamankacak said...

hahaha...lu mmg...cilake..tak psl2 brader tuh dpt peluh berperise..haha..lwk owh!

Anonymous said...

i de tagged u 1 contest! hehehe. need ur permission dear :)

Najwa.H said...

lawak sehh...!! haha.

teringat wayang capitol lama kat hometown - layan citer sembilu. macam tgk wayang kat dewan tabika kemas je, semua kerusi besi sama level...air cond jgn harap lah..

Lalala said...

hahahah kesian sangat kat mamat tu.. perghhh malam2 makan nasi lauk gulai tempoyak ni sedap..
btw apa lah agak nya reaksi cik aja baca blog ni nanti ye..

Miss FZ said...

hahaha.paham2 kenape orang tu marah.hihi.

djambu puadovich said...

siapla kao melekit2