Wednesday, February 2, 2011

What the hell


Avrily Lavign-What the hell
Aku minat makwe ni sejak dia mula-mula keluar album Let Go lagi. Imej awal rock and roll lebih kurang macam Joan Jett lagi buat aku minat. Tapi mungkin lama-lama dia dah besar, dah rasa nak jadi kiut-kiut, nampak imej sekarang lebih kepada bad girl-pretty girl persis Pink. Itu tarak hal..janji makwe ni
senyum buat aku cair.

Video dekat atas sebagai salingan sahaja. Aku tertarik pada rangkap korus lagu ni. Bunyi dia lebih kurang macam apa yang kau buat dalam dunia kau, sekeliling kau tak perlu ada penilai tak berbayar untuk menilai dan menjatuhkan hukuman. Maknanya kau nilai sendiri dan ambil risiko sendiri.

Aku juga masih dalam lingkungan berjaga-jaga. Setiap apa yang aku lakukan sentiasa akan aku fikir kesan pada orang sekeliling dan juga pada aku. Aku juga sedar benda ini kadang-kala memakan diri aku sendiri. Untuk apa?untuk hidup aman? untuk lebih disayangi?

Yes, ia akan menjadikan anda hidpokrit. Tapi percayalah, tanpa hipokrit aku juga percaya susah untuk aman. Jika masing-masing teguh dengan ego dan lantang mengatakan 'gua peduli apa lu nak cakap apa'.....mungkin mereka akan berasa lega untuk diri sendiri, tapi untuk orang sekeliling, orang yang hampir, orang yang sayang?? Itu juga menjadikan kita 'sellfish'

Jadi sellfish dan hipokrit...yang mana nak kena pilih? Kehidupan selalu memberikan pilihan yang payah untuk dipilih dan ini menjadikan hidup itu mencabar. Aku rasa lah.

Jujur, aku sangat rindukan suasana zaman sekolah, zaman asrama. Dimana zaman yang hanya fokus pada satu...fun! kawan ketika itu juga hanya fokus pada satu...fun!! Pergi sekolah fun! balik sekolah fun! dalam asrama pun fun! Pendek kata, masa itu, kepala hanya diberatkan dengan buku teks...yang lain tak ada.

Sesetengah orang terlalu bergantung pada suasana sekeliling(masyarakat) untuk membentuk diri. Mungkin mereka takut untuk jadi lain dari yang lain?

31 comments:

amir aizat said...

best gile vid ni!!
haha

ketawariang said...

betul tu... rmi org yg lebih rela jd hipokrit dr diri sndr.... dunia ni orgnye mcm2....
tp kalau kita asyik jg ati org lain,bile nk jg ati sndr? mayb selfish patut menjadi option..

saiffah.blogspot.com

NHAF said...

masa zaman sekolah, apa kita buat pun kawan kita still accept we as who we are. sebab semua well known dengan flaws masing2.

CGG said...

layann

Carl Samsudin said...

Setuju! =)

cik-terompah said...

gila rindu zmn sekolah.. zaman tak yah pikir psl duit.. tau enjoy .. gelak.. kahkahakh..

OMG..

Sca Ndx said...

aku lagi rindu avril lama
tak da gedik sangat.
cool selamba chillek.
tapi ni ok lah gak.

aku suka joan jett versi bella swan
ea bukan bella, kristen stewart. hehe

Lan Bingka said...

yg pentingnya kita sendiri kena belajar utk survive..

Ainee Cumi said...

Kiut gila kan avril.. Best gila ok nak buat apa pun buatlah without thinking of others thought. Best ok mcam tu! hehehehehe!

BTW NAK RAMBUT KALER MACAM DIA PLISH! Tapi tak leh sebab kesihatan rambut sangat terukk..;((

fathiah said...

suke lagu dye jep. huuhuuhuhu...

Hanis Azla said...

have fun, hipokrit dan selfish itu satu keperluan untuk hidup sebagai manusia.. tp biarlah bertempat dan tidak keterlaluan.. hati kita perlu di jaga, hati orang pula perlu diambil kira..

Dinda Iva said...

erm...kadang-kadang alam menuntut kita hipokrit..selfish...sebab susah nak suasana dimana kau senang sama senang..kau susah sama susah..selalunya bila dah susah sume hilang tak berjejak...

Encik Tikus said...

nampak mcm entri matang, hmmm

fiq said...

what the? =P

YOUsoF said...

Bagi aku kita patut dengar semua kata² orang sekeliling tapi mestila kena tapis kan, yang positif simpan yang negatif kasi keluar telinga kiri.. pastu kalau ade gak suare sumbang.. balas balik kat dia. ade aku kesah?

zaman sekolah memang terbaik!

The Crow Empire said...

Dua2 sama penting. Jadi hipokrit dan sellfish. Tapi semua tindakan dan pilihan ni pasti ade impak kemudian. Bukan semua orang suke dgn ape yg kite pilih dan lakukan. btol tak?

Jejaka : "erm awak lah yg paling cantik sayang.." (dalam kepala teringat awek cun smlm) nak jaga hati. tp hipokrit2.

Jejaka : "tak kire, walau die dah kapel. Aku tetap ikhlas pegi pinang die." Sellfish.. tapi tak salah kan kalau betul2 mahu.

nice entri n blog bro. ada mase kite berlawak ade mase kite serius. heeheh..


(^___^)

mardhia yusof said...

dlu layan gak avril..
now da kureng.
hee

eh..batax buat phd??waah..tere gak mamat tuh ek..hehe.
k.yana bt pe?phd gak?
tra pun rajin smbung blaja..

CIK CIRA said...

KALAU BAB ZAMAN SK TU,SEMUA WINDUKAN ZAMAN TU...

z said...

zaman sekolah=zaman batak.haha.sbb semua bnda nak try, nak jadi, nak ikut.hakhak

sherah said...

setuju!memang fun gila skolah.seryes!lagu ni best gak a but aku lagi suke rentak2 lagu dia yg dulu.and aku pon suke gak dr let go.ko tayah nak tiru aku sgt a :P haha tu aa.dulu aku admire gile dia.satu pintu penuh poster dia je siap semua majalah yg ade dia aku beli.semua yg kait dgn dia semua aku suka.cume concert dia je a aku tak gi ehehe

fulltime dreamer said...

dan untuk menjadi selfish tu kau ingat senang. tak de sape kat dunia ni yang boley lari dari hipokrit kan? :D

Wan Gerrard said...

setuju part..senyuman awek ni buat aku cair..sama :P

Menanti Torres di Chelsea
Musim Perpindahan dah selesai, Liverpool?

cEro said...

good one..well said..
dah nama manusia, hipokrit kdg2 takleh lari...
kdg2 org slalu pertikai apa yg kita buat, kita mahu..
tp, sbnarnye, siapa mereka utk terus menghukum, kan??

aku suka entri ni, suka sangat!!!

marina anakcikbob said...

zaman skolah? aku rindukan form 3.. sbb tu taun aku 'menyerlah'.. dem!

a little less conversation said...

selfish la bagus bro..

bighagenjo said...

eh, betul betul tu.. kalau aku pon kena pilih hipokrit.. sebab bukan kita sorang hidup kat dunia ni. G pon, tak semestinya asek nak puaska ati org sekeliling.. tapi tok kebaikan bersama.. org tak suka mst ada sebab kan. org larang mesti ada sebab gak.

petisuara said...

krg mmg style dgn pndpt msing2..klo nk ajk berdebay psl topik ni pon mesti xd hal kn..hihi

mardhiah, i ngn hb master je..nk abs da..hooray!

Cikbelog said...

rindu zaman sekolah..fun yang amat.balik2 umah je mak dah siapkan nasik..sekarang nieh balik2 kelas je pikir nak makan ape nak beli kat mana..heh

petisuara said...

krg punye pndpt mmg mcm semua suruh komen satu2 je kan..hmm, nnti kte tgk cne larat ke x nak reply satu2..tp mcm lg sng mcm ni je.komen utk semua org..sng jimat dan mudah..ahahahah!kan!

nn said...

taknak hipokrit tapi taknak selfish. nak jadi diri sendiri tapi kena juga jaga hati ramai orang.

samalah. rindu zaman sekolah jugak. fun semata. masa tu mantra = rules are meant to be broken. memang tak ingat nak belajar. dah nak dekat exam terus strategi nak meniru. tapi dalam hall tak berapa berani nak bagi hint. panjat pagar hostel tu perkara biasa.

sekarang ni assignment memanjang. nak berjoli dah kena fikir duit jugak -_-

h f said...

love this song & love Avril so much!! bulan 5 ni nak pergi concert die :))