Saturday, March 26, 2011

Hari Minggu

Minggu ni, ramai juga kawan-kawan aku akan dapat segulung ijazah. Aku macam biasa bertugas dihadapan pintu dewan untuk sambut rakan-rakan. Kalau ada siapa-siapa yang nak aku sambut pun tarak hal...kepsi 2 ketul apela sangat kan.

Minggu ini juga ada pesta konvo. Pesta konvo dan gerai kain memang akrab.oh dan juga tudung. Setiap tahun mesti penuh. Jarang aku nampak kelainan. Kali ni aja lah aku nampak pelik sebab dah ada maskot semut hijau untuk konvo...semut?? tak comel sungguh. Tempat parking juga macam setan penuh dan sesak. Masa ini lah dari pendiam boleh jadi raksasa. Contoh malam semalam, kemain lama aku bagi signal untuk masuk parking dekat satu lubang, tak memasal kereta Waja laju menjunam masuk. Kan dah mencarut dalam kereta.

Minggu ini jugalah pakgad jadi rajin tutup jalan-jalan utama. Lagi-lagi jalan untuk aku ke makmal. Jadi satu kerja aku kena menapak jauh berpeluh tengkok bagai. Itu belum masuk cerita aku bergaduh dengan pakgad masa aku konvo 2 tahun lepas. Tapi mereka memang cemerlang menjaga pintu UTM..kena bagi penghargaan.

Minggu ini juga Petisuara balik Jb. Dah tak ada tidur lama-lama dah. Dah tak ada boleh mandi lama-lama dan dah tak ada makan ala kadar. Oleh itu hari minggu ini diharap semua akan menjadi manusia yang paling best dalam mana-mana best dalam dunia. Sebab aku tengah rasa best....

Cuba kau layan video ni..memang bawak mood hari minggu betullah!


13 comments:

Gen Fujita said...

Hmm, you guys really remind me of my past. I'm just saying. :) Well, congratulations to all graduates.

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

Selamat menjalani rutin harian yg menyakitkan...

kata kila said...

hari minggu mintak kesabaran sedunia kot ekekekkeekek

eesyaheera said...

nanti korang berdua pulak yang konvo. kalo PS balik, kau mmg takleh mandi lama ke? mesti takut kena marah. haha

melle amir said...

hari minggu ada bawak feel semacam sikit

eman said...

video ni mula2 layan tp ending cian gler mamat uh xde semngt nk menng lak.. ;P hehee

hentakbelipat said...

gen fujita: yeke...i bet it was a nice memory kan..
poji: kahkahkah sikse ye dak
kata kila: kalau hari minggu x saba x bermakne pulak
syaheera: kalau PS ad, bising la kalau aku mandi lame..die nk cepat je sume bnde
melle: feel tido pn bnyak
eman:hahahha kan?? tapi this song realy nice lah

marina anakcikbob said...

wordless saturday.. boleh?
hahahaa..

cik aryu said...

padahal HB rindu PS kan?
hehehe

bella-la said...

dah start eh pesta konvo. best best. akan di-konvokan juga this year at utm as well. can't wait.

hentakbelipat said...

marai: pun bolehhhh
aryu: ehemmm ehemmm hahahah
bella: really? bgus2!!!

Kniedaz said...

skang pun sibuk mencari tudung hehehe

cEro said...

minggu pon dh berakhir...
camne?? best tak seperti yg dijangka???
cer citer cer citer...