Masa aku nak tingkatan 3, bapak aku suruh aku masuk sekolah agama. Maknanya secara automatis, bahasa arab adalah bahasa wajib yang aku kena belajar dan ambil periksa. Sepanjang aku belajar bahasa arab dari tingkatan satu sampailah tingkatan 3, seketul abjad C pun aku tak pernah dapat dan apetah lagi untuk dapat A dalam mana2 ujian termasuklah peperisaan akhir tahun. Ini menyebabkan aku naik fedap untuk belajar. Hafal macam mana pun nanti kelaut juga. Rata2 aku hanya dapat abjad E.
Bapak aku pun hanya mampu geleng kepala tiap kali aku bagi buku rekod kemajuan. Tapi ada juga aku penah edit dekat buku, dari E ke A…dia senyum jugalah dalam 10 minit sebelum dia perasan ada liquid paper dekat kotak markah. Berbirat juga belakang badan.
Hinggalah aku nak hadap PMR. Ini sedikit sebanyak merunsingkan aku. Ini kerana bukan setakat ianya boleh mencacatkan sijil PMR aku, ia juga akan merendahkan market aku untuk berlagak dekat awek yang duduk depan rumah aku, Tunku nama dia. Hitam manis aissh!!
Bila aku adukan masalah ini pada member aku, Bob..dia cakap, “kau tak payah runsinglah…subjek arab ni senang ja. Kau terai hafal dalam 10-15 perkataan yang simple dan biasa orang guna dah cukup. Gerenti kau terer punya jawab paper PMR nanti!!”
Termakan juga aku dengan nasihat Bob, jadi aku hanya hafal 10 perkataan. Sebab aku cuba hafal 12 tapi tak lepas. Perkataan yang aku hafal dalam bahasa arab adalah CIKGU, MURID, SEKOLAH, GURUBESAR, AYAM, TANDAS, BESAR, BERSIH, BANYAK dan CANTIK.
Aku ulang, ini sahaja aku hafal.Sungguh.
Ok, dalam kertas bahasa arab PMR, ada bahagian karangan. Kalau tak silap, aku pilih karangan betajuk SEKOLAH KESAYANGANKU.
Kau bayangkan apa aku boleh tulis dengan 10 perkataan tersebut.
Sebagai contoh: Sekolah saya besar. Sekolah saya bersih. Sekolah saya banyak dan sekolah saya cantik. Murid sekolah besar. Murid sekolah banyak. Murid sekolah bersih dan murid sekolah cantik. Ayam sekolah besar. Ayam sekolah banyak. Ayam sekolah bersih dan ayam sekolah cantik.
Kalau kau rajin kau sambunglah. Tapi hasilnya, PMR aku dapat C bai!! Terer tak terer sangat lah kan..
26 comments:
bgs karangan ko
kire boleh la tu
msti naik pening pemeriksa tue check kertas ko.. hahaha
kahkah...mcm sioott jeee...tukar E jd A tulah crime paling xbleh blaa..:D
huiyoo..macam tu pon ada ke???skang ni ingat lagi tak
boleh bg tips ni utk anak2 akak ni.. he..he..
tahniah
ha ha... dak2 sekolah aku pun wat teknik camtu aku rasa. aku amik jepun, rugi tak masuk PMR. straight A dari F1 sampai F4. F5 aku tak pi kelas dah. he he....
ngahahaha...kes ngelat ni..wakakak..^^
Haha lawak gila. Bhse arab mmg susah kan
frasa kau dah betul, tapi ade sikit tak betol dengan kepale kau. hahaha. asalkan grammar betol, jadi lerrr
hahaha! serius lawak. pening tau cikgu baca karangan macam tu.;pp
muntah darah baca klau duk ulang pktaan tu je memanjang............
eh sama lah,aku dari form1-5 sekolah arab.
totally arab.
serius,skrg kalau org tny sesuatu mkna bhsa arab-bhsa melayu..
aku hny mmpu sengih dan jungkit bahu..
setiap awal tahun,nk naik tingkatan baru aku akn mogok nk pndah sekolah.
sbb aku dh tak larat nk tilik dan hafal perkataan arab.
cayalah stakok!
oke. siyes hebat karangan kau. haha.
tp..kire ok la.
hehhe boleh la tu :P
Terkini : 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011
mana2 yang nk buat perangai macam ni diharap jgn nak mengada2...ini hanya layak dibuat bagi mereka yg xterer mcm aku
.sejibik macam oral test bi kelas aku dulu...sorang2 buat ayat serupa je semuanya....terbaekkkk
sumpah boleh pening orang tu baca.. orait lah C takde jatuh market depan tunku.. haha
karangan budak darjah satu tp tabik la sebab ble wat dlm bhs arab
hahahahaha..
amek kelas bahsa jerman plak lepas ni..
perkataan yang d hapal, 10 jugak.
hahahahaa...
mungkin kau stapler sekali dengan duet pada kertas pmr arab tu.
tandas cikgu cantik.
tandas murid bersih.
tandas besar banyak.
pergh!! ko mmg legend!!
oklah C, dari fail hehehe
best2..
:D
haha lawak gilee .
ni kreatif namanya . haha;D
Post a Comment