Monday, March 21, 2011

Projek Nilam Wak Lu

Kau suka baca buku? buku matapelajaran sejarah atau geografi tolak belakang dulu. Aku memang tak pernah juara bab-bab membaca. Paling kuat baca Bloog. Nak selak surat khabar pun boleh seram sejuk inikan nak buka buku novel bertajuk cinta dipinggiran oh syahdunya. Tapi kalau suratkhabar metro rajin dia lain sikit.

Sebab itu aku rasa masa sekolah dulu ada satu projek dipanggil ‘Projek Nilam’. Nak pupuk semangat membaca. Kau tahu projek nilam tu apa? setakat tarik tang korus lagu nurnilam sari apedehal  yedak ? Projek Nilam ini adalah dimana kau kena beli satu buku garis satu ikut suka tebal mana, lepas itu setiap buku yang kau pernah baca kau kena tulis sinopsis dekat situ. 

Ok, semasa aku belajar dekat Samura, projek nilam ni salah satu benda yang boleh bagi merit dekat rumah sukan aku. Kau tau merit tu apa tak. Bencilah semua kena bagitau. Merit itu macam markah. Nanti hujung tahun kau boleh klaim markah tu dengan hamper sebagai juara rumah. 

Jadinya, ada satu malam masa aku junior, aku disuruh oleh ketua rumah merangkap abang senior untuk settle kan projek ni. Dia kata sekurang-kurangnya dalam sebulan kena ada dalam 100 buah buku aku tulis. Barulah merit banyak. Gila apa! Siapa baca banyak macam tu! Paling kuat aku baca adalah majalah Ujang, tambah sikit ada One Piece. Hilang akal la nak tulis sinopsis komik. Dah la satu malam kena settle sampai seratus. Gila!! Bila aku tanya dekat brader tu, dia jawab “kau belasah je cerita-cerita apa pun..janji cukup.”

Bila dia cakap macam itu, aku senyum lebar. Setakat nak reka-reka ni tarak hal sangat. Satu malam aku tekun isi buku projek nilam tu. Berpeluh juga belakang badan. Tajuk-tajuk yang aku hentam adalah seperti sang kancil berkawan dengan jebon, kenapa siput jalan perlahan, monyet riang menaiki motosikal, berkelah bersama famili, perlanggaran maut antara kucing dan tupai dan sebagainya. Nama penulis pun aku hentam kaw-kaw. Kalau aku kenal Faizal Tahir waktu tu pun aku rasa dah letak nama dia. Dia punya sinopsis jangan cerita la…memang menangis kalau kau baca. Menangissssss.

Satu malam siap bai..terer tak terer la kan. Bila aku bagi buku tu dekat brader tadi, senyum kemain lagi aku. Yelah, budak-budak lain tengah berpeluh lagi nak siapkan…aku paling awal hantar mestilah senyum. Perghhhh la.

 ***

Malam besoknya aku kena panggil dengan brader-brader yang lain. Gaya macam nak bagi pujian.



Malam itu juga aku kena libas dekat perut.....pakai tapak kaki.....kemain meradang brader tu.


Tak paham ah!!, tak cukup best ke aku buat tu?

21 comments:

munira said...

pehh,nasib baik zaman patlima taun lepas.
la ni,jentik pon kena buang sekolah.haha

marina anakcikbob said...

mungkin dia xminat cerita binatang. dia minat cerita lucah.
ko patut buat masa tu.
wahahaha..

storyfromme said...

hahaha...ape salahnye buat cerita macam tu kat dalam buku nilam.tadi kate belasah je.

bamAZEERA said...

HAHA. Brader brader tu tak hargai tajuk buku yang dicipta sendiri. Itu pasal lah kene terajang. Yang penting, HEBAT dalam satu malam ,SIAP ! HAHAHA

atty said...

atty prnah dpat anugerah gangsa sbab Nilam ni kat skolah :)
'membaca jambatan ilmu' ada tertampal kat sticky board sbab nk smangat buat homework yg bnyak kena siapkn.. :)
tu dulu..time zaman skolah..
but now, history suda=P
mm atty suka buku..even skrg kat memana mall bnyak bookSALE sempena World Book Day :)
pape pun, membaca blog ni tmbh mood nk baca buku kot..siyes i mean it..hee=P

hahau said...

hahaha...title cite pon da ngarut2 gaban gile..tensi la wehh

suffer8zine said...

aiyarkkkk

Terkini : Gambar Supermoon Yang Awesome

Mainur Hasnah said...

tajuk citer bukan main lagi.. ada pulak naik motorsikal.. agak2 lah nak menipu... saya rajin baca blog je

qellissa said...

hihihi, tajuk2 tu mmg nampak sgt rekaan semata2..mesti menangis brader tu bc sinopsis buku2 tu..

H A N S said...

hahahaha..ksian HB, dahla kna buli..pastu kna tapak kaki lg..adoilaa...

fiqkbe said...

tolong upload sinopsis yg ada dlm buku nilam ko weyh. nk baca!! =D

Cik Hati said...

ade simpan lg tak buku nilam tu? kalau baca balik mesti gelak guling2 kan. hehehe.

cik bahulu oren said...

ckp buku apa pon xpe
tp bila da siap kena libas plak
ape lah nasib HB
hahahahaha

DINIY said...

WAAAAHAHHAHAHAHAHAHHAAAAA....

cEro said...

wahahaha, apsal ko tak wat sinopsis cite naruto je...
kompom ko kena ninja dgn senior nanti..ahahah

nUR_rOsALiNdA said...

Hahahaha...
Teringat seh masa sekolah rendah ada projek ni..Masuk library..amik segala buku yg ada, copy bulat2 sinopsis kat belakang...wakakakaka~

hentakbelipat said...

cero: haha time tu naruto belum sampai nur nak baca lagi..one piece je bebe

kalau ada buku tu lg mmg dah lama aku letak dalam blog ni..tapi xsilap aku dah abeh renyok dah buku tu brader tu buat..marah la katekan

cikpia said...

zaman tu aku rasa zaman2 slamdunk kan???? bantai jer la citer pasai team bola keranjang. citer binatang senior2 tak minat kot. he he.....

Encik Psychopath said...

kalo nilam tu bole isi link entry blog. mmg aku da penuh. dapat gold agaknya.

OrenLimau said...

hahahaha...padanlah kena hentam.
btw, NILAM stands for

Nilai Ilmu Amalan Membaca.

sekarang baru tau maksudnya apa.nampak sgt time sekolah aku pergi library goyang2 kaki jek.hehe

eyjalukman said...

hahah
lawak gile !
mmg laa , ingt lg last year masa kt samura ,
stu kelas kena mara sbb NILAM uh tk siap .
then mlm tu mmg kena men share2 buku dgn kawan . then yng thun2 lepas punye just copy paste je . wkakaka ;p