gogle
Malam tu bulan terang betul. Penuh dan bersinar. Kalau tak ada lampu pun rasa-rasa tarak hal sangat. Lampu dewan makan tiba-tiba menderang setengah dewan. Kelibat budak lelaki satu-satu memasuki perkarangan dewan makan. Hari Khamis, roti ban dan kuah kacang adalah menu standard sesi makan supper. Sedap tu tak lah sangat, tapi kalau dah nama duduk asrama, dua mangkuk juga paling kurang.
Jo, Darby, Bigong dan Gambir duduk sebaris malam tu. Masing-masing tekun suap bubur dalam mulut. Sesekali Bigong tersalah suap ke hidung. Gelojoh.
“Nak lagi!!!”pekik Bigong secara membuta tuli. Tersembur Jo di sebelah akibat terkejut yang melampau. Tergopoh gapah juga makcik dewan makan menggantikan mangkuk yang kosong di depan Bigong dengan mangkuk yang berisi penuh bubur kacang. Takut-takut Bigong bertindak luar kawalan. Roboh pula dewan itu nanti.
“Amacam malam ni? Kau dah siapkan kertas kerja, jadual dan juga peta laluan?” soal Jo serius pada Gambir dan Darby.
“Siap Jo!” angguk Gambir
“Beres Jo!” tegas Darby. Masing-masing menampakkan urat di dahi tanda serius.
“Benda ini kena jadi malam ini juga. Nak jadi apa pun jadilah…benda ini kena jalan!” tegas Jo sambil menghentak meja makan dengan kaki kiri. Prakkk patah dua meja makan.
“Yehaaaa!!!!” laung yang lain-lain.
Dari sudut kanan dewan, kelihatan warden kegemaran ramai, Encik Razi sedang membuat tekan tubi. Mungkin memperkuatkan tapak tangan. Siapa tak kenal penampar kilat Encik Razi .Habuan Jo malam itu.
sambung nanti.......
15 comments:
NEXT! ;)
sungguh potong stim crite separuh .
ala, bersambung pulak... cpt2 nk tau pastu jd apa =D
cepat sambung...................hehe
papa razi mempunyai pelempang yang legendary. kalau pegi test kat guiness book of records, ada mungkin boleh masuk tv.
projek baik ni.
cepat sambung dik...
adoi, baru nak excited bace, bersambung lak :(
hadOOOooiii alergik dgn perkataan sambong niii...
xsampai semenet aku baca..
panjang lagi! panjang lagi!
xsampai lagi pun bab nasi lemaknya???? aiceh!
aiyarkkk dah la lapar ni
Terkini: Solat Jumaat Kini Boleh Dilakukan Di Pusat Membeli-Belah
siot gile bersambung.....!!aku paling menyampah cerita bersambung woi.......
haha papa razi! cikgu add math yg pelempang memang masyuuukkk!!
sambung lagi...sambung
Post a Comment