Wednesday, June 1, 2011

Petang yang perghh

Petang tadi, setelah satu hapa pun tak mendatangkan hasil beriadah di OU, aku dan anip pakat balik rumah dia. Jam waktu itu dalam pukul 3.30 petang. Memandang kan waktu Zohor masing-masing hampir kelaut, Anip cadang singgah mana-mana masjid/surau untuk settle tanggungjawab.

Oleh itu, area paling dekat adalah Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Simpang masuk TTDI dah nampak papan tanda masjid. Elok benar.

Masalahnya, satu bentuk kubah masjid pun tak kelihatan. Puas mencari. Aku cuba tanya dekat mamat bangla yang menjawat jawatan sekuriti taman tersebut.

“Ohh..itu mejit…kasi teruuusss..depan teruss….kasi kanan” jawapan yang aku dapat dari bangla tadi. Yang menjadi masalah, bangla tadi cakap masuk kanan tapi tangan dok buat gaya cedok-cedok belah kiri. Sekarang ni kiri ke kanan? Waktu pun dah suntuk, idea tumbuk perut bangla tolak tepi dulu. Masjid kena cari lekas-lekas.

Dari sayup-sayup atap rumah, aku dah perasan ada kubah. Cantek! Masjid dah jumpa. Tapi yang hairan, dekat kubah tu ada pelbagai jenis pencawang dan juga satelit. Sejak bila pula binaan Telekom diubah kepada iras binaan masjid? Sekarang ni Masjid ke Talekom? Aku pandang Anip..Anip pandang aku. Pegi jahanam lah, sedangkan jalan raya pun orang boleh sembahyang, inikan pula Telekom..kalau memang itu Telekom lah.

Yes! Itu adalah masjid. Nama masjid itu Masjid Al-Ghufran. Depan masjid kelihatan 2-3 budak sedang bergurau. Anip terus cari tempat wudhu. Aku macam biasa kena cari tandas. Baru kusyuk.

Masalah berikutnya, puas aku tawaf masjid ni, satu tandas pun tak jumpa. Tak kan masjid ni lupa bina tandas? Aku terus tanya pakcik/bilal berhampiran

“awak masuk lorong tu, ada lif….tandas lelaki tingkat 2” Pergh.

Bila nak turun ikut lif, aku macam curious nak tau tingkat-tingkat lain ada apa. Aku cuba tekan tingkat 3 dulu. Pergh…ada pejabat. Dekat situ tulis Jabatan Pentadbiran Masjid. Besar juga pejabat tu, kira-kira ada dalam 20 meja juga. Aku tekan tingkat 4 pula. Lagi sekali Perghh…dekat situ tulis kamar musaffir. Baru aku ingat nak bantai baring kejap, yelah..aku kan musafir. Rupanya itu adalah hotel untuk yang nak menyewa. Perghh….

Yang paling perghh dalam banyak-banyak perghh adalah bila aku tekan butang GF. Ok masjid itu ada GF (ground floor). Dekat GF ada Café Al-Ghufran. Cantik dia jangan cakap la bai. Ada view atas bukit lagi. Kan owesem tu.

Aku settle sembahyang zohor dan berlalu dengan hati yang berbunga-bunga.

“Masjid tadi memang terer kana Anip!”




Gambar depan masjid dan Cafe ni aku ambil dari google.
Kau nak tengok perghh jauh mana masjid ni kelik sini


21 comments:

C!k LaYLa PiPi GeBu said...

perghhh...gua baca pon, perghhhh....

Anonymous said...

gila dahsyat masjid nie..woooo..alhamdulillah..

Nini Hartini said...

mula2 bayangkan masjid kampung2 je. hehe.. bila baca ada lif, grrr tak ku sangka. ada gak masjid canggih mcm tu eh. siap ada hotel lg.

dr luar mmg tak gaya masjid kan?

y i e n said...

alhamdulillah~ slalu tgk bangunan laen2 yg kemain canggih2 ... atleast ad gaq masjid yg mcm 2 kan

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

alhamdulillah...

cantik sungguh masjid ni..

Unknown said...

masjid ni mmg glamer laaa..rsnye penah msok TV...siap bole wat kenduri kawin lg kt sna...

cik-terompah said...

gempak. tapi klu tak imarahkan.. x guna jugak..
kan?

*betul ka ak eja imarah?> aish

OrenLimau said...

aku ingat masjid wilayah jalan duta jek awesome abeh..sebab aku pernah tido sana.pastu ada mcm2.hehe.

ada lagik yg awesome eh.kena buat lawatan ni.

hanafijaafar said...

elok sangat la ko buat entri ni, aku dah lupa pun nama masjid ni, last time aku pegi 10 tahun lepas.

aku rasa ni masjid paling aktif aku pnah jumpa, lagipun orang situ kaya2 kot, boleh kasi derma ribu riban tiap2 kali jumaat.

hahahaha, ini kot satu2nye cafe yang takde couple berani nak dating. kalau nak jumpa, kasi nikah dulu kat masjid tu...

No name said...

masjid mmg gempak, salu buat program international.. Jangan tak tau, ada khursus diploma pengurusan masjid di ajar kt masjid tue.

Moumo said...

kat ttdi?
xpnh jmpe pn

Scha406 said...

canteknye......

iKhRam said...

aku bc pun.. pergh!!
rasa nak g kat sana pulak.. aku rasa setiap masjid sewajarnya ada keistimewaan macam ni.. barulah orang suka masuk ke masjid sama macam orang suke melepak kat starbuck.. hahaha

Unknown said...

kan bagus kalau sume masjid cenggitu..

black flag said...

wooooo!!!..style dol..

Cieut Nizar part II said...

tudiaaaaa aikhhhhh. :)

yin ying said...

mmg mula2 ingtkan masjid kecik2 jer.. tp tgk pic tu. wah. lawa btol :) tp mat bangla tu mmg patot kena sekeh pon kan. haha

hentakbelipat said...

si ayin: mat bangla tu baragkali kidal

o'gosh: kan..tapi kene tgk bnyk mane org pi derma la ky masjd tu

ikhram: yup2..barulah dari ke KLCC lebih baik ke masjid

sha as: mmg

maumo: ad besa juga masjid tu, aku org seremban pn jmpe

lizzie: aah! ak ad nmpk flyers die..colbrate dgn UMS..setail gile

hanafijafar: utk ak, ni la 1st time ak jmpe masjid cenggini..jakun la jgk akn..kehkeh

ed na: yeke...aku igt masjid ni je yang mmg perghh

cik terompah: betul beb! sesame la mengimarahkan

poji: aku xtau lgsung beb hehe

gadis kg & pink velvet & zarifah & cik lyla: semoga benda ni membawa kebaikan ye dak

eyjalukman said...

perghh , ohsem laa .

Maira Humaira said...

its actually balai islam. tapi skrg dah byk funtions dah. my sister got married there last year. tempat dia mmg cantik gila especially the view

Mary ANM said...

gud entry! :) info b'gune utk org2 yg xtau,,,,nice 1