Friday, June 10, 2011

Owesem pada rambut

Satu hari yang lepas, aku tengok cermin. Aku tenung penuh sifat mengkaji. Rambut aku macam sampah. Dalam erti kata lain, tak pesyen sungguh. Dalam erti kata bandar pulak, tak cool atau loser. Aku tak nak jadi loser sebab aku mahu jadi owesome.

Lalu, di hadapan cermin, aku bersumpah mahu potong rambut.

Akhirnya aku terduduk di kerusi sebuah pusat saloon rambut terkenal dikalangan pelajar UTM. Aku dihidangkan dengan air mineral dalam cawan plastik dan 2 buah buku penuh dengan gambar fesyen rambut. Disini, model buku itu adalah dari negara Korea atau Jepun..tak pasti mana satu..yang aku pasti, rambut dia semua macam dalam kartun. Kembang, pintal, warna warni dan pacak. Dan jika aku cuba salah satu gaya pasti mak aku menjuih bibir sambil berkata “buang tebiat ke ape”. Tapi sesetengah orang kata, mencuba itu adalah sifat fesyen. Mungkin juga mempunyai hati yang kental dan bebal dengan makian juga adalah sifat fesyen?


Aku selak dan selak. Aku jumpa satu model dengan potongan rambut yang aku rasa lebih kearah Malaysia. Tapi keputusan aku tak selari dengan kehendak hati. Hati kata ya, tapi aku ragu-ragu. Jadi aku tanya pada tukang gunting rambut yang lebih 30minit membiarkan aku menunggu macam bangang. Balik dari makan katanya. Harap kau makan bihun sup atau nasi ayam, kalau kau makan gulai babi atau nasi goreng babi…aku pasrah aja lah.

Oh..dia kata, “You punya kepala ada sikit panjang, tapi kalau mahu buat ni fesyen..kena saya fikir dulu loh”

Dia fikir. Padahal aku mahu potongan yang sangat senang. Kedai gunting mamak pun tak payah nak fikir macam ini punya susah. Aku nak potong pendek/botak/tepi 1atas 2.

Akhirnya proses menggunting pun berjalan. Masa itu, mesti aku nak tengok cermin dan tersipu-sipu malu, tersengeh-sengeh . Tapi cepat control balik sebab segan kalau tukang gunting itu nampak. Kononnya segan dan tak sabar nak tengok hasil. Kot-kotlah jadi kacak gila….. Aku tak paham kenapa aku macam itu. Macam setan perangai.


Dan kini, aku kembali dihadapan cermin, memandang cermin lagi sambil mengusap-usap kepala yang nipis. Dingin. Sambil mengkaji kepala aku yang baru, sambil aku hairan..


“Apasal tak sama owesem macam gambar pun?”


Oleh itu aku perlu menunggu bulan-bulan berikutnya untuk mencuba nasib untuk menjadi owesem lagi.



27 comments:

Hazirah Hamid said...

raya nt panjang la balik rambut tu :P

Unknown said...

fuiyo! owsem! haha

nn said...

dah macam abang-abang PALAPES. haha

Unknown said...

hahaha.. siannya...

fat said...

owesam la tu hehe

Amalina said...

kau tahu macam apa?
macam vocalist band neon trees.

Mercury69 said...

terbaik sgt2. apa2 pon. hentakbelipat still cute.

Unknown said...

ini hasil nye????osem nye...cm muhamad ali yg boxing je laaa...

ENCIK TIKUS said...

ini rambut genji nie

Cik Caah said...

ehhh,cenggitu pun dah owesome what!

a little less conversation said...

banduan terlepas dr penjara mana ni?

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

baru lepas masuk askar eyh??

wakaka

ORLANDO AHMAD said...

“Apasal tak sama owesem macam gambar pun?” hahahha gammbar tu gambar edit photoshop kowt hahha

iKhRam said...

hahaha.. serius! aku gelak memang kaut sekarang nie.. hahahaha!! tp aku rasa cun jer rambut nie!! ini jujur!!!

iKhRam said...

hahaha.. serius! aku gelak memang kaut sekarang nie.. hahahaha!! tp aku rasa cun jer rambut nie!! ini jujur!!!

cEro said...

takpe..lobang idungmu tetap menjadi pujaan hatiku...

ishiko said...

pfttt.. keh3x... mcm noh hujan xjd je.. :b

eyjalukman said...

sedih je bunyinya . hahaha

ellieandcarl'sstories said...

kengkadang tdk berambut pon owsem.. sbb rengan pae hhah

hentakbelipat said...

Amalina: pehhh kau buat aku nk botak lg kahkah

hentakbelipat said...

aku dah tau aku punye osem sampai thp mana...ada hamba allah kata dengan ikhlas hati, aku dah mcm ne-yo....pergh!

cik nur said...

diharap bersabar eh hahaha

anakcikbob said...

da osem la ni weh.
ko ensem2 pon nak buat apa.
hahaha..

y i e n said...

style askar ke ni? hehe~

cikpia said...

dah macam bebudak pelakon citer juvana jer... he he.....

Afique Zainuddin Ahmad said...

botak sebenarnya menunjukkan kejantanan ..itu yang awesome .itu yang kita nak .

hentakbelipat said...

hahaha..ok aku berpuas hati dgn owesem aku