Pada satu hari, 15 tahun yang lepas, setelah menonton satu filem mat saleh yang tajuknya aku tak ingat, ada satu panorama menunjukkan kasut tergantung di kabel eletrik di kawasan perumahan. Budaya tersebut jika aku cari di google membawa maksud, ada orang yang baru mati atau di kawasan itu ada Abang Long. Abang Long disini adalah orang terer yang membuat kerja-kerja tak baik.
“Macam best je campak kasut kat wayar depan rumah kite” aku bagitau hakem. Dia angguk dan tersengeh.
Untuk mencampakkan kasut sendiri adalah satu perkara yang bangang waktu itu. Ini kerana, jika ibu bapa kami dapat tahu, dengan kami-kami sekali akan tergantung sama. Iyalah, kasut ada satu dan kasut itulah nak pergi sekolah pun.
Dengan itu, tiub tayar menjadi pilihan. Amat nampak perghhh la kalau ada kawan-kawan yang lain terlihat akan tiub tayar itu berada di hadapan rumah kami. Punyalah terer, dengan sekali baling sahaja, dua biji tiub basikal berjaya tersangkut di kabel elektrik itu. Muka masing-masing bercahaya sebab tahu diri sendiri terer waktu itu.
Besok pagi, aku dan hakem tengok tiub yang kami campak dah lendur, lembik dan berbau hangit. Situasi menjadi cemas. Tangga dan galah dah tersedia. Akal mahu kait tiub itu sebelum ada yang tahu kami punya kerja. Dan lebih tak syok kalau ibu-bapa kami dapat tahu. Kena tarik tiub tu dengan kuat walaupun tiub tu dah melekat kuat dekat wayar. Kena juga.
Disebabkan Hakem tua setahun, jadi dia dipilh untuk menarik tiub tersebut. Hakem panjat tangga. Aku pegang tangga. Hakem cakap “Ready!” aku jawab “takut!”. Tiub berjaya tersangkut dekat galah. Member aku pandang aku sambil senyum.
“Aku kira sampai tiga, bila aku sentap tiub ni aku nak lompat..kau sambut!” laung Hakem. Aku telan air liur.
1…..2…….3
KAPOOW!!!
Malam tu aku merajuk tak nak makan nasi sebab ayah aku pulas telinga aku kuat sangat. Ayah aku marah sebab satu taman perumahan aku terputus bekalan elektrik untuk 2-3 hari.
Best gila. Macam dalam gua.
23 comments:
pergh, best gila kot sbb bkn snang nk jd nakal. kekekeke
ekekeke.
berani la hakem.
kem salam. :P
ahha! cool beb sejarah idop ang kecik2... klw 2-3 hari putus bekalan, mmg power! stakat suis terbakar apela sgt kan...
fuiyoo~ hebat gile ... tatau laks pasal wayar letrik ngn tiub beskal ni, hehe!
hahhaaaa
=D
haha. ganas tol uols! haha.
haha. ganas tol uols! haha.
hahha merajuk ;p
perghhh..
terer hang ngan kawan hang tu nowh...
nakal giler ko masa kecik.. tu tak de keje cari keje la tu.. kalau mak aku.. memang kene benam kat sungai la gamaknyer.. hahaha
best tp.. kire best la entry nie!! hahahaha
hahaa.. piyattt tinga dya..
singgah belog sy, sila jwb ye og2 joho^^
hahaha.. budak2.. ap nmpak cool, sume nak wat.. da beso ni, baru nk gelak kebodohan sindrik dlu..
enjoy baca blog ni :D
hahahahah... tapi nasib baik jugak tak kena karen eh? mau keras masa tu.. ish.. selisih!
anak sapa lar nie...
perghhh!! nak try la.. ^^,
huahuahua.ini baru style!..haha.nice entry.
patotnya kan
ayah tu kena bagi lebih lagi dari pulas telinga tu.
itu yg sepatutnya..
sib baik kena pulas telinga je...klu kena belasah dengan tiub basikal tu camana?
ishk3...hahaha nakal nye
hahha..nakal siot ..huhu..
kalau aku jadik orang taman ko, sekali ko sekali si hakem aku baling bior tersangkut kat wayar letrik tu.....
hahha!best wo masa kanak2 dulu.
haha memang takde keje btol .
Post a Comment