Friday, June 24, 2011

Wayar letrik dan tiub basikal tak pernah ngam

Pada satu hari, 15 tahun yang lepas, setelah menonton satu filem mat saleh yang tajuknya aku tak ingat, ada satu panorama menunjukkan kasut tergantung di kabel  eletrik di kawasan perumahan. Budaya tersebut jika aku cari di google membawa maksud, ada orang yang baru mati atau di kawasan itu ada Abang Long. Abang Long disini adalah orang terer yang membuat kerja-kerja tak baik.



“Macam best je campak kasut kat wayar depan rumah kite” aku bagitau hakem. Dia angguk dan tersengeh.

Untuk mencampakkan kasut sendiri adalah satu perkara yang bangang waktu itu. Ini kerana, jika ibu bapa kami dapat tahu, dengan kami-kami sekali akan tergantung sama. Iyalah, kasut ada satu dan kasut itulah nak pergi sekolah pun.

Dengan itu, tiub tayar menjadi pilihan. Amat nampak perghhh la kalau ada kawan-kawan yang lain terlihat akan tiub tayar itu berada di hadapan rumah kami. Punyalah terer, dengan sekali baling sahaja, dua biji tiub basikal berjaya tersangkut di kabel elektrik itu. Muka masing-masing bercahaya sebab tahu diri sendiri terer waktu itu.

Besok pagi, aku dan hakem tengok tiub yang kami campak  dah lendur, lembik dan berbau hangit. Situasi menjadi cemas. Tangga dan galah dah tersedia. Akal mahu kait tiub itu sebelum ada yang tahu kami punya kerja. Dan lebih tak syok kalau ibu-bapa kami dapat tahu. Kena tarik tiub tu dengan kuat walaupun tiub tu dah melekat kuat dekat wayar. Kena juga.

Disebabkan Hakem tua setahun, jadi dia dipilh untuk menarik tiub tersebut. Hakem panjat tangga. Aku pegang tangga. Hakem cakap “Ready!” aku jawab “takut!”. Tiub berjaya tersangkut dekat galah. Member aku pandang aku sambil senyum.

“Aku kira sampai tiga, bila aku sentap tiub ni aku nak lompat..kau sambut!” laung Hakem. Aku telan air liur.

1…..2…….3


KAPOOW!!!


Malam tu aku merajuk tak nak makan nasi sebab ayah aku pulas telinga aku kuat sangat. Ayah aku marah sebab satu taman perumahan aku terputus bekalan elektrik untuk 2-3 hari.


Best gila. Macam dalam gua.

23 comments:

oh nudra said...

pergh, best gila kot sbb bkn snang nk jd nakal. kekekeke

NARDtheNERD said...

ekekeke.
berani la hakem.
kem salam. :P

KRL kaprileader said...

ahha! cool beb sejarah idop ang kecik2... klw 2-3 hari putus bekalan, mmg power! stakat suis terbakar apela sgt kan...

y i e n said...

fuiyoo~ hebat gile ... tatau laks pasal wayar letrik ngn tiub beskal ni, hehe!

aryu said...

hahhaaaa

=D

♥ 미스 kiera ♥ said...

haha. ganas tol uols! haha.

♥ 미스 kiera ♥ said...

haha. ganas tol uols! haha.

Unknown said...

hahha merajuk ;p

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

perghhh..

terer hang ngan kawan hang tu nowh...

iKhRam said...

nakal giler ko masa kecik.. tu tak de keje cari keje la tu.. kalau mak aku.. memang kene benam kat sungai la gamaknyer.. hahaha

best tp.. kire best la entry nie!! hahahaha

ishiko said...

hahaa.. piyattt tinga dya..

singgah belog sy, sila jwb ye og2 joho^^

fara said...

hahaha.. budak2.. ap nmpak cool, sume nak wat.. da beso ni, baru nk gelak kebodohan sindrik dlu..

enjoy baca blog ni :D

miss jaja said...

hahahahah... tapi nasib baik jugak tak kena karen eh? mau keras masa tu.. ish.. selisih!

No name said...

anak sapa lar nie...

Ladyevanatasha said...

perghhh!! nak try la.. ^^,

ddjfr said...

huahuahua.ini baru style!..haha.nice entry.

bact. said...

patotnya kan
ayah tu kena bagi lebih lagi dari pulas telinga tu.

itu yg sepatutnya..

Mario said...

sib baik kena pulas telinga je...klu kena belasah dengan tiub basikal tu camana?

My MiRa said...

ishk3...hahaha nakal nye

syud said...

hahha..nakal siot ..huhu..

cikpia said...

kalau aku jadik orang taman ko, sekali ko sekali si hakem aku baling bior tersangkut kat wayar letrik tu.....

dyn said...

hahha!best wo masa kanak2 dulu.

eyjalukman said...

haha memang takde keje btol .