Hari itu hari Isnin. Aku dengan 2 lagi member tengah pekena
McD sarapan pagi. Jahanam betul menu dia. Sikit pun tak kenyang. Sedang ralit
kunyah lempeng, terbuka cerita nak pergi Bangkok. Benda kalau orang cakap,
kalau nak jadi tu jadi sungguh. Konon nak cari pengalaman hidup. Apa?
Petisuara? Pebende pergi Bangkok ajak perempuan, baru pegi!
Masalahnya, satu pun member aku tadi tak tahu langsung nak
pergi sana macam mana. Terkebil-kebil. Aku nekad, besok juga aku persiap
segala. Rancangan kena jalan!
Kalau naik keretapi, kena pergi Butterworth….satu hal pula.
Kalau naik bas, dari KL hanya sampai Hatyai….lagi lain
cerita nanti.
Naik kapal terbang paling mudah. Nekad! Tengok tiket dekat
internet, ada yang murah. Bedal!
16 haribulan memang tarikh cantik untuk terbang ke Bangkok.
Duit dah kumpul. Semua dah standby, tinggal nak beli tiket sahaja.
Malam tu baru aku nak
pi beli tiket secara online, tak memasal harga dia nak naik mendadak.
Musibat betul. Suka-suka nak naik harga ni apahal?
Jam pukul 12.30 AM. Arghh! Celah mana nak beli online tiket
ni? CIMB Cliks mana jalan waktu macam ini. Kalau ikut sedap, memang aku bantai
tidur dan besok aja aku beli. Tapi kalau aku tidur, memang pukul 12 tengah hari
karang baru bangun. Masa tu aku rasa harga tiket ni dah naik sampai 1.5 juta
kot.
Teguk nescafe, aku berjaga satu malam.
Tepat pukul 7.30, 3 tiket penerbangan ke Bangkok ekonomi aku
dapat beli. Cantek ah! Mata pun dah berat. Baru aku nak tidur, aku belek passport.
Jahanam!!
Tarikh luput dia tak sampai 6 bulan. Memang tak lepas dekat
kastam nanti. Arghh!!
Mata macam dah kena tumbuk. Kena renew passport ini hari
juga, apa nak jadi…jadilah!
Cerita banyak pun tak guna kan..kahkahkah. Satu benda yang rare dekat sini. Telor lembu pangang nampak macam sedap
Amacam? sebijik Wes Borland-Limpbizkit siot! Macam ini kalau masuk AF memang kena titik la Syahir ke ape ke.
Aku tak tau pulak budak-budak Bangkok ni paru-paru diorang jenis besar lain dari yang lain. Ini Kalau aku sekali hisap memang terduduk la bai!
Amacam? sebijik Wes Borland-Limpbizkit siot! Macam ini kalau masuk AF memang kena titik la Syahir ke ape ke.
Aku tak tau pulak budak-budak Bangkok ni paru-paru diorang jenis besar lain dari yang lain. Ini Kalau aku sekali hisap memang terduduk la bai!
13 comments:
wow.makan telor lembu.
my parents went to bangkok last time. but i never been there yet! teringin juga nak pergi :)
nizamsani: kalau kau try makan mmg kau boleh jadi power
farra: nak pegi? jom kahkah
kesian peti suara taww kena tinggal. hehe.
salam sis
sory that I don't understand Bahasa
but i'm glad to know that you've visited Bangkok
are you in Bangkok now?InshaAllah,we may meet here^ ^
Hannah Muminah
with love from Bangkok
hi dear, this blog has two admins, so its hentakbelipat that had visited bangkok, not me..hehe but would love to visit bangkok soon
best woo. backpacking ke?
patut la aku dok pening blog ni blog awek ke blog jantan. ada 2 owner rupanya.
kahkahkah fendi kahkahakh
paling epik adalah peta terkoyak...
ape laa tmpat ko nak tuju tu smpai tembus dibuatnya..hahhah
oop! sory for my misunderstand ..silly me>.<
mak ai..besaqnya rokok..mmg pening klau kena
Post a Comment