Sunday, July 31, 2011

Lain Macam

Entah apa pasal, jantung ni berdegup laju semacam. Bangun tidur terus berdesup-desup udara masuk dari hidung. Kembang kempis dada aku.

Hati pun rasa panas lain macam. Dahi berkerut jangan cerita lah, dari pagi sampai ke petang tak sudah-sudah berkerut. Nak kata aku banyak hutang, belum lagi.

Aku ambil keputusan jalan-jalan petang tadi, ambil angin segar. Aku jalan kaki pergi kedai serbaneka 24 jam. Masa jalan pun aku hairan, laju lain macam. 

Tengah sedap berjalan, ada anjing mana entah bantai menyalak depan aku. Panas betul! Tak pasal-pasal terbelah dua anjing tersebut aku libas dengan selipar. Ahh, kacau angin aku.

Bukan sekadar anjing tadi yang malang, malah papan tanda Welcome to Rasah Jaya pun aku bakar tanda tak puas hati. Ranting yang cucuk aku punya telinga tadi pun habis aku tebang satu pokok. Satu lagi, masa aku minta topup 10 ringget dekat brader kaunter kedai serbaneka tadi, dia boleh buat lebih kurang dengan aku. Puas aku bagi signal, dia bantai buat tak tahu. Kesudahnya bersemburan darah dari hidung mamat tu. 

Sampai dekat rumah, aku baring atas katil. Aku fikir dalam-dalam apa yang kurang kena dengan aku.

PAP!

Aku dah tahu dah! Padan lah, masuk hari ini dah 5 hari aku tak pekena Winston. Perghh..ini baru 5 hari. Macam mana dengan lima belas hari? macam mana denagn tigaratus enampuluh lima hari? Perghhhh!

 Ok....

Memandang kan besok dah mula Ramadhan, aku berlindung dari segala keburukan mahupun panas baran. Semoga ibadat Ramadhan aku tahun ini power belaka. Aku dan Petisuara nak minta maaf salah silap dan selamat berpuasa oi! Taraweh lu jangan lupa! Apa? ada stok mercun bola? ok set, main dekat depan masjid kejap lagi

7 comments:

iKhRam said...

wow.. jumpa kat masjid nnt k? aku ada mercun ketupat jer.. stok mercun bola tak sampai lagi.. hahaha

selamat berpuasa dan selamat beramal

♥NuR SyAFiQah♥ said...

haha ingat ape la tdi..rokok punye pasal..adoii

eesyaheera said...

Esok puasa bro. Jangan kau bantai Winston satu kotak esok. Haha

a little less conversation said...

lu jgn nk terperanjatkn jemaah nak terawih..ada gak lu kne sahur ngn meriam buloh..wakaka

delarocha said...

hebat gak penangan tak dapat winston ni..

O'gosh said...

huhu..ingatkan apa la tadi...

cEro said...

bertahan bertahan bertahan...
(dah macam sokong bola dah..)