Wednesday, August 3, 2011

Kau ni nak taraweh ke nak kena takraw?


Ramadhan tahun ni tak jauh beza dengan tahun-tahun sudah. Yang lain, Cuma bila dah besar macam ini, mengamuk tak nak bangun sahur tu dah tak ada. Minta hadiah sebab puasa penuh pun dah tak. Tapi tune dia jadi lain bila besar, aku banyak mula berpuasa pukul 11 pagi. Ini kejadah yang tak patut di contohi ya adik-adik.

Bila masuk bab taraweh…ya, yang ini aku suka. Banyak benda berubah dekat sini.

Contoh bapak aku. 2-3 tahun lepas aku tengok dia masih tegap dekat belakang imam. Pergi masjid pun berdesup sebab nak duduk belakang imam. Sekarang dia dah setting dekat saff hujung sekali. Tak betullah kalau sembahyang pakai bangku, nak menyelit tengah-tengah saff ye dak. Jadi dia mengalah duduk hujung. Injap lutut dah lari sikit.

Budak-budak scene aku dulu pun dah lain. Kalau dulu kemain samseng masuk masjid dengan seluar jeans lusuh, kalau boleh nak koyak rabak sanasini tapi pebende pulak pergi masjid macam itu…makan pelempang bilal jawabnye nanti, sekarang ni dah reti pakai kain pelikat. Kalau dulu nama ja taraweh tapi lagi banyak berkerut dahi fokus nak jolok bola merah dekat meja snuker..sekarang dah full set dah dia taraweh. Masing-masing tawaduk dan juga tertib lengkap.

 dengar cerita ada young and dengerous versi malaysia. Apa? KL Samseng? kahkahkah


Scene aku dulu pun dah banyak diganti dengan budak-budak lain. Tapi samseng dia lagi terer dari aku. Tengah azan kau boleh bantai hisap rokok lepas itu wahh meletup betul kau punya borak. Jangan  heran la kenapa kepala kau kena batang paip nanti. Sebagai brader-brader veteran, aku cuma boleh jeling ganas. Mengelupor  kau padam rokok macam kantoi dengan guru disiplin. Kah kah kah.
 
Untuk scene yang lagi satu ni, dari dulu lagi memang wajib ada. Scene budak-budak yang belum mumaiz. Tapi tak ada dah scene main gusti dalam masjid, panjat tiang masjid lepas tu terjun atas perut member..tak ada dah. Sekarang dia sibuk berlari kehulu kehilir sibuk kongsi cerita tom tom bak..rosak betul. Itu belum cerita yang berebut PSP. Arghh!

Macam anak buah aku, tengah sedap orang dok baca doa, dia boleh bantai main racing dalam masjid. Kalau dekat belakang saff tak apa, ini habis semua dia langgar. Sikit lagi dia nak terjun atas imam. Aku macam biasa, bila balik rumah aku akan lututkan ke perut mu seko-seko sampai insaf..biaseeee dieee


Ok selamat bertaraweh kalian.

14 comments:

ღ p!nk veLvet ღ said...

hahaha~ camne lah rasenyer berlututkan kat atas perut tuh ye? nak try kat adek2 sepupu lah raye ni, hahaha!

hentakbelipat said...

boleh..boleh..lagi sedap ambil lajak 2-3 depa dulu baru lututkan perut mu..lagi mengancam

cheqwa said...

hahaha...budak2 memang macam tu laaah.mcm taman permainan plak kat blg mesjid tu,bising suare diorg je...hihihi

thra said...

lawak bro!

Cik Ca'ah said...

ala,anak2 buah tu nak ikut perangai sape kan kalau bukan pakcik die. hahaha

the said...

eh..aku dulu baik ape? paling kuat pun main baling selipa je

cikpia said...

ala..... been there, done that...... ko kena paham jiwa kekanak.....

s.u.h.a said...

dulu aku ikut mak aku terawih tapi aku tidur kat sebelah sebab kenyang makan banyak sangat masa buka puasa.

iKhRam said...

teringat masa aku jadi anak askar kat kem..
kat surau kem itu la tempat kami mengaji setiap petang..

kat dalam kem ada ustaz askar.. ustaz askar ni la mengajar aku mengaji..

ustaz askar ni ada anak. bila setiap kali bulan posa aku memang tak boleh lupa cerita mak aku..

bayangkan,
masa semua orang tgah semayang terawih.. time rukuk.. anak dia boleh amik pembaris panjang kayu.. lepas tu dia boleh sebat buntut2 pakcik2 tu.. satu baris kot.. bontot ustaz askar tu jer yg tak kene sebab dia jadi imam.

aku memnag tergelak la dgar citer mak..
aku pun ckp,.. anak dia tu past terpengaruh dengan ayah dia, ustaz askar.. sebab ayah dia kan selalu sebat kami mcm tu jugak.. hahaha

Tasha said...

dulu lain skrg lain,ye dak? hehe..budak2 la ni,aku pandang bgai nak tembus pun diorg buat xreti..ilmu ape pakai bg diorg reti ni?haha

JIJI YU said...

alhamdulillah dah selamat aku berterawih

the said...

ikhram -pergh!!gila true budak tu unya nakal..agak2 sekarang jadi apa la budak tu ye dak

lolita said...

owh...
macam mana agaknya lututkan ke perut mu tu..
xpernah dengar pun..
nak kena try kat anak-anak saudara yg nakal2 nie..
hee!!

cEro said...

lutut ke perut...
i like!!!
hahahaha