Friday, August 5, 2011

Tutorial: Puasa anda akan lebih happy

Dah seminggu puasa, tapi aku tak nampak dia punya meriah lagi. Tak sama masa aku tingkatan 2 punya meriah. Sebab apa? Sebab budak-budak sekarang tak berapa nak reti memeriahkan suasana dia. Memeriahkan masjid itu adalah tuntutan. Maksud aku dekat taman perumahan tempat aku tinggal. Sunyi. Bosan dan tipikal.

Bak datang aku bagi sikit tutorial macam mana nak memeriahkan suasana macam yang aku buat dulu.


1. Mula-mula kau kena puasa. Kalau yang tak puasa pergi menangis sekarang. Dah besar panjang pun nak kena ajar lagi ke?

2. Kau kena ada geng. Cukup dalam 3 kepala. Ramai-ramai nanti buat semak dan satu benda pun tak boleh  jalan

3.       3. Buat 2-3 team. Baru ada fight.

4.      4. Pemilihan jenis besi. Besi yang dipilih bukanlah main sebat mana-mana besi. Kalau kau bantai guna besi paip air, jangan tanyalah kenapa kau raya nanti orang ada 2 tangan kau ada suku ja. Paling afdal guna besi berdiameter setebal atas 5 cm. Macam aku, aku lebih senang guna tiang besi papantanda bumper. Ha? Curi? Gila apa curi masa puasa..mestilah aku jumpa tepi jalan. Aku pun ambil la kejap…..alah.

5.       5. Kena ingat, tebuk lubang sumbu tak boleh bawah sangat tak boleh atas sangat dari bontot batang besi. Atas sangat tak berbunyi la meriam kau. Bawah sangat nanti bunyi dia tak mari. Paling padu adalah sejengkal dari tapak.

6.      6. Kabaid cap nenas power sikit. Pakai 2 ketul dah pegi dah bunyi dia. Air sejuk jangan lupa. Boleh juga kalau nak guna air sirap atau air tin 100 plus. Yang ini jenis tak puasa punya kerja..ish, berdosa betul. Bila dah campak kabaid dengan air sejuk, biar dalam 2-3 minit. Tutup lubang-lubang yang ada.

7.     7. Proses menyucuh lubang sumbu pun kena ada skil. Kalau kau pakai mancis, kau adalah bangang. Pakai kayu panjang 2-3 depa kalau boleh. Oh ya! Besi tu kasi ikat kemas la sikit dengan guni atau tiub beskal. Tak adalah terbang atas kepala nanti.

8.      8. Macam mana nak tahu siapa punya meriam paling terer? Siapa paling banyak dapat carutan dengan jiran sebab anak kecil dia menangis terkejut, dialah campion.


Ok, aku gurau..aku mana pernah main benda ni. Bahaya. Ini aku salin masa aku tengok Telenovela itu hari...kehkeh

Ha? Nak cuba petang karang? Dah, jangan nak mengada –ngada. Kau main PSP sudah. Jatuh basikal calar lutut pun letak dalam pesbuk. 

 Budak ni power!


17 comments:

ღ p!nk veLvet ღ said...

hahaha! bebudak skang tau maen game dlm pesbuk jew ... sbb tuh asyik dgr brita putus sane cnie time main meriam

Sasa Samsudin said...

betul ke penah buat meriam??hebat nye..sasa mse kecik selalu marah budak depan rumah sebab meriam die kuat gile and menghala rumah sasa..pastu time tuh kat rumah ade baby anak akak..sian baby tuh sik nangis..heheheh

Cik Asma BLuppy said...

wow! ingtkan pndai buat td... sekrang xde dah meriam ni. bahaya wo...

cik-terompah said...

dan2 la. ni semua keje ko dulu2..

MSS said...

"Jatuh basikal calar lutut pun letak dalam pesbuk. " .....hahahaha....

kabaid pon dah susah nak cari skrg ni....
pakai paip air pvc y besar gedabak tebal 1cm senang sikit, , hujung letak tin milo+tanam, simen lebih afdal(kecik2 dah main dengan simen), lobang tebuk pakai paku je....

budak2 nye semua dah bujang- retired..lol

nysa said...

jatuh basikal pon letak dalam pesbuk?HAHA..tak menahan betol !!

the said...

kehkhekhe..ad sape2 ade stok mercun ketupat? jgn la main sorg2

ENCIK TIKUS said...

untuk menjimatkan kabaid gua akan potong kecik-kecik terlebih dahulu...

ENCIK TIKUS said...

kabaid yang kitorang selalu beli dekat kedai pak mail aku dah lupa lah.. kira dia macam mane pun aku dah lupa..

ENCIK TIKUS said...

acane nie ? ce kaboo ce kaboo

ENCIK TIKUS said...

tapi mercun ketupat zmn sekarng pun dah boleh pergi.. mercun telur apatah lagi..

ENCIK TIKUS said...

tiba-tiba rindu zaman kanak-kanak.. acane nie ??

ENCIK TIKUS said...

power!! power!! kakakakakka!!!

cEro said...

budak skang tak pandai dah nak main meriam segala bagai...
tgk je laa paper, buat sket, dah putus jari...
c'mon laaa..tak pakar langsung..
hahaha

the said...

cik tikus: kau jangan heran kenape sahur kau kene kejut pakai mercun bola..

cero: entah..nak main tapi x terer

Ili Naquiah said...

kalau kena marah dengan mak sbb buat meriam, cakap hentakbelipat yang ajar.. ;P

iKhRam said...

bila tgok bebudak tu, risau pulak rasanya.. hahaha