Tuesday, July 5, 2011

Siri Cerita yang 'Cutting-Edge' : (KLMM)

Menghirup secawan kopi susu pekat manis panas. Ada bunyi slurp dihujung sisipan bibir. Tanda nikmat dunia yang padu. Diluar tingkap titisan hujan tak menunjukkan tanda-tanda mahu berehat. Berlunjur di bangku malas buatan kayu pain yang terbaik disaluti varnish cokelat merah menawan adalah aktiviti indah Bukhari saat dia perlu menghela nafas berehat. Ketika itu juga sesuai bagi otaknya menghambat balik memori-memori lama. Terukir nipis senyum sehingga terpancar lesung pipit Bukhari. Otaknya memang sedang mengatur kembali babak-babak lama yang mampu membuatkanya tersenyum.

Bukhari menyelak sebuah album lama yang hampir berdebu tersorok dibawah meja marble. Kulit album itu terkopek sedikit. Gambar-gambar semakin menguning itu nampak kemas lagi. Setiap gambar pun ada gambar Bukhari diapit teman-teman rapat sekuliah. Sekeping gambar berjaya membuat Bukhari termenung sejenak. Gambar Bukhari sedang berduaan dengan seorang pemuda tegap. Intim dan mesra. Bukhari terus tenggelam dalam ruang kosong, terlopong.

“Kau sanggup buat aku macam ni? Bukankah kawan kita ini mahal nilainya?”

“Aku tak berniat pun”

“Kau tikam belakang aku. Bahkan kau tujah padu, tembus tanpa belas kasihan pun”

“Bukan tikam belakang....benda tak sengaja”

“Secalit kesal pun aku tak nampak pada kau, Muhaimin Ishak!”

“Macam yang aku cakap..bukan salah aku sorang dan bukan juga salah aku sangat. Benda dah terjadi”

“Bukankah kau tahu, Suzanna adalah hidup aku! Kenapa perlu kau hancurkan?”

“Bukhari....sudahlah, aku tak perlu bersedih malah kau pun tak perlu marah sangat okay?”

Tersedak kecil menyebabkan Bukhari terlepas dari cengkaman ruang kosong itu. Cepat-cepat dia mengelap kopi yang tertitis sedikit di kolar bajunya. Bukhari lantas bingkas bangun dari kerusi dan berjalan perlahan ke arah gerobok kayu hitam. Bukhari membuka pintu gerobok itu perlahan. Partikel-partikel habuk berzarah halus menyebabkan Bukhari gatal hidung lalu berair matanya.

Didalam gerobok itu tersemat rapi 3 biji balang kaca 250ml jernih. Penutupnya bewarna biru pekat. Dibadan balang itu terlekat tag dengan tulisan Muhai.....yang lain sudah terpadam. Balang pertama kelihatan dua pasang objek bulat seakan bebola mata terapung-apung didalam cecair jernih. Balang kedua kelihatan segumpal daging yang dipercayai mirip jantung dan balang ketiga mungkin juga otak yang agak sempit terperosok didalam balang tersebut.

Bukhari mengelap permukaan balang itu. Senyumnya masih belum putus.

Kenangan Lama Memang Membunuh




7 comments:

zzatie nur iman said...

pastu yana???..alaaa...kite xphm pulak... smbg la cpt..hihihi

Reensyarinie said...

erkk bukhari bunuh muhaimin tu ke???

Fatimah Ali said...

muhaimin dah mati.

petisuara said...

ni bukan yana yg buat cte, ni HB haha

iKhRam said...

hahaha..
kenapa la sampai membunuh nie..??

cEro said...

arrrgghh!!!
tak tido malam aku!!!!

Bella Heuheu ❤ said...

kesian. :'(