Monday, August 22, 2011

Hati jiran bukanlah juga macam nasi himpit

Boy….kenapa Untie Mary tu sedih je depan rumah die tuh?

Mane aboi tau..

Yelah..selalu mak tengok petang-petang ni, die seronok je trim pokok bunga kertas die tuh. Ni mak tengok die pandang je pokok tu. Muke pun dah macam kuih ketayap je.

Mane aboi tau..

Apasal pokok bunga die dah tak macam pokok bunga dah? Abeh tinggal ranting je tuh!? Rentung!

Mane aboi tau..

***
(5 jam sebelum)
Semua mercun aku dah kena campak dalam tong sampah. Thunderclap, mercun lidi, mercun mancis, mercun papan dan mercun ayam, habis semua mak aku sapu. Yang tinggal mercun tekan biar kembung, lepas itu meletup. Langsung tak Rambo. Ini semua Kak ida punya pasal. Kecoh pergi mengadu dekat mak aku. Eleh…anak manja betul. Bukan kena pun muka dia dengan thunderclap itu hari.

Hakeem datang rumah aku dengan satu cadangan yang boleh tahan ganas. Ini gara-gara dia tengok cerita MacGyver semalam.  Untuk menggantikan mercun, tin Ridsect juga boleh digunakan! Kata Hakeem. Kami bantai balut tin Ridsect tu dengan surat khabar padat-padat. Dah rupa macam lemang aku tengok. Ini dilakukan supaya kepadatan tin tersebut dalam keadaan yang power. Kami namakan mercun itu sebagai Seek and Destroy hasil tajuk lagu Metallica

Untuk nampak lebih canggeh, kami buat replika sumbu juga dengan menggunakan kertas surat khabar. Kami curahkan sedikit minyak tanah pada badan tin yang dibalut tadi. Untuk langkah keselamatan, kami letakkan tin tersebut dibawah longgokan rumput kering dihadapan rumah aku. Kami letakkan pula dibawah sepohon pokok bunga kertas yang segar. Jarak longgokan itu dari rumah aku ada dalam 200 meter. Jarak selamat.

Curahkan sedikit lagi minyak tanah pada rumput kering tadi dan nyalakan mancis. Nah! Rumput kering tersebut menyala dengan marak!

Selang 5 minit, kedengaran bunyi yang ganjil. Bunyi macam belon cekang akibat ditiup angin yang bertalu-talu.

Kreeek…kreek…kreek…


GEDEBOW!!

Wah hasil yang begitu indah! Satu letupan yang tiada tolak bandingan. Malah ia disertakan dengan semburan api yang gilang gemilang. Dan paling canteeek, api itu berjaya menyelaputi keseluruhan pokok bunga kertas yang segar itu tadi!!



Kami berlari berciciran masuk ke rumah masing-masing buat-buat tak tahu.


12 comments:

y i e n said...

gile nakal ... patot lah asyik kluar statement MANE ABOI TAU, hahaha! cian auntie mary

efa fairuz said...

hahahaha adeii! keje kau la tu rupenye! :p

nurAIN said...

patut la org tua tuh semacam.. haha.. giler rejim zionis.. hahaha..

No name said...

Dah agak dah, mesti keje kau punya...

Unknown said...

keganasan teragung. har3

Päk Läng said...

nasi himpit

keh keh keh

Cik Caah said...

kejahatan melampau
hahaha

^^

Yanyan said...

HAHAHAHAHA
patut makcik depan umah muka sememeh macam roti john basi :D

Hazirah Hamid said...

kesian untie mary patot pun muka dia mcm kuih ketayap haha

JelinaJoli said...

aunti mary kena pagi neseri cari pokok baru sempena raya..

iKhRam said...

ish.. ish..
mana aboi tau.. konon??

sabar je la..

Unknown said...

dah agak dah...