Monday, September 5, 2011

Ketupat Rendang Sirap Sejuk

Awal-awal pagi, ada orang ketuk pintu bilik aku. Aku bangun huyung hayang, buka lampu dan menuju bilik air. Keluar bilir air, aku tarik kerusi meja makan dan duduk. Mata masih terkenyeh-kenyeh payah nak buka. Nampak ja cahaya sikit, aku hairan...meja dalam keadaan bersih. Lalu aku melaung, "Oi..mana lauk saho!" Mak aku libas dengan tuala sambil menjawab, "Oi, dah raya mana ada saho..pegi semayang subuh, pukul 9 karang nak semayang raya".

Aku angguk dan berlalu meunuju bilik. Tutup pintu dan tarik selimut kembali. Selang 5 minit, belikat aku rasa panas. Rupanya mak sedang bersungguh melibas belakang aku dengan tuala lagi. Apa ingat badan aku ni meja ke nak libas-libas.

Oh...sudah raya rupanya kita ya?

****

Dekat luar masjid, ramai budak-budak sedang melepak sambil menyedut asap raya. Bergembira betul mereka. Ada yang rambut macam dafi, ada rambut tobek sebelah dan tak kurang juga pesen rambut yang rasa nak baling selipar dekat dia.

Selesai sembahyang, ramai menyambung menyedut asap raya. Benda macam ini pun nak kena ajar, sembahyang raya kalau tak dengar kutbah raya..serupa kau tidur dekat rumah.

****

"Mari bersalam-salaman!" ayah suruh. Kami semua salam-minta maaf-cium tangan-cium pipi-peluk sana dan sini-dapat duit raya.

 Haiman mintak maap wan...Haiman berjanji tidak akan menjadikan kopiah wan sebagai bola sepak lagi...janji!

 Duit raya ni nanti jangan pi beli tikam2, kalau beli juga..nanti wan suruh cu boi tikam perut dengan lutut ok?



****

Tiba-tiba harini adalah hari Isnin dan semua orang kena kerja...kahkah. Arghhh apasal aku tak dapat jemputan rumah terbuka pun? dan apasal juga satu cucuk satay pun aku tak merasa lagi ni? dan tak lupa juga pasal apa aku tetap dapat duit raya walaupun dah besar panjang? hahahahahha harun hahahaha.


11 comments:

Miss Kira said...

tak lupa juga pasal apa aku tetap dapat duit raya walaupun dah besar panjang?

boleh la sumbang dkt sini sket.. :P

AUR said...

Salam Syawal...duit raya utk org besor tu agih2 ke JB ni skit...kekekeh...

Mek Onie said...

dari pagi raya,sampai la masa raya pastu dah masuk hari isnin balik, tukaq waktu di jam kaihhh,sambung tido balik,haha

y i e n said...

ha'ah...arini dah senin...rase nak meraung kene keje, uwaaa~~

Hazirah Hamid said...

peh dah besar panjang dapat duit raya lagi tak acii!

Ijah EmoTemo said...

wah! dpt duit raya lagi. hihi

Unknown said...

yg picture last tu ko ke???wahh dh rupe cm IMAM MUDA HAZWAN aku tgk..miahaha...

Anonymous said...

ATOKKKKKKKKKKK, NAK DUIT RAYA JUGAKKKKK! :D

eesyaheera said...

Pergh, pakai kopiah! haha. Aku dah makan dalam 100 cucuk sate jugak la raya ni.

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

nk duit rya gk...

eyjalukman said...

ehh even raya dah hbes , bru teringat nk ckp slamat hari raya pd kak PS and HB . hihi ;P