Thursday, November 3, 2011

Taboo atau Tudung


Sekitar kota penuh sesak-manusia-kenderaan

Ismail : Hoi Kamarul, kau dari mana ni bukan main bergaya. Rambut disikat rapi, seluar senteng dan tuck-in shirt macam hipster ni.

Kamarul : Ada bazaar tadi, aku saja jalan-jalan cuci mata. Bukan ada duit nak beli.

Ismail : dah tu apa kau dapat?

Kamarul : Perghhh.....macam ini punya A aku cakap awek dekat sana. Toleh kiri upskirt! Toleh kanan mini shirt! Toleh depan legging sendat sampai nampak kaki unta! Syok ooo syok oooo

Ismail : Aku pernah juga lalu satu bazaar ni, rata-rata aku tengok semua alhamdulillah tutup litup. Bagus budak zaman sekarang.

Kamarul : Ahah, yang ini pun satu hal sebenarnya, tadi pun banyak juga aku nampak pakai tudung atau tak tau dia pakai apa sebenarnya. Aku cukup menyampah betul awek-awek tudung sekarang ni, pakai sikit pun tak ikut syarak! Tudung nak berfesyen lebih! Aurat entah kemana! Astaghfirullah!!

Ismail : mengucap Kamarul mengucap!! kembang kempis hidung kau ni, ini bermakna kau sedang marah betul ya?

Kamarul : memang aku marah! Kalau nak pakai tudung buat cara bertudung, jangan nak bergaya sangatlah. Sakit mata aku tengok. Rosak nama Islam ni.Lilit sana, lilit sini. Gaya Yunin lah, Hanah Tarjimin lah, Najwa Ampang lah...semua tu rosak! Astaghfirullah!!

Ismail : mengucap Kamarul mengucap!! Er...habis cara tudung macam mana yang kau rasa betul?

Kamarul : Ahh aku mana tau, aku bukan perempuan. Tapi yang aku tau kalau nak bertudung tu kasi tutup la betul-betul. Dada tu penting kasi tutup. Senang pakai jela tudung bawal tu. Belambak kat Jalan Tar...murah apa. Pakai yang labuh-labuh, alahh...macam cikgu BM sekolah rendah kita dulu tu. Hari-hari pakai tudung kelabu yang sama. Walaupun naik menyampah aku tengok, tapi atleast tutup dada!

Ismail : Bukan ke sekarang dah banyak fesyen yang kearah tutup dada? Macam-macam aku tengok jenis tudung/scarf/selendang yang menutup dada.

Kamarul : Hoi ismail, perempuan mana boleh bergaya lebih-lebih! Haraaaaam! Perempuan harus selekeh ja, barulah lelaki tak bernafsu nak ambil kesempatan.

Ismail : Jadi maksud kau, perempuan kena old fashion/di takuk lama/berhabuk/selebet serta bacin?

Kamarul : Alah..tudung bawal banyak apa yang ada manik-manik. Cantik dah la tu. Ni aku tengok ada yang pakai hood, serupa Nun kau tau...

Ismail : Nun tu ape? Roti nan ke?

Kamarul : Bahalol...Sister dalam paderi tulah. Dah menyerupai Kristian, kan ke sesat tuh. Yang pakai turban pulak dah macam sigh...sesat! Sessssat!!!!

Ismail : ohhh, maknanya, walaupun hood/turban yang dipakai itu menutup dada, sempurna tapi menyerupai nun/sigh, jadi jatuh hukum sesat? Aku keliru lah, perkataan menyerupai dan meniru. Menyerupai itu macam kita adaptasi sesuatu yang kita rasa elok dan kita gunakan kreativiti kita untuk tidak nampak ianya sama seperti yang asal. Meniru pula macam kau tiru jawapan dalam ujian, sebijik tanpa ubah apa-apa. Ok, kalau kita menyerupai sesuatu yang nampak elok dan baik, itu dikira salah ke? Ini satu lagi, setahu aku kitab bible tu asalnya dari Injil dan kita tahu mereka banyak adaptasi cara islam, tapi mengubah ikut sedap mereka. Contoh, tasbih...mereka pun ada tasbih.  jubah paderi pun seakan sama macam jubah pak arab yang pakai tu. Tudung ekspres yang selalu makcik-makcik pakai tu, cuba google tengok sama tak macam paderi? Persoalannya, siapa yang tiru siapa? Jadi kenapa hood yang MENYERUPAI nun tu di kecam segila gilanya. Oh, tahukah kau yang Jew juga sunat? J Ini belum masuk bab khawin, terang-terang kita tiru gaya hindu tapi masih dilakukan dengan gahnya dan jarang dimaki hina seteruk hood tu.

Kamarul : …......apekejadah kau ni, kan kita sedang bincang kan pasal tudung..Muslimah sekarang ni makin popular dengan gaya itu ini, naik menyampah aku tengok.

Ismail : jadi kau menyampah sebab mereka popular atau gaya mereka? Tapi menjaga aib diri itu kan adalah salah satu dari tiang Iman? Cuma jangan keterlaluan.

Kamarul : Gaya lah dengan tudung bawal...bukan tak boleh.

Ismail : Ada kawan aku ni, Syikin..dia dulu free hair dan juga jenis gadis metro la. Tapi semenjak ni, dia mula sedar tentang pemakaian tudung..dan dia sedang berjinak-jinak pakai tudung. Oleh kerana dia dah biasa dari kecil bergaya, jadi dia mencari sesuatu gaya dalam pemakaian tudung. Kau tau apa jadi pada dia? Dia kena kecam gila kuda! Sampaikan terdetik hati dia, serupa dia tak payah pakai tudung..pakai pun salah tak pakai pun salah.

Kamarul : Kahkahkah...padan muka dia! Siapa suruh berfesyen sangat. Yang penting mata hati lah Ismail..kahkahkah, kau nih. Biar rupa tak ada tapi hati tu ada iman yang tebal. Kena pandang dari dalam lah..dalam!

Ismail : Ohh...ringkasnya, lelaki sahaja lah yang boleh bergaya tapi perempuan tak boleh? Macam zaman firaun lah kan, perempuan tak boleh menyerlah. Hmm..maknanya, bagi yang ingin bertudung perlulah menjadi villagers lah ni..baru tak dihina. Ok..aku mula dapat konsep dia. Tapi kau tak rasa ke yang benda ini akan dilihat oleh agama lain sebagai Taboo dalam Islam. Kalau Islam mesti kena jadi Villagers, kalau nak Islam mesti berhabuk atau selebet. Mungkin yang ingin kenal Islam merasa takut dengan konsep itu.


Kamarul : Ahh pi lantak lah tu, aku nak balik lah..nak tulis dalam blog, nak hentam lagi budak-budak tudung nih, Eh dalam twitter pun jangan dilupekan. Hah aku balik dulu

Ismail : Kau tak pergi semayang Jumaat ke?

Kamarul : Minggu depan pun boleh, kan boleh sampai 3 kali tak pegi..

32 comments:

Unknown said...

terbaik!

Anonymous said...

TERBAIIIKKKKK!!!

ddjfr said...

syabas bro sebab tulis entry ni.back up kami kami yang bertudung tapi selalu di kata meniru dan menciplak ni..

tq.tq.toce.toce.

Syazana said...

:) senyum!

Anonymous said...

i cannot agree with this dialogue because it lacks facts and research. i know it s to defend those who wear fashionable hijabs like yuna, hana tajima etc styles.
it s not wrong to wear that way. But bear in mind, most fashionable styles are worn by showing some parts / aurat . a lot of students wear hana tAjima while showing their neck. people who wear bawal also the same. the only solution is to know how to wear veil while covering aurat as thought in Islam.

I couldnt support your suggestions that christians follow our religious wear. note that christianity came before Islam, and that Bible was part of their sacred documents - it only happened to be altered after some years. islam is harmonious , we have to study every aspects of religions although we think they are incompatible.

regards

petisuara said...

Anon, bear in mind that this was done by doing research first, reading books and watch a lt of videos regrding aurah. read the dialog properly, its said that pakai turban and others dengan cara yang betul, menutup dada.

I guess u did not read it properly? we did mention memakai tudung dengan cara yang betul, ddnt we?

n this post is not to defend any styles by yuna or hana and else but its to make people aware that there are more stuffs to be complaint of, what about the tudung ekxpres worn by our moms, grandmas which is i am sure its a lot more similar to the nuns?

do read a lot of books :0

regards :)

cikpia said...

aku pakai tudung ekspres je. bukan mengecam fesyen lilit2 tapi masalahnya tak reti pakai. he he....

tapi betoi, aku rasa benda ni tak patut dijadikan isu pun.

ereenmrcn said...

thumbs up!Tepuk dada tanya selera,kita tutup dada,but still tinggi selera. ;D

Lia Lias said...

Ini ad sedikit perjelasan pada isu fesyen and gaya bertudung ole Ust. Zaharuddin. I find it very helpful.

http://www.youtube.com/watch?v=qh0zCPT8Ruo

Lia Lias said...

Ni ad sedikit penerangan pasal isu fesyen & gaya bertudung drpd Ust. Zaharuddin I find it very helpful. http://www.youtube.com/watch?v=qh0zCPT8Ruo

petisuara said...

Lia Lias: thanx dear, i dah share the video tu in my previous entry dah dulu :)

aNNe DyaNa said...

Tudung bawal lagi mahal lah!!!!!!

mummamiahaha said...

agree..pepols suke kecam org len esp pompuan..i ingt ade 1 cite kt bout mualaf yg baru msuk islam pkai tudung msih xbape betol kene marah n tegur ngan her lecturer pdhal rmai je muslimah lam that klas yg xpkai tudung.xplak ditegur.pepols nowday suke kritik dgn pedas.for me yg penting hati kite,niat kite pkai tudung tu krana ALLAH.xkan xleh nak melaram sedangkan pompuan sndiri diciptakan sukekan sesuatu yg indah dan cantik..=))
first time i komen pnjang d blog org.correct me if i'm wrong.

Unknown said...

yang nak pakai tu pakai je. Leceh sangat nak pakai tudung, sudahnya lansung tak pakai2 sampai mampos tak guna juga.

pu3aan said...

bg sy..pakai la tudung ape2 pun, berfesyenlah secara ala kadar, tidak berlebih2an dan bersederhana..dan jaga aurat..kn itu lebih mudah..

miss jaja said...

ini best bro! best bro!

Lady Dyla said...

kuman kat seberang nampak benauuu.. gajah depan mata smpai nk kena hempap pon blh tak nampak

Raz said...

aku suke je tengok orang pakai tudung ala hana tajima lagi2 diana amir. cun wooo

NadyaBubble said...

triple like ! :D

Unknown said...

i likeee.sangat bagus :)

H M said...

terbaikkkk !

mimieismail said...

nice one,.=))

Anonymous said...

Agreed but after all it depends on our intention. Bertudung sebab nak bergaya/ looks fashionable or bertudung kerana Allah/ menutup aurat. Fikirkanlah yang penting niat/hati kita nak ke jalan yang mana. Bertudung tutup dada what can i say, complete you covered everything but still wearing tight outfits. It will just look the same. :)

ilzam said...

aku pun tataw apa la yang butik korang ni cube buktikan dengan gaya turban tu? most from my observation turban is weird and sometimes dia tak sedar pun dia langsung tak sesuai dgn turban.

nak bergaya ada limit, jangan pelik sangat sampai orang rasa kau macam kampung je.

hentakbelipat said...

ah kau ilzam, aku pun xtau ape kau buktikan jadi keyboard warrior ni. Orang melayu mcm kau ni yg org kapir nak, pijak saudara sendiri..bia la nak pakai turban ke ape ke, bukan pakai duit mak kau pun... ohh lupe kau kan bandar, org bandar mmg telo kecik ea,

shazatul shifaa zulaikha zulkifli said...

manusia hanya tahu menghentam tanpa berfikir dalam dalam .

Faizul said...

HB & PS...

Keyboard Warrior ni mmg bersepah kat dunia ni.. So the best thing to do.. "IGNORE"

Bila kita nak buat benda baik ni.. Memang ada byk dugaan dia..

So kena pandai handle dan byk2 kan bersabar...

Lu punyer ayat "telo kecik".. hahhaha mcm sial jek..

Anonymous said...

TERIMA KASIH. This post actually reflects on a conversation I've had on my mind.

I was being silent when people commenting/complaining regarding this issue. Especially when those people are family members. Honestly, it does hurt.
I believe I don't need their approval on my clothing. All I need is Allah s.w.t's.

-Azie

Anonymous said...

great..stiap org mmg ade pandangan yg berbeza..pemahaman masing2 pn kdg2 xselari..n sikap suke fikir negatif tu yg xelok..kalau ade yg salah, boleh menegur dgn cara yg baik..bkn dgn caci hina..kdg2 org sebok dok mengate dosa org laen, xsedar diri sniri sedang membuat dosa lain..hmm..manusia~ kdg2 bile da rase diri bgus sgt, asek nk kondem org laen je kan..huhu..

syera said...

at first i was laughing so hard pasal cara u cerita n sampaikan info tu sempoi gilaa.. bila dah sampai akhir cerita, it leaves me thinking. and smiling :)

hambaNya said...

bg sy..saling ingat mengingati tu baik..apatah lg kita ne semua adalah saudara islam...bila tkda yg menyuarakan hal ne..kita semua akan terus hanyut dgn benda yg sebenarnya nmpak remeh tp kita lupa menutup aurat slh satu drp perkara wajib..bila kita bnyk membaca komen2 sebegini..insyaAllah,jika kita ada kemahuan utk berubah..Allah akan buka jalan utk kita... :)

alialisakreatif.blogspot said...

JANJI PAKAI TUDUNG..SYUKUR ALHAMDULILLAH