Monday, January 2, 2012

Berdarah bukan untuk Aman

Tahun baru, permulaan hari 2012 perlulah kita isi dengan perkara yang power-power dahulu. Perkara-perkara yang menyeronokkan atau menggembirakan. Bukan sahaja pada kita, tapi pada mak ayah. Jika perkara-perkara yang kurang seronok pun biarlah di tengah atau di hulu tahun. 

Hidup pun bukannya nak lama mana. Jadi kalau boleh hidup lah dalam aman damai atau tenteram. Untuk aman damai, perlu dikaji selidik perkara-perkara sekecil kuman dahulu. 'Always refer to the fundamental' bak kata Prof aku masa belajar dulu. 

Contoh perkara fundamnetal senang. Contoh adalah perangai di jalan raya. Jika berkereta di jalan sekitar KL, rata-rata masyarakat memandu seperti tak pernah jumpa kereta. Masuk simpang langsung tak reti guna signal, memecut macam hantu dan tak reti nak guna lampu kereta bila hujan lebat. Yang ini kalau nak bertumbuk pun boleh sebab membahayakan kesihatan ramai.

Selain itu, perangai seperti dah tahu gerabak LRT tu penuh lagi kau nak sumbat, berilah orang nak keluar LRT dulu sebelum kau macam monyet berebut nak masuk, cerita TV3 yang tak masuk akal dan pasukan harimau malaya yang bila entah nak power walaupun berlatih lah jauh mana pun....masalah seperti inilah yang perlu diperjuangkan dan dilaungkan berkobar-kobar.

Jadi, janganlah kita menyakitkan badan akibat dipijak oleh abang-abang polis yang rata-rata mana pernah bersenam. Perut pun dah kedepan akibat pagi-pagi bantai nasi lemak teh tarik. Bila ada peluang, memanglah mereka dengan happy mengeluarkan peluh yang lama terperam. Mana nak dapat peluang pijak orang ni yedak? Berjuanglah perkara yang fundamental dahulu. Selalunya kita tamak, nampak perkara besar sedangkan perkara kecil disebelah kita pun tak perasan.


Untuk hidup aman, perlulah dengan tindakan yang aman. Bukan bertindak sehingga brader bukit aman turun kacau line

" If we were thrown with a stone..if we were thrown with a punch, don't throw back the punch the stone, but throw a song for them to sing" - Gerard Way (My Chemical Romance) 

Maksud dia, kalau ada orang nak tumbuk kita, jangan kita lawan dengan penumbuk tetapi berilah orang itu karipap seketul atau sirap ais.

Semoga kita akan lebih aman dan juga damai...insya'allah




14 comments:

♥nurulizzatie♥ said...

sokong entry ini! :D

C++ said...

Bhai HentakBelipat...

Betul.. Gua stuju dengan idea dan kupasan lu nih... memang kena main teknik, taktik dan strategi....

Tabley main redah jer,,,

Tapi aper-aper pon... yang dah boroi tue jangan la main lanyak jer yang keding-keding... guna la akai skit...

Gua tau la akai-akai geng boroi tue banyak yang dah Alzheimer... nak buat camana yer... hahaha

Umie Naziera said...

baik sya makan karipap tuu..hahah

AmirahSM said...

hurm..=)

bakal dokter said...

tak pasal2 klinik orang tu jadi mangsa -__-"

Unknown said...

haha apasal translation tu lain benar bunyinya eh?hee betullah.cuba kalau saling bertolak ansur dan berhemah bawa kereta,tak sesaklah jln kat KL tu :)

hentakbelipat said...

brader C++ budak2 tu pun kalau nak berdemo aku rasa patut masuk la seni silat ke, gym ke kasi besar sikit badan. barulah boleh buat revolusi. Ini sekali kena sepak dah lembik maccm mana nk org lain rasa kuat kan?

mcm cerita hindustan, kena lempang 10x pun takdehal punya siap boleh lagi balut kain atas dahi..barulah boroi2 tu takut nk melawan

hentakbelipat said...

hanabunga: transaltion tu kalau dibawa ke pilah mmg macam itulah bunyi nye

C++ said...

Bhai HentakBelipat...

Hahaha... gua pon rasa macam tue gak... pi la blajar silat ka... wushu ka... silambam ka... shaolin ker ... hahaha... errr.. bebudak tue semuanyer keding-keding jer... macam tak cukup zat.... errr.. depa nih dapat makan ker kat asrama nih...

Hahaha... pelik aaa... setiap kali gua pi asrama... mesti bebudak student nih keding semacam jer... tapi makcik dan pakcik kantin plak yang gemok gedempol... hahaha

Sakina Kushairi said...

saya teramat suka gila entry ni ^^
tapi yg paling menggelikan perasaan adelah kalau ada orang nak tumbuk kita, jangan kita lawan dengan penumbuk tetapi berilah orang itu karipap seketul atau sirap ais.
HAHA

Ahmad Tongkeng said...

Saya sangat tak setuju dengan pendapat ini sebab kalau boleh saya yang nak tulis macam ni kemudian post dekat blog saya, harap maklum.

Lepas tu barulah saya setuju.

hentakbelipat said...

kiina: hahaha maknanya kalau org tu tumbuk kita, kita bagi dia karipap..silap2 dia belanja kita kfc pulak..kan untung

ahmad: pehh hahaha nebes juga aku baca kau punya komen mula2

Ahmad Tongkeng said...

Haaaa jangan cepat melatah nanti kena terjun bangunan Plaza Masalam

Lalala said...

haha.... wow.. HB pikir memang lain.. baguih lah depa2 ni belajar memperkuat diri sebelum berlawan dengan taiko.. haha