Friday, January 13, 2012

Persoalan

Walaupun aku berfizikal seperti harimau laut, berwajah lebh kurang seperti vokalis Cradle Of Filth, Danny Filth, aku juga berfikir isu-isu yang leleh. Leleh disini adalah diertikan dengan jiwang. Ini keran, banyak aku jumpa tanggapan, buah fikiran dan pegangan para ahli-ahli cinta yang mana bagi aku entah hapa hapa. Bukanlah nak bagitahu yang aku ni power dalam hal cinta, cuma ini adalah dari segi pemikiran lurus, telus dan di alam nyata. Bukan di alam Tentang Dhia, Ombak Rindu atau Gemersik Kalbu

Persoalan yang berlaku disini adalah:

Adakah cinta yang padu tidak memerlukan pertolongan wang ringgit?. Cinta yang power perlulah telus dari hati dan jika cinta bersedudukan dengan wang ringgit, maka cinta itu akan ke laut.

Jadi aku bagi jawapan dalam bentuk objektif, amacam?

A)         Ya, saya amat bersetuju dengan tanggapan diatas. Saya berpendirian bahawasanya, cinta yang telus tidak memandang wang ringgit, harta benda dan juga pangkat. Saya begitu setia dengan cinta sehinggakan mengetepikan segala galanya. Ahhh....cinta ku seratus perseeeeen!!

B)        Saya setuju tapi kurang setuju. Saya rasa...cinta tidak boleh segalanya bergantung pada wang ringgit kerana ini dinamakan cinta tidak ikhlas. Cinta juga tidak boleh langsung tanpa wang ringgit kerana ini dinamakan cinta mukabuku. 
           Cinta juga memerlukan pengorbanan. Pengorbanan di dunia real ini banyak melibat kan wang ringgit sebagai contoh, bekorban menjemput awek kehulur kehilir memerlukan kenderaan dan minyak. Bekorban bekerja bersungguh sungguh untuk mendapatkan gaji yang bagus supaya boleh belanja awek atau terus khawin.  Pengorbanan tanpa ada kaitan dengan wang ringgit adalah pengorbanan diri sendiri atau kata lain bunuh diri. Selepas itu, ibu bapa pula kena keluar duit tempah tanah kubur.

C)        My ass.



Jadi sama-sama kita fikirkan jawapan yang tepat dan juga relevan supaya kita tidak tergolong dalam orang yang sesat.

Lagi satu hal, siapa yang ajar buat lirik lagu tema rama Gemersik Kalbu macam itu?  Lempang nak?

8 comments:

una said...

B.

haha, biarlah seimbang.

Unknown said...

haha..jawapan ada sikit a,b,c jugak...

Amalina said...

C (menjawab dengan muka konfiden)

Unknown said...

B! :)

Anonymous said...

B..due-due pon perlu.. :)

Anonymous said...

yeee...setuju..org yg buat lirik utk cite gemersik kalbu tu sgt patut di lempang mukanya! demmm!!!

I is Me.. I is Preety said...

B

Kyra said...

tknk jwb tpi nk bgi comment...lagu gemersik kalbu tu mmmg sgt2 patut d beri plempang ! haihhh geli gilaaa dga lagu tuuu. meremang bulu roma hahaha