Friday, October 5, 2012

DUIT

Keberkatan, Keikhlasan dan Kemurahan hati adalah terma terma yang bersangkut paut dengan rezeki. Jika ingin murah rezeki, pintu rezki dibuka seluas luasnya atau dilimpahi dengan rezeki-rezki yang tuhan sahaja boleh bagi, kenalah banyak banyak buat 3 terma diatas tadi. Berdoa siang malam untuk REZEKI

Itu adalah perkara normal yang manusia akan kejar kan....REZEKI. Tapi tak ramai manusia yang kenal betul betul pasal REZEKI. Ramai yang kenal REZEKI tu adalah DUIT

Rezeki dengan duit memang mengelirukan. Kadang kadang aku sendiri rasa kalau rezeki,  mesti pasal duit. Asal doa rezeki murah kepala terbang pasal DUIT, kejayaa untuk dapat DUIT lebih, dapat kerja bagus untuk dapat gaji yang bagi banyak DUIT dan DUIT DUIT DUIT DUIT.

Manusia dah tak nampak apa selain DUIT. Setiap perkara pun DUIT...mintak tolong tuhan pun untuk DUIT

Kalau tak silap aku, tuhan tak mencipta duit...manusia yang mencipta duit. Manusia yang mencipta nilai setiap kertas DUIT. Tuhan hanya cipta rezeki.....manusia yang cipta Duit. Jika kita menjadi hamba DUIT kita akan bertuhankan Manusia. Sebab itu aku cakap...ramai yang tak kenal REZEKI betul betul.

Tuhan limpahkan rezeki untuk manusia hidup dengan bebas....bukan digari oleh DUIT. 

9 comments:

ct cheery said...

umm ada betoi gak tu..

Unknown said...

duit...duitt...di mana kau duitt....
ngeee....10o% agree!

No name said...

Makanan itu rezeki, anak itu rezeki, umur panjang itu rezeki, jodoh yang itu rezeki, kawan itu rezeki... Byk betul tak tersenarai. Sebab tue, apa saja kita buat. Salu kita sebut, "kalau ada rezeki" . Love this n3

Naim Iman said...

terasa kejap. haha

dhiashahida said...

duit2...kemari kau duit..huhuhu
salam kenal..singgah follow awak..:)

cik jannah said...

duit sangat penting ok? hehe

Khalilah said...

'Rezeki dtg berbagai bentuk' Mmg sy sgt setuju... Duit boleh jd rezeki pencarian manusia... Tp, bila dh smpai tahap duit melimpah ruah, pulak badan tak sihat... Waktu tu rezeki sihat tak berapa ada. Rezeki boleh dinilai bila... Apa-apa jua yg mendatangkan kebaikan kpd kita bila ia ada. Dan apa-apa jua mendatangkan keburukan bila ia tiada. Nice entry sis;)

cEro said...

Walaupun kaitan duit dan rezeki sangat rapat, tp rezeki bukan duit semata2...

AKu setuju dgn kata2 ko seluruhnya..

Izzah said...

DUIT yang last tu tertinggal tak diwarnakan biru, heheheheee