Saturday, October 6, 2012

Hulur Huluran

Minggu lepas member aku kahwin. Member aku adalah budak satu dorm masa SAMURA. Masa tu dia juara budak paling matang dalam dorm sebab dia paling banyak bulu dada.....macam padang bola stadium ampangan. 

Dia budak Kelantan..lahir kelantan tapi masa mula-mula kenal berlagak macam budak Batu Caves. Apa dia ingat orang tak boleh nak kenal ke budak Kelantan macam mana? Ada pulak sebut sudu bunyi......SUDDUUU. Mana ada budak Batu Caves sebut sudu macam tu. Budak Batu Caves sebut sudu bunyi spoon.

Bila sampai sahaja majlis, aku kalam kabut cari sampul duit raya. Mak aku cakap, kalau kita rajin hulur dekat orang...nanti kita murah rezeki. 

Satu haram sampul pun tak ada dalam kereta masa tu. Ikut gila ada juga aku pakai kertas surat khabar lipat lipat jadi sampul, tapi nampak kretif sangat pula oleh tuan rumah. Nampak bangang sangat. 

Ikhtiar lain, bagi saja pakai tangan kosong...selalu aku tengok pakcik pakcik buat, diaorang gulung kecik kecik bagi tak nampak berapa ringgit lepas tu laju laju salam dekat tuan rumah sambil duit bertukar tangan dan senyuman bertukar senyuman. Bukan apa, mak aku cakap lagi...nak bagi orang kena ikhlas...tak payah bagitau berapa ribu kau nak bagi macam BN Pulau Pinang konon nak tolong orang Pulau beli tanah RM22 juta tapi tak ikhlas sebab menunjuk nunjuk.

Aku taknak jadi macam BN pulau pinang..jadi aku gulung duit simpan dalam seluar. Sampai depan khemah..tuan rumah sibuk layan kawan taulan. OK, aku hentam makan dulu sambil layan dikir barat. Selesai makan, aku rasa ada baik aku terus bagi sahaja pemberian aku ni pada member aku yang tengah bersanding.

Aku selok poket, capai duit, salam bertaut....duit bertukar tangan dan senyuman bertukar senyuman. Ucapan tahniah bertalu talu dan aku beredar tanda lega. sampai dekat kereta, aku selok poket nak capai pemetik api. "ohh banyak duit aku dalam poket ni rupanya" kata kau dalam hati.
.
Bila aku keluarkan semua duit dalam poket...aku perhatikan ada beberapa gulung duit seringgit. Diantara duit seringgit tersebut terselit duit RM50.....yang aku gulung pada permulaan cerita ni yang aku berniat nak bagi pada member aku sebab aku nak ikut cakap mak aku dan aku gulung macam semua duit seringgit yang lain sebab aku tak nak jadi macam BN Pulau Pinang..........


Oleh itu, mari kita teka, berapa ringgit sebenarnya yang aku bagi pada member aku?



Psst..kalau Paycik baca ni, anggap la nanti bila2 kita lepak aku open table untuk kau..kasi tebus orang kata
Pssst...entry ni dah macam BN Pulau Pinang dah pun...

13 comments:

nurdani said...

hahahha. er...tak dapat nak teka. tertarik dengan BN Penang tu je.ngahngahngah

Ayu Jue said...

haha..klaka!

cEro said...

Hahaha, habis laa kena kutuk habis2 masa kawan ko tgk berapa hinggit tu..
"Sape laa yg kasi singgit je ni? Nak buat bayar duit tisu pon tak lepas.."

.::WaNiE::. said...

makan hati woi !!!!

jgn ckp bagi seringgit ???

hahahaha

:: Riri-Fatieha ::~ said...

hahaha...jgn kata dh ter bg pemetik api

Anonymous said...

salam,

Saya adalah pembaca setia (silent reader) blog ini.saya terpanggil untuk membuat komen disini setelah membaca entry ini.

Saya suka dengan entry ini tapi cuma harap lepas ini untuk entry2 yang akan dtg tolong jgn kaitkan politik dan sebagainya walaupun hanya untuk memberi perumpamaan atau membuat lawak.

Kadangkala kita sebagai manusia tidak sedar perbuatan kita ini boleh membuatkan orang lain berpecah belah (harap tidak akan berlaku).

Maafkan saya jika ada terkasar bahasa dan terasa hati.

Niat saya baik dan saya akan tetap setia dengan blog ini. Tkasih.

Siti Noorhafisah Bkhairudin said...

HAHAHAHHAHAH! RM 1 ke?

Unknown said...

ketawa guling2!!!
lawak btl hb ni.
wakakaka.

Kniedaz said...

bagi pemetik api tu kot???

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Amira said...

senior samura aku ghupenye...selamat berkahwin!

Izzah said...

Bagi seringgit ke? Muahahahahha!

Ally Leman said...

mesti silent reader ni macai jugak