Friday, November 9, 2012

FREEDOM

Hari ini hari Jumaat yakni 9 haribulan Sebelas. Jika masuk lagi satu Jumaat, dia akan jadi 16 haribulan Sebelas. Pada hari berikut, aku akan bersalam dengan tok kadi sambil baca rangkap kata yang power. Power rangkap kata tu sehingga aku boleh jadi Suami.

Ini betul betul debar.

Petisuara dari minggu lepas dah sibuk. Aku sibuk kadang kadang sebab bila aku nak sibuk mesti mak aku cakap, " toksah nak sibok sibok lah..mak, acik boleh buat semua." 

Jadi aku rilek sahaja di kedai. Agak rasa tak sedap hati, aku telifon mak tanya apa patut. Aku kira bersyukur lah semua benda diorang nak buat. Tinggal bagi bill sahaja. 

Untuk persiapan menghadapi hari itu, Petisuara dah mulakan langkah dengan mengunjungi spa spa sekitar KL. Spa muka, spa tangan, spa kaki serta pelbagai spa yang boleh. Bila aku tanya nak buat apa pergi banyak sangat spa spa ni, dia kata, " Bialah!! I nak berseri nanti!"

Ini merisaukan aku. Aku ni macam mana pulak? Seri macam mana yang nak dicapai sebelum tiba hari itu? Aku perlu buat apa? Adakah aku perlu bergelumang dengan spa spa seperti Petisuara? Spa ikan pernah la aku try. Mengikut undang undang rokes, aku boleh jatuh hukum menzalimi diri sendiri kalau main benda benda spa ni.

Setelah fikir masak masak, aku akan menyerikan muka mulai besok di Kulafa Bistro. Disana aku akan serikan muka dengan gelak tawa dengan kawan kawan aku selagi kami boleh gelak tawa sampai ke pagi. Entah boleh entah tidak lepas ini aku nak buat benda tu semua.

Ini betul betul sayu.

Semoga segala berjalan lancar dan diberkati. Moga semua orang suka dan senang hati.

Psst: Aku dapati, perkataan KAHWIN tu macam Taboo bagi ramai budak budak muda. Masing masing kalau dengar KAHWIN mesti menggigil serta demam panas. Aku nak tukar perkataan KAHWIN tu kepada FREEDOM.

Kamarul : Oi, lu punya tarikh FREEDOM bila?
Ishak: Pehhh FREEDOM gua dah tak lama lagi ni bai!

Amacam?

15 comments:

khadijah said...

hee semoge korang bahagia selalu :) best la pasni makan semue adw org jage :)

Kniedaz said...

Selamat melangkah ke alam freedom di mana sesetengah perkara memang freedom la..boleh buat bila2 masa..sesetengah benda lagi free..kepalalututhang...dah K....N mana ble kua sampai 2-3 pagi selalu...gitulah kekdahnya..
Nway, congratulations to both of you

sarah zulk said...

cool.

Sofea said...

good luck.. hafal la apa apa yang patut..

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

slamat ari freedom.

Yaya said...

huhu selamat pengantin baru..eh aci ke wish dulu neh hahaha

fiqkbe said...

selamat menjadi imam kpd masjid yg dibina & selamat menjadi suami yg soleh & ayah yg baik ;D

kaka said...

freedom pun bole. cool gile bai. hahak :D

Adziim said...

Freedom, lepas itu hari-hari ada pilihanraya antara suami isteri.

Shazwani Ramly said...

selamat menjadi suami isteri :)

Anonymous said...

Tahniah!

Hanys Jehari said...

Dont worry.. U stoll can get the chance to habg out with frinds. Yg pbting both of u sama2 paham. Good luck. Berat tanggungjwb suami.

Hanys Jehari said...

Dont worry.. U stoll can get the chance to habg out with frinds. Yg pbting both of u sama2 paham. Good luck. Berat tanggungjwb suami.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

Good Luck untuk hari jabat tangan tok kadi nanti..

semoga berbahagia sampai ke syurga

Lalala said...

memang freedom..freedom nak buat apa2 je ngan pasangan kita. kalau belum kahwin nak jalan berdua orang pandang lain macam.. nanti dah kahwin jalan sampai patah kaki pun takde orang heran kot