Assalamualaikum dan selamat seronok
Tahukah anda seronok? Seronok ada pelbagai maksud dan kena tengok pada gaya situasi.
Ahmad seronok kerana baru sahaja peroleh 5A untuk peperiksaan UPSR - Ini dipanggil seronok kanak kanak. Ahmad seronok sebab dalam kepala Ahmad dah terbayang nanti dekat rumah papa sedang tunggu dengan memegang alat pemain video x.
Lisasukasukew seronok kerana tadi dia di tegur oleh akak hijab kegemaran nya di laman sesawang - Ini dipanggil seronok adik adik. Seronok begini selalunya akan diikuti dengan status berbau seronok di laman sesawang yang sama. Kalau ada lebih tenaga, Lisa akan 'printscreen' dialog teguran oleh akak hijab kegemaran dia tadi dan akan letak di seluruh akaun laman sesawang yang dimiliki nya.
Abdul karim baru sahaja pancitkan tayar kereta seorang brader yang baharu sebentar tadi telah kasi hon pada diri Abdul karim sedang dia melintas. Akibat dari itu, dia ingin membalas dendam dan kini selesai sudah balas dendam Abdul karim. Dia seronok sungguh. - Ini dipanggil seronok keneraka.
Ada benda yang lagi seronok. Seronok yang tak tau nak bagitau macam mana.
Seronok macam ni kau kena standby macam macam. Bukan boleh main langgar.
Seronok macam ini pula akan sampai bila kau nak bermanis manis. Petisuara tanya aku, mana tempat nak honeymoon. Aku tak tau mana nak pergi. Banyak tempat yang Petisuara sebut, satu pun tak kena gaya aku. Last dia pilih kawasan gunung ini. Aku sungguh suka. Selama 3 hari dekat sini aku bayangkan bila gunung berapi itu nak memetus, tak ke mencabar tu.
Tengok tengok...kan ke seronok tu, bangun pagi terus terjun masuk dalam kolam. Bila nak tidur baru keluar balik kolam. Tau tau badan dah ada sisik dan boleh jadi duyung. Bali ni aku tengok semua orang yang baru kahwin akan datang sini. Semua orang Malaysia yang datang mesti inai dekat tangan masih merah. Ada apa dekat Bali ni?
Selepas berdua dua, baru ada mood nak beramai ramai. Ini seronok yang dipanggil asal boleh. Siapa yang cipta taman permainan macam ni? aku nak lempang dia sampai berpusing. Gila ke apa buat permainan bahaya bahaya ni. gila ke apa??
Ini adalah keseronokan yang paling seronok. Tiada yang seronok melainkan seronok. Seronok ini dipanggil seronok!!!
Aku dah berangan angan ingin menurunkan jurus jurus yang rahsia pada anak aku besok. Jurus jurus seperti jurus lutut menangkap dada, jurus kepit leher tiada kesian dan jurus tumbukan laju laju membawa padah amat jarang dan payah diserap...tapi orang kata hendak seribu daya. Teknik teknik kehidupan juga akan aku asuh dari rebung lagi. Teknik memanah, teknik menangkap serigala atau teknik menunggang kuda akan segara di ajar ketika anak aku masih kecil. Bila dia dah kenal dunia, tidaklah dia ambil ringan sangat duniawi ni.
Semoga tahun baru akan membawa seronok yang luar biasa nanti. Insyaallah dan Alhamdulillah.
Ini satu lagi perangai seronok yang paling jarang. Naik bukit, turun bukit, lintas gunung, lintas kampung.....Petisuara seronok macam gini. Dia sungguh seronok sehingga berpusing pusing kepala melayan nafsu seronok dia. Entah apa honeymoon yang dia feel entah.
38 comments:
haha comel je.. cogratz.. tak sabar nak tunggu baby keluar :) ni seronok syok sendiri haha
ohhhh seronok pula kite membacanya,
anyway TAHNIAHHHHH both of youuuu
Congrats guys!! :))
Kak Yana pregnant??? Congrats korang!!!!
yana dah pregnant ? OMG. OMG..ye ke ni? sebab tak tawu tanda dekat pregnancy test tu positive ke neg..hahahah..anyway.. congrats
tahniahhhhhhhhh!
wah, congrats!
congrats to both of u...advance giler.haha.btw, selamat tahun baru 2013.& belum lambat lg nk wish..SELAMAT PENGANTIN BARU!!!
Congrats~ ;D
Wahhhhhh dah pregnant!! Congratzzzzzz!!! Take care both of u!
tahniah peti suara dan hentak belipat :))
TAHNIAH.....
Alhamdulillah murah rezeki korang
Entry yg sungguh nice n suwit!!SERONOK dpt tau dh double line.. All the best
waaa,congrate dear..alhamdulillah, rezeki Allah tu
wah congrate dear..Alhamdulillah, rezeki Allah tu.. =)
congrates.. huhu
taniah!
tahniah n hepi new year
Tahniah...seronok sama dengar berita seronok korang ni....
memetus?hahaha.
ke meletus?adeh.
tahniah!
Sye seronok tgk orang kawen then pregnant. Tak sabar nak merasa pulak haha.
Btw slm perkenalan, im follwoing urs :)
Aww congrats! Take care <3
WOW!!!cepat nye.. tp pape pn congrats........ :)
Congrats korang! Dah perasan dah kat setagram, tapi lupa nak wish sini :D
hentakbelipat & petisuara....congrats...seronoknyeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!
wah...seronok sungguh...Tahniah
congrats mommy to be :)
Congrats korang berdua! Dah lama kacang tak melawat sini..akhirnya korang bersatu juga...semoga bahagia dan kekal ke anak cucu...^^
seronok sgt baca entri petisuara ! hihi. Btw, congratulations, be a good mummy ye. take care :)
Wahhhhh, tahniah !!!! :D
SERONOK gua membacanya.selamat berseronok!
congrats to both of u =) and welcome to the club!! sila prepare batang mancis utk tongkat kelopak mata di malam hari ;P
Waaaahhh!!!
Bestnya kaweenn!!!!
Tahniah!
Nak tunggu, sama ada HB jr., ataupun PS jr.
Hehehe..
ptut la seronok benor entri ni. yay!! congrats korg ;D
TAHNIAH!
tahniah hb n ps!
cm sweet je tgok pic hb pegang perot ps. hehe=))
aku baru tau korang dah kawen.
n dah ber'baby' dah ni..
double congrats for both of you. <3
Sgt seronok membacanya ! Congratsss
Post a Comment