Friday, January 18, 2013

Perkara Family


Aku sekarang sudah pun menyewa rumah di shah alam. Ini adalah rumah family orang kata. Semua perkara di dalam rumah itu haruslah kena dengan gaya family. Seperti membeli sofa, haruslah bersaiz family, membeli tv juga haruslah boleh melihat sefamily. Membeli barang barang dapur, perkakas rumah, kelengkapan bilik air sehinggalah membawa kepada pengorek telinga. Semua kena size family.

Rumah family aku sekarang ada alat microwave. Benda alah ini setelah umur aku 25 tahun baru aku merasa nak guna. Dahulu, kalau goreng pisang atau karipap atau apam balik yang dah sejuk, aku akan kunyah jugak. Mat metal mana ada deria rasa. Semua boleh gigit.  Sekarang, tekan tekan sikit dan semua makanan jadi panas serta sedap sedap.

Dulu zaman ‘Seek and Destroy’. Sekarang kena slow kan sikit volume, kena banyak dengar Rabbani atau tonton ‘Tanyalah Ustaz’.

Aku tak lagi boleh bersifat ruthless aggression. Semua perkara kena timbang – tara.  

Tapi ada satu benda yang mencalar sedikit jiwa aku. Walau timbang tara mana sekalipun aku, bab ini aku terasa tercabar. Di rumah aku ada enam jenis pokok bunga dan setiap pagi aku kena siram keenam enam pokok bunga ini dengan tertib tiga kali jirus setiap satu…SIRAM POKOK BUNGA….
Apa jenis mat metal yang siram pokok bunga?? Cuba kau bagitau aku?? Ini kalau ikut mazhab metal, aku dah jauh menyimpang dari akhlak metal.

“Galas lah tanggung jawab suami dengan demokrasi serta berdaya saing” pesan bapak aku 

Salah satu kerja suami adalah pasang langsir.

14 comments:

Komeng + Nenek said...

perghhhhh :D romantik :D

Tcca Anuar said...

haha jangan lupa tlg pasang langsir kat rumah kita pilak. hehe

Kniedaz said...

okla tu..siram pokok bunga je pun...hehe

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

pesanan ayah ko tu lawak.

Nastyna said...

ala comy comey comey..metal beralih arah yer. hahhaa siram la kamu dengan tertibnya.
Salam kenal.

.: Si BungaKopi : . said...

terbaiklah..bila korang kawin? (lama dlu penah singgah cni masa korang tgh hangat bcinta)

lyly yana said...

Chaiyok HB. hehehe

NanyFadhly said...

menyiram pokok bunge secara TERTIB <--- rajin sgt nih!.. bagus la mcm tuh..kena bekerjasama sokmo. Nanti bile dah ade anak your life will turn to 360 degree! tired i said but definitely SERONOK!!! May Allah swt blessed both of you !!! :)

elly nadyra said...

Hahaha best gelakkan ko

Shazwani Ramly said...

takpe baru siram pokok bunga. belum lagi dok menanam pokok bunga. haha. all the best. suami mithali lah yeee.

Anonymous said...

Welcome to marriage-hood bro!

Nursaila Norman said...

bersize family eh..hehe..sy pun mcm kamu jgk :) bru nk mula hidup :))

sorg siram pokok bunga,sorg pasang langsir..ok lah tu kan..hikhik :D

merapu said...

Pasang langsir tu tak mencabar sangat, haha.

a.m.e.l.i.a.t.i said...

Untungnya yana bsuamikan awk wan.