Monday, February 4, 2013

Trimester


Kesinambungan dengan jawatan aku sebagai suami yang power, aku teruskan menggalas skop skop kerja yang aku beritahu itu hari. Oh..Petisuara sekarang dalam fasa nak habiskan dia punya tempoh 3 bulan pertama…apa orang panggil Trimester. Apa benda trimester tu aku pun tak tahu,..orang ramai sebut aku pun sebut lah.

Dalam tab aku, banyak aku download hal hal berkait tentang ‘pregnancy’ dan benda tu akan bagitau sama kau perjalanan anak dalam kandungan. Setiap hari ada benda baru yang dia akan bagitau dan aku akan ceritakan dekat Petisuara sebelum dia tidur. Kebanyakkan cerita pasal size anak kau. Dari size buah anggur kepada buah kiwi, dari kiwi kepada limau, dari limau kepada epal dan dari epal kepada buat tembikai. Kenapa semua pun nak disamakan dengan buah…itu lagi aku tak paham….anak aku bukan bulat, anak kau ada segi segi apa.

Dua minggu lepas, Petisuara agak dashat. Satu hari ada juga dalam 3 kali dia wek wek. Bangun pagi wek, pergi dapur wek, bau itu wek, bau ini wek dan paling power sekali tengok aku pun wek. Sekarang kitorang kena lepak dekat rumah Sentul sebab Petisuara kata dia tak tahan bau rumah baru kitorang dekat Shah Alam sana….dan ini menambahkan lagi skop runner aku.

Sekarang dia dah rilek sikit dari wek wek tak tentu hala. Satu hari dalam sekali tu kira ok lah.  Perut pun dah nampak kemajuan dia.

Berbalik pada skop runner tadi, aku sekarang kena runner jauh sikit. Sentul – Shah Alam tu dah kira angin je. Aku ada boleh hafal selok belok federal highway. Mana jalan ada lubang, mana area ada brader polis, mana selekoh kena tekan minyak lebih sikit dan kawasan mana kena slow semua dah hafal.

Oleh itu, setiap pagi sebelum aku ke Shah Alam, aku kena pastikan semua ready untuk Petisuara. Setelah bangun dan perihal aku lengkap, aku ke bawah rumah mencari makanan pagi. Kadang kadang nasi lemak dan kadang kadang roti canai. Ada jugak masa dia nak bijirin sarapan dengan susu. Dalam pukul 10 lebih, aku akan keluar lagi mencari makanan tengahari. Ini mencabar sikit sebab dia punya selera tak menentu, tapi yang kena ada  adalah air kelapa. Hari hari balun air kelapa. “Kalau minum air kelapa..nanti anak kita kulit cantik lah” kata Petisuara.  Jangan tanya aku. Aku memang tak tau.

Aku berdoa agar Petisuara sihat cepat kerana dah lama dia tak keluar rumah. Risau katanya wek dalam kereta .

19 comments:

nurulazwani said...

nasib baik la bos kan...kerja pon takde thumb screen takpon punch card...eh...!ade ke...??hahaha...takla rushing sangat macam mereka yang kene kejar jam sebab nak sampai office on time....btw, take a good care yana...!!moga dipermudahkan segalanya....

ilya maisara said...

good!

cemerlang sungguh jadi runner ye..
moga dipermudahkan segalanya ye

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

semoga cepat sihat PS

Dan pada HB... Nampak lu punya kewibawaan sebagai bapa mithali... ;P

fiqkbe said...

awal2 pregnant x elok sgt minum air kelapa tiap2 hari. bleh gugur org tua2 kata. nnt dh dkt nk bersalin baru digalakkan minum supaya sng nk bersalin. nasi lmk & roti canai pn kena kurangkan sbb senang kena drh tinggi time2 pregnant ni. nasihat ni berdasarkan pengalaman fiq ;) pape pun, all the best for u guys ;)

Zyana said...

funny dan best experience macam ni

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. tahniah utk both of you..

Kniedaz said...

Semoga trimester pertama dilalui dengan sabar buat kalian berdua..insya Allah nanti dah ok, HB kena runner lagi laju la..time tu PS akan terasa nak makan itu ini dengan lebih giat lagi..hehehe..

PearlKaz said...

Haritu dah beli air kelapa gak, baru nak minum, kakak dah tegur.. dia kata jgn amik risiko minum air kelapa awal2 pregnant.. dah hujung2 tu bole... walaupun perut org lain2,mungkin ada yg kebal, tp cuma tak berani amik risiko je la.. hehe. apa pun, semoga enjoy 9 bulan ni.. :)

Fairuz Zainal said...

tak sabarnye nak tengok baby korang. :D

Unknown said...

Yup air kelapa elok diminum masa 3rd trimester, mudah bersalin dan kulit cantik katanya. Asid folic kalsium jgn tinggal, best of luck papa to be

Anonymous said...

Memandai je kata air kelapa boleh sebab keguguran. Kadang2 org skarang ni bagi info tanpa menyelidik terlebih dahulu. Perbanyakkan baca buku... Bukan dgr kata2 "orang". Mom-to-be nowadays perlu banyak kan bahan bacaan dan kurangkan dgr info dari "orang2" ni. Anyway doctors know best.

Anonymous said...

tahniah.. hebat ayah to be nie.. hehe.. tapi seelok2nya jangan amalkan minum air kelapa dulu... dh dekat baru blh kerap minum... boleh gugur.. huhuhu.. semoga petisuara sihat and baby pon sihat..
:)

NanyFadhly said...

Kagum akak ngan HB. Sabar dan tabah melayani sang isteri. Teruskan istiqamah yer. :)

Lawak kan..size tuh? Hahaha...dari sebesar bijik buah anggur smpi ke tembikai...

Sian gak kat PS. Akak baca ni pun boleh rase aura wek nyer tuh..sabar ye. Pengorbanan seorang ibu.

Anonymous said...

sedih baca the last part tu. i know you must have worried sick risaukan kesihatan yana kan. all the best to you both, semoga mommy cepat sihat and semoga baby nanti pun comel & sihat walafiat, inysaAllah :)

Unknown said...

alhamdullilah ..segala nye akan ok bro..

tak sangka lah semenjak ko kawen anjakan paradigma ko sgh hebat..

:)

ko paham kan ape itu anjakan paradigma..


kau ni leh termasuk dalam calon2 bapa misali tahun depan..
tahniah !!
kerana prihatin ye ko kat bini n ank dlm kandungan .

pasal muntah2 tuh , pekata ko bagi die ubat menahan muntah? save for pegnant jugak..
aku nurse pun :)

Anonymous said...

air kelapa jgn minum ms 1-3 bln pertama...kite buat berdasarkn pengalaman org yg penah keguguran....cik anon mgkin rahimnye kuat...minum ms nk dkt2 bersalin 7months n above...nway tahniah k

Anonymous said...

mostly org keguguran sbb genetic defects (natural selection in life) and not because of food. besides, air kelapa is a very good source of electrolyte mcm 100 plus. betul org gugur sometimes sbb rahim tak kuat tapi bukan sebab components dalam air kelapa. maaf, agak tak berapa baik nak sebarkan info yang tak betul tanpa merujuk pada pakar atau the real facts (walaupun saya tau niat cik baik). sorry kalau tersinggung.

-info from obs n gynae-

Ainee Cumi said...

Sweetnya kau ni wan!

merapu said...

Tahniah, tak saba nak tunggu anak korang tgk dunia, huhu