Friday, June 4, 2010

Lagenda Budak Setan: Review & Download OST

Tanggal 3 jun 2010,tertayanglah lagenda budak setan di pawagam-pawagam seluruh Malysia..wah!!!memang filem ni yang dinanti-nantikan sangat..memang teruja gila nak tengok cerita ni..membesar bersama-sama novel Ahadiat Akasyah walaupun ayah gila tak bagi baca novel cintan cintun macam ni

apa yang best dan tak best pasal filem ni?


starting cerita:
rasa nak kecewa jugak sebab macam tak logik..si akashah and ayu pegi private kolej..University of Nottingham pulak tu..tapi perangai tak macam orang dalam Uni..macam tak logik sangat..sepanjang kat Uni,tak pernah lagi lah jumpa budak-budak nak letak-letak cicak ke apa..tu perangai budak sekolah yang tak mature..patut tunjuk diorang time sekolah bukan kat Uni..selalunya,kalau budak-budak jahat,nak kacau-kacau orang kat sekolah adala..kat Uni,macam ada pulak orang nak kenal kau ketua kumpulan budak jahat ke..kau budak setan ke..masuk Uni,dah takda dah nak sibuk-sibuk hal orang..

kate study kat Uni,tapi panggil lecturer Cikgu..apakah?memang tak faham..tapi ada watak Dekan,tapi panggil lecturer cikgu..lepas tu,sejak bila dalam kuliah,time lecturer masuk,cakap..SELAAAMAAAT PAAAGII CIKGUUU!!!!ingat kat sekolah ke..adoi!memang time tu rasa nak keluar wayang..macam weh,ni tipikal drama melayu..rasa sakit hati dah

tapi................
habis cerita kat Uni,hamik!tak berhenti air mata keluar..memang best..jalan cerita dia memang simple tapi menarik..sama je macam kat novel kot..bila part Que Haidar keluar memang rasa nak maki je laki macam tu..rasa tertusuk hati tengok Que Haidar macam tu..saiko habis

tapi lagi...
orang yang duduk sebelah bau kaki dia memang terbaik..orang tengah syok nak tengok cerita boleh pulak nak bagi orang bau kaki dia..haisyh!lepas tuh,ada couple kat belakang boleh pulak time ni si girlfriend tu nak cerita balik pasal novel tu kat boyfriend dia..napelah tak cerita sebelum masuk wayang ke time tengah dating waktu lain ke..orang lain nak concentrate pun tak boleh..haih!last-last,pindah kerusi depan,aman untuk menangis..takda orang nak ganggu..huh!

overall cerita ni memang sedih gila..maybe sebab lagu dia pun sangat-sangat sedih..cukup hanya tiga lagu je dalam cerita ni tapi impak dia memang besar..memang leleh habis..kalau bahagian kasyah sedih,lagu perempuan keluar,kalau part ayu yang sedih,lagu laki keluar

bagi yang belum tengok..tolonglah pegi tengok!ni baru bahagian satu..part katerina baru keluar sikit je..part lagi satu perempuan tak ingat nama tu pun belum lagi..maknanya kan ada 3 bahagian la semua kan??..and fazura gila comel dalam cerita ni oi!!oh tak sabanya tolonglah cepat keluar part 2 please....


Kalau nak soundtrack Laganda Budak Setan ( Hilangnya Cintaku-Filianti Vlee) boleh click DOWNLOAD!!!.....sorry yang dapat just betul-betul soundtarck trailer dia...siap ada suara background lagi. Tapi still boleh layan.





Thursday, June 3, 2010

Sekolah Asrama Itu Seram: Bab 3 - Loki

Loki bangun pagi macam biasa. Dia mandi dekat tingkat bawah sebab tigkat bawah selalu tak ramai orang... macam biasa. Hari ini hari isnin, jadi macam biasa dia kena laju-laju siap supaya tak kena berdiri dekat depan perhimpunan wajib. Disarungnya kasut hitam kilat pallas yang dah naik karat kaler. Macam biasa juga Loki sempat teguk air tea dewan makan sebelum berunsur ke dewan sekolah.


Tapi yang kurang biasa adalah bila dia perasan ada 2 budak tidak dikenali jalan sama-sama tak jauh dari dia. Fikir Loki mungkin budak tingkatan 4 baru masuk...


Lagi kurang biasa bila 2 budak tidak dikenali pandang satu macam dekat loki. Senyum pun idak. Ikutkan pangkat abang besar mahu saja dia tapakkan muka budak baru itu. Loki juga perasan muka 2 budak itu pucat benar.


"Kau ni kurang darah ape" bisik loki. Loki cuba tengok jam dekat tangan. Risau pula kot-kot terlambat. Bila Loki paling muka kedepan, budak pucat itu dah lesap. Tertoleh Loki kiri dan kanan sebanyak 2 kali mencari budak-budak pucat tadi. Memang lesap.




"Laju beno kau lari..boleh ajak fight satu kali dekat balapan petang ni". Loki rasa tercabar selaku pemegang rekod larian pantas dalam sekolah. Setakat budak tingkatan 4 apa lah sangat. Ini kan warden kejar pun dia boleh makan.


Dewan perhimpunan mula penuh dengan budak. Jenis perhimpunan sekolah ini best sikit. Sebab perhimpunan dia boleh duduk atas kerusi. Nampak sangat dia takut budak pitam atau kejong kaki akibat lame berdiri. Jadi bila boleh duduk, budak kebiasaannya akan cuba bawa mimpi malam tadi dekat perhimpunan. Biasa perhimpunan makan masa dalam sejam. Gila ba apa sampai 5 - 6 lagu kena karoake. Itu belum campur maki hamun guru disiplin merangkap ketua warden.


Selaku brader dalam sekolah, Loki kurang hirau sangat benda-benda macam itu. Sebabnya dia dah setting 'port' cantik untuk sambung mimpi. Tepi dewan dekat dengan pintu keluar adalah kawasan brader-brader. Budak tingkatan 4 dicampak dekat depan dan tengah supaya dapat sauna free.


Loki sampai ngam-ngam lagu Negaraku jadi playlist yang pertama. Dia cari Bigong.....selalu Bigong dah ada sambil pejam mata. Tinjau kiri dan kanan.......Bigong macam tak ada. Kurang waras kalau tak nampak Bigong. Badan macam gitu nak nyorok pun pikir 2-3 kali.


"Pssssst....psssssst....Pijat!!...mane Bigong??"Loki buat-buat bisik....padahal sampai ke belakang suara dia dengar.....bangang.


Pijat macam buat muka ngeri. Angkat muka pun tak mahu. Naik pelik Loki.


"Woiii...Bigong mane??" Kali ini budak perempuan yang berdiri sebelah kanan dewan pun boleh dengar...tak hormat negara betul.


Pijat pelan-pelan tunding jari dekat satu arah. Muka dia nampak takut sangat. Loki pun pelan-pelan ikut jari Pijat dekat satu arah....Loki betul-betul nak terduduk. Lenguh habis kepala lutut dia. Sikit lagi nak kena kancing gigi. Ditumbuk perutnya laju-laju kot-kot dia masih bermimpi...senak juga.


Betul-betul depan dewan....Bigong dengan semangat karoake lagu negaru cukup patriotik. Siap pegang bendera lagi. Patut la sound speaker hari ini macam ade improvement. Sangka Loki mungkin En. Farid dah reti guna speaker cap TAMA. Rupanya suara Bigong dah boleh calen speaker sekolah...naik turun perut dia, kembang kucup pipi dia....Cikgu-cikgu cuma mampu pandang satu macam dekat Bigong. Nak ditegur kurang berani.


Loki dan Pijat pandang kebawah sunyi.



*****


Budak-budak berlari balik ke kelas. Loki berjalan sambil tunduk. Bukan sebab dia malu dengan Bigong pagi tadi..dia cukup rimas bila makin bertambah orang pandang dia satu macam. Orang itu satu pun Loki tak pernah nampak. Senyum pun tidak, tegur pun tidak..yang tahu pandang dengan muka kurang darah. Satu hal lagi, macam dia sorang pula yang perasan budak-budak kurang darah ni ada. Yang lain buat tak tahu saja.


"Ape lagi benda mengarut aku nak jumpa pagi ni...ada juga aku balik fly tido ni karang" ngeluh Loki. Memang niat fly tu dah ada..cuma tambah sebab nak bagi sedap hati.


Laluan ke kelas Loki satu jalan dekat setor lama dimana tempat kejadian berlaku. Laluan tersebut memang suram gaya cerita Seram dekat tv 3...kalau ada bunyi latar mesti jadi lagi seram. Aura gelap pekat betul dekat laluan tu. Nampak jalur-jalur hitam turun macam dalam cerita seram jugak. Tertunduk-tunduk Loki menahan aura hitam. Berpeluh tengkok dia. Makin dekat dengan setor lama makin hebat...dah macam gaya rukuk Loki tunduk...punya hebat. Jalan pun dah terhoyang-hayang.





"peh...macam gini punya gaya memang batal. Apasal berat sangat aku nak bernafas ni? Semalam baru 1 kotak palmal habis..biasa steady lagi. Bau pun macam haram ni...sapa pula yang buat onar" Loki dah naik rimas dengan keadaan sekitar. Dilawan juga aura berat tadi. Kini Loki jalan satu langkah demi satu langkah sambil tangan macam menolak sesuatu dekat depan. Budak perempuan kelas Loki garu pipi tengok Loki. Semua yang tengok Loki garu pipi..ada juga garu kepala.


Tiba-tiba Loki berhenti betul-betul sebelah setor lama. Dia macam tak mampu nak melangkah lagi. Terkunci habis kaki dia. Kepala lutut yang gigil tadi pun belum recover lagi. Dia jadi macam kancing gigi. Dia seolah-olah nampak satu benda yang 'horrible'. Tunduk kaku Loki tak bergerak. Peluh mula terbit...Loki dah menggigil satu badan.


Tidak semena-mena Loki terumbang-ambing. Lantas rebah terus kebelakang....Berlari rakan-rakan kelas lain tolong Loki. Kecoh benar pagi itu. Sudahla kecoh Bigong karoake lagu Negaraku depan dewan, ini kecoh Loki pula pengsan.



"Gila ba.....apasal kaki dia besar sangat! bulu lebat....kuku panjang....gila ba!" ungkap Loki dalam hati sejurus sebelum dia rebah.





Kalau korang nak 'follow' Bab 1 & Bab 2 jemput-jemput kelik SINI & SINI





Wednesday, June 2, 2010

Tips-Tips Supaya Reunion Anda Pegi!!!!

Minggu lepas memang pegi bai!!. Sebab apa pegi sebab ada reunion yang pegi!! Aku dan budak-budak bekas Samura cuba buat perhimpunan secara seronok dekat Pey Dey. Tahu-tahu saja aku duduk dekat seremban, laju diorang bagi aku pikul tanggungjawab nak buat event ni.

Kau tahu tak Samura tu apa. Samura adalah sejenis binatang yang menghisap lemak-lemak tepu.......Aku tipu. Samura adalah sebuah sekolah yang mempunyai kubur dihadapan sekolah. Celah mana ada sekolah nak buat depan kubur kan..ha Samura ada buat. Gila ba!. Konon-konon nak elak aku dari 'fly' beli roti canai Pak Akob depan sekolah....tak menjadi la taktik anda. Laju je aku serta rakan-rakan lain buat lubang dekat pagar...seronok.

Jadi setelah masing-masing buat haluan sendiri, niat mahu lepak-lepak macam dulu timbul. Tapi kalau nak lepak saja sambil goyang kaki tak betul....oleh itu kena ada satu acara gilang-gemilang supaya dalam hati rasa hoooreyy...horreyyy. Sebagai organizer event ini aku cuba bagi langkah-langkah supaya kau tak silap langkah. Jadi bila kau silap langkah, kawan-kawan kau akan buat status dekat FB berbau tidak puas hati...lagi gerun kau kena caci serta merta. Jadi mari belajar ya.


Tips satu.

Untuk mengadakan reunion sekolah anda..anda perlu ada organizer yang cukup berdedikasi dan bertoleransi. Lagi bagus kau cari yang rajin..dah la rajin, baik hati, hensem, sopan santun serta manis...pergh...lengkap!

Organizer ini perlulah bersedia mengharungi rintangan perangai-perangai sahabat yang boleh buat nak mencarut. Lagi-lagi bab nak kumpul duit. Ini memang memerlukan kepakaran. Kau tengok aku pegang apa atas tu. Itu aksi untuk mereka-mereka yang liat nak keluarkan duit. Comperm terus bagi dengan sedikit wang saku untuk diri anda.

Jadi Organizer perlu bijak membahagi kan budget supaya nanti orang tidak kata.."wei!!!apahal mahal sangat!!!kau nak jemput Shahir Af ke buat persembahan!!" Gila ba apa aku nak jemput dia..baik aku buat pertandingan suara emas.


Tips Dua.

Bila dah ada organizer...organizer perlu melantik seorang abang gagah supaya nyawa beliau tidak terancam..jika-jika ada orang yang tidak puas hati.

Sikit punya gagah bukan orang yang aku lantik ini. Sekali dia grip tengkok kau pakai lengan...nyawa-nyawa ikan la anda. Jadi Siba selaku abang gagah memang melakukan tugas dengan penuh berwibawa. Memang tak beri peluang!...ombak satu kali!!!!


Tips Tiga.

Bila ada perhimpunan..kena ada tukang karut@carut. Tukang karut@carut ini bertujuan membuat pertunjukan sarkas bagi ahli-ahli lain sentiasa senak perut. Tukang karut@carut juga ditugaskan untuk membuat bising secara berterusan..barulah seronok bukan? kalau reunion yang sunyi dan hambar baik ajak ramai-ramai pergi kelas motivasi.

Jo memang pakar bab ni. Siba yang mempunyai perut keras pun tidak mampu menahan senak. Serupa beruk. Oh..hampir lupa, jika ada tukang karut@carut...perlu ada tukang kena carut. Ahah! yang ini memastikan bahawa sentiasa ada modal untuk perut anda senak.

Yuyu selaku tukang kena carut memang tepat dengan tema reunion. Dia lama sangat kitorang tak jumpa..jadi giliran dia kena carut. Sepatutnya Loki jadi bahan..dia tak datang. Jadi jawatan disandang terus oleh Yuyu..gamba dia aku letak yang paling hensem sekali. Hambek!


Tips Empat.

Aktiviti yang yeay yeay kena ada. Setakat aktiviti renang-renang dah tak pakai dah. Tak pun asyek-asyek main bola tampar...bola tampar...bola tampar. Jadi setalah aku kaji masak-masak aku buat keputusan buat aktiviti yang cukup bagi hadam makanan dalam perut.

Permainan baling selipar memang style. Sempat aku rembat selipar-selipar jiran dekat blok aku..semata-mata nak bawak ke PD. Rakan-rakan cukup bersemangat aku tengok. Walaupun masing-masing kalau lawan dengan budak tadika pun belum tentu boleh menang.

Galah Panjang pun pegi. Hilang akal sampai 20 orang main sekali. Ada jugak besar padang bola dia punya line. Besepah budak-budak ni lari. Ada gaya orang kena malaria sorang-sorang. Bila kau berlari aktif atas pasir yang lembut memang penat dia macam kau tebas balak.

Kau pernah main harimau jadian??...malas aku nak terang dekat sini..mau ada 2 entry nanti dia punya panjang.


Untuk aktiviti dalam air pun kena ada juga..baru seimbang. Tapi bukan aktiviti posing maut tepi kolam...sebab aku bukan buat rancangan amboi amboi.

Aktiviti campak member sendiri ini sangat seronok. Lagi tinggi member kau tercampak lagi rasa lega dekat hati.






...............................orang lain kena lambung kau pun nak jugak......


Tips Lima.


Dan yang paling utama adalah kena ada sumber makanan yang cukup bagi menampung nafsu-nafsu lapar rakan-rakan anda. Macam biasa la. Sinonim kalau reunion mesti ada BBq, kalau tepi pantai mesti ada ayam panggang.



Jadi bila semua orang hooray...kau pun akan hooray sebab dah berjaya buat satu event yang pegi!!!









Sekarang memang zaman semua nak jadi malaria apa. Cukup aku tak paham...ntah apa dia makan ntah. Rumput rampai barang kali.




Monday, May 31, 2010

Sekolah Asrama Itu Seram: Bab 2 - Meremang lagi


Matahari dah semakin meninggi ke langit biru cair. Kelibat budak-budak lelaki muka basi beransur-ansur buat barisan dalam dewan makan. Makan tengahari hari sabtu adalah perkara yang paling ditunggu-tunggu. Kalau miss memang bawa ke arah batal satu hari. Siapa yang tak mahu makan nasi ayam warna kuning dengan ayam masak madu. Kerak ayam madu tu kalau buat ulam memang pegi.


Gores dan Yuyu awal-awal lagi dah tempah port betul-betul bawah kipas. Nasi ayam warna kuning diorang dihantar secara percuma oleh budak tingkatan empat. Lagak abang besar kena ada..


"Akhu hak nampakh pulakh figong ini hari...apehal??" soal Gores. Habis besepah tembikai merah sedang dikunyah Gores atas meja.

"Tu lah..kalau tak, time ni dah 2 dulang die bedal..kesukaan die menu hari ni" jawab yuyu. Ada seketul biji tembikai lekat di kening yuyu. Yuyu bukan tak sedar, tapi dia kalau boleh nak balun nasi tu cepat-cepat. Benda lain ditolak ketepi dulu. Herot-berot muka Yuyu akibat sifat gelojoh.

"Dengar cite Bigong ada mimpi pelik malam tadi..itu yang die kurang waras....ishh..seram aku. Ini aku rasa ada kena mengena dengan kes itu hari la". Gores menjawab dengan memalingkan wajah. Tak saggup benar dia melihat iras rupa Yuyu time itu. Hilang selera makan.


Gedebang!!!


Bergema satu dewan. Bercempera budak tingakatan empat berlari masuk bawah meja. Keadaan hinggar benar. Macam bunyi earthquake gamaknya. Gores dan Yuyu paling mahir bab-bab menyelamatkan diri. Tau-tau saja dah hilang dari tempat makan. Nampak Gores sedang memanjat dinding blakang dewan dengan kuku jemari. Lagak tak tumpah macam biawak tanah. Yuyu tak pula menyimpan kuku sepanjang Gores. Lantas Yuyu mempraktikkan hikmat jelmaan diri. Jadi betul hikmat Yuyu. Saling tak tumpah macam tiang mikrofon.


"Psttt...Yuyu! kau steady tau!" bisik Gores. Sempat mengelap peluh cemas di dahi.

"Iye..aku steady" Jawab Yuyu acuh tak acuh.


Nun disudut dimana bunyi misteri terhasil, kelibat makcik dewan makan terperosok di dalam longkang. Badan makcik tersebut yang besar menyebabkan rekahan di tepi-tepi bucu longkang Meleleh darah disegenap rongga makcik dewan makan. Perit benar wajahnye menahan kesakitan.....Impak yang dasyat. Habis berterabur ayam madu yang cuba diseludup makcik dewan makan. Untuk jiran-jiran barangkali.


"Aku dah kate Yuyu...sejak Bigong azan pagi tadi macam-macam benda pelik yang jadi. Aku ingat nak pegi jumpa Ustaz Terminator la. Mana tau dia ada tindakan susulan". Cemas Gores menuruni dinding. Patah-patah kukunya.


Yuyu hanya mampu diam membisu.
Cuba diingat kembali hikmat menjelma kebentuk asal..tapi tak berjaya. Kemungkinan Yuyu terpaksa menyamar lagi dalam 3-4 hari.


*****


Sipil langkah laju. Tidak dipedulikan langsung gadis-gadis separa matang yang menjelingnya. Matanya berurat. Sambil itu mulutnya tak henti-henti berkumat-kamit membacakan sesuatu. Langkah dia terhenti di tepi dewan makan....Dilihat tiang mikrofon itu iras-iras benar macam Yuyu.



"Khayalan masa permainan iblis". Monolog Sipil seraya meludah kiri dan kanan. Langkah diteruskan menuju ke bilik rawatan pesakit pelajar lelaki. Khabar yang menyatakan Loki sudah boleh terkebil-kebil kelopak mata semenjak dia koma 2 hari lepas membuatkan Sipil ingin berjumpa dengannya. Banyak persoalan yang mahu ditujukan berhubung dengan insiden 2 hari lepas.


Ditinjaunya dulu bilik sakit. Dia kalau boleh mahu 1 by 1 dengan Loki. Diragut pantas bunga lalang ditepi bilik tersebut sebagai buah tangan....Langkah kanan Sipil mulakan. Perlahan dia bergerak kearah sahabat baiknya itu....Loki menyedari Sipil datang. Dibuat-buatnya tak sedar. Konon-konon macam terkejut.


"Kau semakin pulih sahabat?" Sipil bertanya sopan. Dihulurnya bunga lalang tadi.

"Modulus Oblagantaku masih belum dapat beroperasi 100%. Tapi aku semakin pulih. Terima kasih wahai sahabat...apa hajat kau datang?" Loki padahal dah tahu niat Sipil datang, comperm ingin membuat sesi soal jawab. Tapi Loki sikitpun tiada nafsu mahu bercerita tentang kisah silam yang menimpa dirinya dan juga Bigong.

"Baguslah...aku belum berpuas hati dengan khabar angin. Aku kalau boleh nak dengar dari mulut kau juga. Storyla sikit dekat aku..kedeng!.." Sipil bertindak agak hilang sabar.

"Aku bukannya tak nak cerite..aku belum boleh ingat lagi seratus peratus. Tau -tau saja aku dah terbaring kat sini. Kau tanyalah Bigong....budak itu pun ada sama aku waktu itu." Dalih Loki

"Bigong dah semakin aneh..becakap pun tidak..asyik termenung aje kejenye". Sipil mencari-cari makanan di tepi katil Loki.... Selalu orang sakit memang dihujani biskut-biskut merry.

"Hmm..pelik.....aku serius tak ingat sangat..tapi aku ada perasan satu benda. Sebelum aku pengsan, aku ternampak satu bungkusan aneh warna putih susu dekat bilik setor. Aku baru nak try ambik, tapi belum sempat apa-apa aku ada terhidu bau cukup wangi. Seingat aku, memang aku jenis bangsa tak reti pakai minyak wangi..Bigong apatah lagi. Lepas itu aku dah tak sedar dah". Jelas Loki panjang lebar.


Sipil masih tak berpuas hati dengan penjelasan Loki. Masakan hanya kerana bungkusan putih boleh buat kedua-dua budak itu hilang akal. Ditenungnya Loki dalam-dalam. Terus Sipil berlalu. Sambil berjalan keluar, dilihat awan makin mendung petanda hujan. Tapi belum tentu mahu hujan. Azam dihati disimpan rapi. Cerita hangat Sipil dan Loki perlu diketahui dengan segera.






Sunday, May 30, 2010

Selekeh Satu Hari Mari!

im trying to update this blog tapi wah!sangat busy lah weekend ini..hentak belipat is in Port Dickson right now..ada reunion bersama-sama murid sekolah itu seram..mesti tak saba kan nak tunggu sambungan cerita konon seram tu..

ok move on with the topic Selekeh Satu Hari Mari!

pernah tak korang kan ada nak kena pegi wedding or apa-apa kenduri lah tapi yang macam malas gila nak pakai cantik-cantik..rasa kalau boleh nak je pakai baju kurung kedah macam opah-opah tu pakai,dengan kain batik..try la sekali sekala,memang rasa dia amat puas..

kenapa dari kecik dah diasuh,kalau nak pegi wedding harus pakai cantik-cantik,no comot-comot,,baju kurung pulak mestilah yang glamour aje,yang biasa-biasa taknak..amboih!cuba pakai selekeh jap nak tengok..
tapi kan,kadang-kadang selesa je kalau pakai selekeh-selekeh ni..tapi ada je yang glamour-glamour ni selesa,tak semua yang bila pakai,2 jam lepas tu,dah rimas,dah rasa nak bali rumah please!tak larat dah nak duduk lama kat wedding orang..


Photobucket

perhatikan betul-betul baju tu..bahu punya line memang jatuh gila kan..baju ni memang oversized habis sebab mama yang punya..wahahhaha..i like..selesa habis

Photobucket>

see,memang baju ni sangat selesa,dahla cotton,besar habis pulak tu,,berangin je rasa..sangat sesuai untuk pakai pegi acara-acara tengahari,boleh duduk lama-lama dekat rumah orang tu,nak tolong basuh pinggan pun boleh sebab dah selesa sangat,macam rasa tanak balik..orang lain mesti dah rimas dah kan..dengan make-up tebal-tebal semua..padan muka korang..BOO