nHarini kalau tak silap, kanak-kanak yang sebelumnya hanya belajar mari mewarna gambar beruang, tapi lepas ini dah boleh belajar macam mana nak tulis surat bagi dekat awek sebelah meja. Kalau dulu pagi-pagi dah belajar macam mana nak gosok gigi, tapi lepas ini mungkin hentam pergi sekolah tak gosok gigi langsung sebab kalau lambat kena berdiri dekat depan perhimpunan. Macam itu juga dengan ahli paling senior dalam Geng Al (Harith Hatim). Semoga hari pertama beliau berjalan lancar tanpa melempang pipi sesiapa. Ok Go!!
Cerita aku masuk sekolah mula-mula tak sama macam orang lain. Malam sebelumnya, bonda dah bagi amaran awal...kalau lebih pukul 10 tengok tv, akan mendapat siku dekat perut. Jadi kena tidur awal. Sebelum tidur, aku perlu mineral dah juga zat-zat yang cukup untuk bangun pagi dengan perasaan oh yeah. Maka, di atas meja terhidang ayam percik, spegati karbonara, buah-buahan dari sitrus dan susu segelas yang baru diperah dari kuda. Sambil makan, para-para dayang leka mengurut jari jemari aku. Ini penting supaya gaya penulisan aku besok lancar. Lagi-lagi nak tulis nama dekat buku latihan garis satu..barulah nampak up. Sebelum tidur, aku dipakaikan facial mask supaya kelak pipi macam kiut alahai. Ini juga penting supaya cepat guru kelas melantik aku menjadi anak emas beliau.
Besok paginya, selesai solat subuh berjemaah, aku kena berendam dalam tub mandi yang dipenuhi bunga dari duaplohlima jenis pokok bunga. Ini harus kerana bagi mengelakkan bau badan persis kangkang kuda bila waktu rehat nanti. Sarapan pagi amatlah penting untuk memastikan aku sentiasa segar demi menyalin nota-nota dalam kelas. Tak perlu banyak, cukup sekadar sandwish daging ayam turki, pankek dalam tujuh keping yang disiram dengan madu dan juga buah straberi. Lengkap!
Sebelum bersiap, ayah suruh aku memperkemaskan diri lagi. Ini kerana, biasalah, adegan tolak menolak. rebut merebut dalam sekolah memang biasa. Maka aku menghabiskan masa dalam duaploh minit dalam gym dengan angkat besi lebih kurang, tekan tubi sikit-sikit serta menyuruh penyelia gym untuk melibas perut aku dengan batang besi. Manalah tau, awal-awal sudah kena rotan, kenalah bersedia kan?
Mula-mula aku mengenakan kasut kulit buaya, kot bulu unta, tie dari paris sambil memegang paip curut, tapi bonda jeling tanda tak puas hati. Aku akur dan terus memakai pakaian eleh entah hapa-hapa yang tak boleh besar lagi agaknya lencana dekat poket tu. Depan rumah sudah tersedia kereta panjang buka nmain untuk menghantar aku ke sekolah. Cium pipi ibu bapa tak dilupakan. Oh, bekal hampir lupa. Masa kecil-kecil mana reti pegang duit, takut hilang kan. Ayah cuma bagi kad kredit tapi tukang siram bunga kata, dekat kantin sekolah belum boleh pakai kad kredit, jadi bawalah bekal.
Sampai dekat sekolah, aku tengok rata-rata budak menangis melalak tak pasal-pasal. Ini kenapa ni? bukan masuk kem tentera pun. Jadi sebagai orang yang bersedia, aku bagi nasihat lebih kurang pada siapa-siapa yang menangis. Yang menyorok dalam tandas dan tak bagi ibu-bapa balik sampai habis waktu sekolah aku tak berapa nak handle. Jadi secara total, hari pertama aku disekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya adalah Owesome!! siapa tak suka pergi sekolah adalah tak style!
Psst: aku tipu semua tu, pergi sekolah pun kadang-kadang jalan kaki, nak macam-macam jadah hapanya. Tapi itu adalah azam aku untuk anak aku besok. Azam kena ada kan? new year lah!
22 comments:
waa..
banyak nye geng:)
sume pon comel
uhuhuhu! comel! :)
yay...budak gm0k naik sk0la... =.)
hehe ok comel.. =)
wah dulu2 en hentak belipat gemuk ke? cute la =D
Aku dulu first day nanges kot. heh heh heh,
kawan sama terjun lombong ker ni?
hehe. kelakar lah entry ney... how about peti suara punya pengalaman pertama pegi sekolah? =D
hehe..wajib manja ek..
selamat bersekolah.jgn ponteng2.hehe
hahaha. siot betul.
wa yo yo ohh baca dgn penuh khusyuk.
lastlast azam je. hahahaha
bagus jugak azam utk anak lu nih.
Sumpah like comel gila ok! Debab gila..
Tapi cara penceritaan perghh nampak sangat best je kan. Dengan mandi dalam tub lah, dengan tak nangis hati tegar gila waktu first day pergi sekolah lah. Bestlah! Carelah!
waaa!!semua org yg comment harini npknye semua bce dgn teliti..msti HB suke gila sbb krg bce entry die dgn penuh smngt..heheh..die mmg bdk yg gemuk gila pon dulu!
aku nk puji nih, aku suka cara penulisan kau yang ini. yang ini je la, yang lain2 aku x berapa boleh terima lagi.
tapi, x bermakna aku x suka cara penulisan PS. Masing2 ada style tau. no wonder la blog ni sangat ramai peminat.
keep it up ok!
btw, semoga senior geng al akn jd budak berguna di masa akan dtg. amin.
Hahahahaha. Nice entry!
Terkekek daku baca haaaa. >,<
hahaha lawak gile . suka entri you yang ini.... tersengih2 i baca dengan khusyuknya
gaya penceritaan macam kau ni hero boys over floserpulak. haha
stakok, ko gemok dulu ek. xsgka. wakaka. ckop makan sume. hek3..
selmt kembali ke sekola ;)
dya: perghh hahaha thnaks weh, kalau kau dekat UTM aku belanje mekdi amacam..kehkeh
miera: jangan sampai tecekik suda
atiqah: thanks! sebab tu u adalah orang yang best!
cik tipikal: aku boys over sea
bluberry: aku bukan gemok lah..aku comel
Nasib baik I jd cikgu 2011.. klu i jadi cikgu wt zaman HB ni, mau kena cubit je pipi dia ni..
Post a Comment