Saturday, September 10, 2011

Astro dan Raya

Raya Pertama


 Raya Kedua


 Raya Berikutnya


Friday, September 9, 2011

Pilu di hari raya (Budak dan Perut)

Dam dam dum...bunyi mercun....

Ada satu budak memang suka hari raya. Pagi raya, dia suka makan lemang mak dia buat. Dia suka makan rendang daging ayah dia buat. Dia makan masyaallah banyak gila ba. Dia kata, takpe..perut saya kan besar. Lepas makan dekat rumah, dia keluar mahu beraya rumah ke rumah. Dia kata, mesti dapat banyak duit raya hari ni. Lepas satu rumah ke satu rumah dia beraya. Setiap rumah pun dia balun habis-habisan. Tak ada belas kasihan. Beraya sungguh.Bila malam raya pun dia masih mahu beraya. Lepas satu rumah ke satu rumah dia beraya. Setiap rumah pun dia balun habis-habisan. Makan macam anak beruang.

Selamat....kami ucapkan.....

Tiba-tiba, perut dia mengamuk. Perut mana yang tak mencarut kalau sumbat macam-macam. Budak itu gelisah, resah dan juga seram sejuk. Dia mencari mana-mana tandas yang available, tapi hampa. Rumah budak itu masih jauh. Peluh dahi dah melelah. Jika tadi dia berjalan senang, kini dia berjalan kepit. Kejap jalan kejap kepit. Seksa sungguh.

Untuk kita hingga sampai tahun depan....

Sampai satu masa, muka budak itu dah naik biru. Dia berhenti lama untuk mengepit. Dia berhenti dekat bawah tiang lampu. lampu itu malap. Dia peluk tiang itu dan mula faham erti penyesalan. Budak itu pejam mata dan...

SELAMAT HARIIII RAYYYAAAA!!!!

Budak itu pulang kerumah sambil jalan mengangkang. Bila mak budak itu tanya kenapa seluar kotor, budak itu pun menangis...dia kini sudah dapat satu tauladan hari raya.

Tereng teng teng teng teng tereeng teng!

Wednesday, September 7, 2011

Siri Cerita yang 'Cutting-Edge' : Lemang Berpuaka

Di pagi Syawal ke-2
Tap..tap..tap
Power juga akak memotong lemang ni menggunakan tangan kiri, Asni cuba berlagak pada adiknya. Rumah mereka nanti bakal dikunjungi rakan-rakan. Kena bersiap awal. Kau pegi la kupas kentang tu..kata nak buat kentang lenyek ala-ala kepsi, arah Asni pada adiknya
Tap..tap..tap
Payah la kak nak kopek kentang ni, adu Syima. Syima adalah adik Asni. Tangan Syima merah-merah akibat mengopek kentang yang payah itu. Alah kau ni, kopek itu pun fail..tak terer langsung, Asni mengeluh sama. Lemang yang Asni potong sudah siap dihidang. Kau pernah tengok dalam Youtube? cara kupas kentang dengan magik..hanya guna air panas ja..hah! Asni membebel sambil menuangkan air panas ke dalam besen. Kau rendam kentang dalam air ni agak-agak 10 minit, lepas tu kau picit-picit ja terus mengelupas punya kulit dia..warghahahah! Asni gelak besar konon cerdik akal.

Wah, ini teknologi! Syima teruja. Lantas dia merendam 5 biji kentang sekaligus. Selain itu kak, adakah teknologi ini boleh digunakan untuk bahan-bahan mentah yang lain? soal Syima beriya. Ya adikku, selain kentang, bawang merah, bawang putih, telur rebus dan juga halia boleh digunakan. Asni menerangkan sambil tangan memicit kentang yang direndam tadi. Nah! kau tengok, kan mudah nak kopek! Warghahahaha. Asni gelak kuat lagi. Mak di depan menjeling hairan.

Tap..tap..tap
Kentang lenyek siap! Syima melompat gembira. Tetamu mula datang. Mereka makan dengan lahap kerana lapar. Syima! kau pegi refil lemang ni kejap..dah tinggal 2 ketul je ni. Arah Asni pada adiknya. Syima berlari membawa pinggan lemang ke dapur.

Tap..tap..tap
Asni menepuk-nepuk dinding dapur. Apahal lama sangat kau nih? Suruh ambik lemang je pun, bukan suruh bakar lemang, Asni naik berang akibat ramai tetamu sudah betindak liar akibat tak cukup lemang.


Kak...berapa lama nak rendam lemang ni kak...dah lama adik rendam dah, payah je nak kopek dia. Aju Syima sambil masam muka.


Tap..tap..tap
bunyi tulang temulang Syima retak akibat dikarate Asni



Tuesday, September 6, 2011

Raya pertama sampai ke-6..uuuuhhh

Assalamualaikum dan hellloooo.. 
ya hari ni nak masuk Selasa dah. apa? raya? of course lah masih dalam mood raya. apa? kerja? ahahahah harini cuti la lagi, apa kerja pulak, tangan pun bau lemang lagi ni, mana boleh start kerja lagi




ini daging masak itam dan lemang. hah, kalau ini takda time raya, dari opah, anak, cucu dan cicit memang mood raya terbang, takda dua menu wajib ni, jangan harap nak keluar bilik, makan pagi raya. NO!!!!!!!!! mau sedih setahun kalau raya ter miss lupa nak masak dua menu wajib ni. LUPA NAK MASAK DAGING MASAK ITAM?  memang merajuk hentak lantai


tahun ni, lepas sembahyang raya je terus rumah opah kena serbu, errr,, macam mana ni? kami tak amik gambar raya lagi pun? salam pun tak sempat macam mana ni? punya sedap daging masak itam sampai salam, hello, kejap lagi boleh? tengah menikmati ni....EWAH


sebab tetamu dah sampai, jadi bergambar sahaja di luar rumah, TAK ACI! tema sedia maklum tengok tuuuu warna apa, ala-ala pastel tak berapa nak pastel pink jadi adik lelaki adalah secara paksa sukarela pakai warna dibenci lelaki sejati padahal loser betul lelaki itu tak tahukah warna pink kini merupakan warna sungguh 'IN' untuk menunjukkan betapa sejatinya seseorang lelaki itu? EHEM


tumpang lalu, nak berdehem sekali lagi sebab tahun ni tahun pertama bagi duit raya oi! sampul duit raya AMBOIH menarik hati sungguh, yang menerima sudah pasti gembira walaupun isi di dalam secoet bila dapat sampul sebegini tak ke terubat hati yang duka lara itu?

mari kita terus kepada raya ke-2


raya diteruskan menuju ke rumah moyet, moyang, adik beradik moyang, dan juga adik beradik opah, sekarang sila kira berapa generasi yang masih hidup di dalam keluarga saya. tak cukup jari tangan, boleh ambil calculator yang dah lama anda tinggalkan waktu sekolah dulu


sekarang tengok sudah terpacak di hadapan rumah moyet. apa? moyet adalah panggilan untuk generasi selepas moyang. apa? kenapa tak panggil monyet je? kau sila belah dari blog ni, sebelum aku datang bagi sepenampar dua

Mari beraya di raya ke-3


raya ketiga? hmm, macam lupa ingatan apa tah buat raya ketiga, adakah makan lemang dan daging masak itam sampai 6,7,8,9,10 pinggan? oh patutlah. sah terlebih dos daging ni, jadi lepas ambil gambar, lupa terus apa yang terjadi. WAH!

OK terus dengan raya ke-4


opah punya open house! tengok sekali lagi ambil gambar di luar, habis tetamu di dalam siapa yang layan? sekali lagi fail ambil gambar penuh satu family for hari raya. jadi, adakah misi mengambil gambar family besar yang baru nak up ini akan berjaya? kita tunggu next hari raya ok

Raya ke-5




di penghujung raya selalunya Batu Gajah bye-bye now hello Ipoh pula, harus pergi rumah sesiapa yang ada di Ipoh, jadi ini favourite baju raya of all. dari atas sampai bawah all from Cala Qisya, and yang nak sampai ke bawah sikit from Cala Man.. AMBOIH! oh sekarang kita dah buat FB Cala Qisya yang baru babeh! kelik sini kelik, jangan tak kelik FB Cala Qisya 



oh yes! masa sekolah ini adalah favourite, sengkuang bersama kamchong atau macam mana nak eja? ditambah pula kekacang, terus bye-bye daging masak itam dan lemak, sekarang saya berubah hati pada awak si sengkuang...slurrrp, opah sedara ini adalah yang the best sebab buat sendiri kamchong sebab sekarang yang dekat kedai susah ya rabbi nak dapat yang halal. apa? tak pernah makan ni? boleh geng dengan HB sebab dia pun tak tau apeke bendenya ni.. WAH! besarnya tanda L atas kepala itu. TT__TT

Raya ke-6

ya, saya memang raya sakan tiap tahun, puasa 6 bila nak buat?
open house rumah Hentakbelipat memang ditunggu-tunggu oleh saya dan rakan-rakan sebab makanan yang dimasak oleh legend (ayah HB, beliau dipanggil legend kerana paling senior antara semua bapa-bapa kami dan mempunya perangai pelik yang paling legend sekali, nama lain kami bagi adalah KING! )


mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?

jadi, cukuplah setakat ini sahaja, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN!!!

ooops, tau apa paling best raya kali ni?


satu-satunya kad raya yang sampai dalam postbox bersama duit raya tahu! Thanx syuhadah zulkifli!

Monday, September 5, 2011

Ketupat Rendang Sirap Sejuk

Awal-awal pagi, ada orang ketuk pintu bilik aku. Aku bangun huyung hayang, buka lampu dan menuju bilik air. Keluar bilir air, aku tarik kerusi meja makan dan duduk. Mata masih terkenyeh-kenyeh payah nak buka. Nampak ja cahaya sikit, aku hairan...meja dalam keadaan bersih. Lalu aku melaung, "Oi..mana lauk saho!" Mak aku libas dengan tuala sambil menjawab, "Oi, dah raya mana ada saho..pegi semayang subuh, pukul 9 karang nak semayang raya".

Aku angguk dan berlalu meunuju bilik. Tutup pintu dan tarik selimut kembali. Selang 5 minit, belikat aku rasa panas. Rupanya mak sedang bersungguh melibas belakang aku dengan tuala lagi. Apa ingat badan aku ni meja ke nak libas-libas.

Oh...sudah raya rupanya kita ya?

****

Dekat luar masjid, ramai budak-budak sedang melepak sambil menyedut asap raya. Bergembira betul mereka. Ada yang rambut macam dafi, ada rambut tobek sebelah dan tak kurang juga pesen rambut yang rasa nak baling selipar dekat dia.

Selesai sembahyang, ramai menyambung menyedut asap raya. Benda macam ini pun nak kena ajar, sembahyang raya kalau tak dengar kutbah raya..serupa kau tidur dekat rumah.

****

"Mari bersalam-salaman!" ayah suruh. Kami semua salam-minta maaf-cium tangan-cium pipi-peluk sana dan sini-dapat duit raya.

 Haiman mintak maap wan...Haiman berjanji tidak akan menjadikan kopiah wan sebagai bola sepak lagi...janji!

 Duit raya ni nanti jangan pi beli tikam2, kalau beli juga..nanti wan suruh cu boi tikam perut dengan lutut ok?



****

Tiba-tiba harini adalah hari Isnin dan semua orang kena kerja...kahkah. Arghhh apasal aku tak dapat jemputan rumah terbuka pun? dan apasal juga satu cucuk satay pun aku tak merasa lagi ni? dan tak lupa juga pasal apa aku tetap dapat duit raya walaupun dah besar panjang? hahahahahha harun hahahaha.