Dulu dari kecik cita-cita tegar adalah untuk menjadi interior designer, asal dalam biodata je mesti tulis cita-cita :interior designer, bila dah besar sikit, konon nak amik upsr tu macam dah dewasa jadi cita-cita perlu seiring dengan umur, terus tukar jadi scientist pulak.
Bila masuk matriks pulak sebab semua orang yang amik sains hayat wajib tanam cita-cita untuk jadi doktor, tapi ya rabbi biology itu sumpah tak masuk langsung dengan hati nurani, tak terusik jiwa nak jadi doktor apa lagi bila tengok darah terus muntah.
Lepas tu masa matriks hati terus terpaut pada kimia, sebenarnya dah jatuh cinta pada kimia dari spm lagi, sebab rasa subjek tu paling BEST jadi borang upu untuk degree wajib apply course yang semua ada nama kimia, jadi degree pun terus amik kimia, bila industrial training rasa macam alahai jealousnya tengok budak marketing semua pakai cantik-cantik pergi kerja dengan high heels semua, kita kena masuk production house, masuk lab kena pakai safety boots lengkap dengan speks besar ya rabbi, dan of course lab coat, jadi hati terpaut dan terus bercita-cita nak jadi editor magazine pulak, takpun fashion designer.sebab budget macam devil wears prada la konon.
Lepas tu, bila dah abis degree, rasa macam tak ready pulak nak kerja sebab konon umur muda sangat, tak puas study lagi kan, jadi gatalah nak sambung master pulak, Mula-mula nak tukar course lain sebab tak larat boring nak hadap kimia lagi, tapi..................tetap buat master in chemistry jugak , Adoi
Last-last jiwa meronta-ronta nak berhenti setengah jalan, tapi Hentakbelipat cakap prinsip hidup dia adalah habiskan apa yang dah start, jangan buat setengah jalan, jadi tiba-tiba kena ikut prinsip hidup dia pulak
Tapi....
CalaQisya in Safiyyah TV9
CalaMan in Safiyyah TV9.
CalaQisya in Wanita Hari Ini TV3
CalaQisya in Bella NTV7
Calaman in Selamat Pagi 1Malaysia RTM,, tengok Hentakbelipat kemain promote kasut dia
me in Utusan Malaysia
sebab takda model yang available terpaksa guna diri sendiri :(
CalaQisya in Metro,,, apa punya bapak la!(merujuk pada berita utama)
CalaQisya in By U mag
Hentakbelipat in Utusan/metro cant remember :(
suddenly out of sudden, tatau macam mana boleh terlibat with fashion secara serious and tarik Hentakbelipat sekali, huhu terbawak hanyut ke bidang yang sama
To all medias: electronics,cetak dan segala media yang ada thank you very much for your lovely support, tv1,tv3,ntv7 and tv9 thank you so much:)
News straits times, harian metro,utusan malaysia etc. thank you so much :)
Lisa magazine, intrend,Remaja,Hijabista, Dara.com, Jelita, Nur etc. thank you so much :)
I just have to thank all of them sebab faham dengan situasi muslimah, sebab pernah ada nightmare with a make up artist sebab taknak pakai bulu mata palsu dan taknak di make up oleh lelaki, dan kena marah teruk sebab dua benda ni sampai fobia kalau nak masuk magazine or tv.
Nasihat pada muslimah: you just have to tell the person in charge, if nak make up, nak perempuan, taknak cabut bulu kening, and taknak pakai bulu mata palsu, i'm sure they will understand dan takda make up artist yang akan kecil hati. if tv station, yang touch up your make up susah nak dapat make up artist perempuan, so just let them know that you can touch up your make up on your own, tak mati if muka tak make up beriye pun, serius, yang mati nanti nak menjawab sebab kita bagi lelaki pegang muka kita :p.
yang penting, jaga aurat, kalau kena interview or ada mintak kita sponsor pakaian, kita bagitahu kita nak tutup dada bila berhijab, nak baju yang loose, semua mesti jaga, biar baju berlayer-layer asalkan aurat terjaga, biar kena pakai tudung berlapis-lapis asal aurat terjaga, berfashion lah bagai nak rak asalkan
1. dada tertutup rapi oleh si hijab
2. baju longgar tak nampak bentuk badan
Please jangan jadi hamba kepada famous, kepada fashion, kepada orang atasan hanya kerana sebab nak masuk majalah, nak masuk tv, kena abaikan tugas kita sebagai orang islam dan melanggar perintah Allah eg: tak solat sebab photoshoot lama, nanti make up kena basuh make up artist marah. no such things
muslimah fashion itu haruslah seiring dengan nama muslimah itu, jangan asalkan pakai tudung, terus diberi nama fashion muslimah, jom kita sama-sama pelihara nama baik muslimah itu.
fashion donts for muslimah:
1. skinny jeans
2. tights
macam mana nak pakai skinny jeans?
palai di dalam jubah atau skirt supaya bila tengah panas, cahaya yang masuk celah skirt, takdalah nampak terus ke kaki hihi
macam mana nak pakai baju yang pendek/ cropped top?
pakai fihtail blouse dalam cropped top/ baju pendek supaya tak nampak butbutt :)
macam mana nak pakai baju yang jarang? material from chiffon?
pakailah inner longgar di dalamnya, beli di jalan TAR yang rm10 tu tapi beli satu size besar dari badan kita
macam mana nak pakai tudung chiffon/jarang?
pakailah inner neck di dalamnya/cari tutorial yang senang untuk cover tengkuk or leher :)
theres always a way untuk menutup aurat, jangan salahkan baju/design yang tengah 'IN' tapi be creative untuk sesuaikan design/baju itu dengan situasi kita sebagai seorang muslimah
jika kita mahu berfashion, cari jalan untuk sesuaikan ia dengan syariat Islam, jika malas untuk berfashion, jangan sekali-kali memakai seluar jeans ketat dengan t shirt berlengan pendek
I maybe not a perfect person to tell you all of these things but I am still learning, jadinya marilah kita bersama-sama help each other in order to bacome a better muslimah inshaa Allah
aaandd after one year doing this online business, alhamdulillah finally dapat bukak boutique yays!!!
Family, ayah mama opah aunts uncles cousins semua, friends, bloggers yang sanggup promotekan Cala Qisya and Calaman and of course our beloved Cala Queens!!!! (we address our customers as Cala Queens) thank you so much for you endless support!!!
Mari tengok video time opening haritu :)
Tq Tia from CST for this video :)
Do visit us at 17 b, jalan plumbum p7/p pusat komersial
seksyen 7 shah alam
shop lots behind jakel, same row with bata and senheng dekat dengan papa rich
tingkat 2 yaw, jangan datang pakai high heels please hihi
next update mesti ada gambar penuh dalam butik heee:)
14 comments:
akhirnya, dekat dgn my campus, sukanyaaa boleh visit ^_^
wow..tahniah..atas segla usaha..akhirnya kejayaan menjelma...:) sy doakan yang terbaik untuk kamu..:) Nice sharing tentangg fesyen muslimah tu.. idea kreatif yg menutup aurat..tahniah..:)
DeeDee PetiSuara and Bhai HentakBelipat...
Tahniah sebab dah berjaya dalam sebahagian dari impian... Tahniah skali lagie....
Moga Allah merahmati dan memurahkan rezeki lu orang berdua....
InsyaAllah ... lain kali ader masa gua singgah kedai...
nti bukak sem baru nk ajak kekawan g butik qala qisya la..hehe..
salam.. ini sama area dengan ayam penyet wong solo tu ke?
Salam~
saya rasa awk kena tukar gambar header awk sama cm yg awk post sekarang.sy suka dgn ur dress code n hope to become better like u too.thanks(;
congrats on cala qisha boutique opening. dah datang singgah kedai last week. bersama adik beradik yg rmai and anak yg dikidnap oleh staff cala qisha untuk photoshoot. :)
thanks for the muslimah fashion reminder. we can always be fashionable without revealing our aurat. :D
congrat cala qisya and cala man!
moga success selalu =D
ingtkan aritu mcm nampak cala qisya kat easy rhb kat area padang jawa
dah pindah eh
thanks for the advice
Congrats yeah~ May your business prosper.
Love you guys. My inspiration utk left skinny jeans~ Sudah perlahan2 tinggalkan sejak 1 bln lepas, now not wearing them anymore.
kat jb xde? huhu
wow. congrats (:
congrats to calaqisya & calaman! you guys have come a long way, i believe:)
i second what you just said! also,there's nothing wrong with being fashionable, as long as we observe our aurah:)
anyone can be considered fashionable, but not many can truly be considered a true fashionable muslimah. ramai je yg 'fashionable' tapi tak tutup dada, pakai baju membalut badan, nampak leher dll. i wouldn't consider that as being a fashionable 'muslimah' where's the challenge in that if we dress exactly like the kufar except with a scarf on? reminder for myself too:)
Ramadhan Mubarak & May Allah protect us from the evil eye. Ameen:)
Alhamdulillah..
Very inspired and amazed after reading this post. Yup, banyak butik muslimah nowadays yang tidak betul2 membawa jenama "muslimah" itu. Model pakai tudung tapi tak sepenuhnya cover aurat / pakaian kadang2 agak ketat.. jadi kurang manis kalau tengok. :(
sekadar peringatan, utk calaMan sendiri, since kaki juga aurat, so coverlah kaki model juga bila pos gambar kasut2 Calaman.
me wish you all the best in the business. InsyaAllah, murah rezeki dan lebih berkat sbb galakkan more and more muslimah to protect our aurat. :)
-wny
Post a Comment