Thursday, June 10, 2010

Transnasional = Fakap


 Chimbeng besar......

Kau memang nak aku gune kate kate kesat bukan....

Bukan lewat 30 minit pun, 2 minit bro....2 minit...

Tak kesah la kalau aku salah ke kau salah ke...

Tetap kau Bus 3rd

Bikin hari aku batal!

Semoga lingkup lah kau hendaknya.....

Cheers!




cokelat murah?cokelat mahal?Haniffa?

oh oh oh..mari sini please..nak bagitau semua orang kampung ni, mari pegi satu kedai cokelat yang sungguh best in town yaw!

mula-mula tengok kedai ni..heh!takbest pun..macam Mydin je..mesti serabut kan dalam tu lepas tu penuh bangla-bangla yang bau ketiak 1km boleh bau woo!lepas tuh,akan pasang semua lagu hindustan kuch-kuch semua..terus batal taknak masuk Haniffa ni..tapi...

bak kate omputih,dont judge a book by its cover kan..cuba masuk sekalai tengok macam mana kat dalam..dahlah bila orang keluar dari supermarket hebat ni,diorang bawak cokelat ya rabbi!banyaknya..siap berkotak-kotak..eh!ni bukan langkawi lah cokelat murah!

hmm..i wonder supermarket besar ni ada apa kat dalam eh?

masuk-masuk je kedai ni ada lagu Justin Bieber lah!!wow!!maju dari Mydin..
first floor dia je kan..korang akan nampak satu row full of cokelats!!!bagi peminat-peminat cokelats...jom try beli cokelats dekat sini..sebab ada yang jauh lebih murah dari kedai biasa..but ada jugak yang harga dia sama kot?

ok ni baru satu row tau..baru SATU

lepas tu nampak pulak cekelat macam ni..mesti oh!teruja nya kan..kalau chocolate orang akan panggil cokelat dalam bahasa melayu..kalau candy,orang perak akan panggil cekelat..comel je..macam cokelat yang kelat..cekelat!


Lepas tu,nampak pulak cokelat mahal ni..tapi serius weh!cokelat ni memang sedap sebab dia ada rasa biskut-biskut sikit tapi I tak pernah beli pakai duit sendiri lah..sebab besar ni dah dekat rm10 kan..baik pegi beli nasi goreng..jadi cokelat seperti ini,harus pegi beli dengan ibu bapa..oleh itu,saya di JB tak makan cokelat ini

snickers pulak memang all time feveret..dari kecik,memang ini makan tiap hari..oleh itu,bila besar jadi gedebap!rm2.80 di sini

lepas tu jalan lagi nampak corner yang sungguh colourful macam ni..I yang bukan fan of cokelat dan cekelat pun akan bernafsu tengok ni weh

hai awak!banyaknye awak ni duduk longgok-longgok kat sini..takda orang nak amik awak lagi ke?siannya awak-awak ni..saya memang tak suka kitkat,,so selamat tinggal..

hmm..ni pun saya tak suka,jadi saya bagi awak kat Mis jelah..dia memang hantu M&Ms ni..

tengok ni,,dahlah besar lepas tu harga dia rm5.90..double wow kan!lepas tuh,dapat pulak percuma satu lagi cokelat..double yeay pulak!

kalau crunchie lawan dengan snickers,mestilah crunchie menang!sebab crunchie ada biskut sedap kat dalam dia..yang keras tu tak sedap tapi yang lembut tu BEEESSSTT!!ini harge dia rm3.00

jadi,masuk je kedai ni terus grab trolly tepi pintu masuk dan get ready!!!serang!!!come to mama my cokelat and cekelat!!!

ok I missed out one important information about Haniffa kan..its located in Jalan Masjid Inida...dekat dengan SEMUA HOUSE..korang boleh nampak dengan senang sebab gedabak habis supermarket ni..sambil beli tudung,harus beli cokelat dan cekelat juga nak bagi energy kan..
tengah bayar cokelats dan cekelats,tiba-tiba dengar lagu Hindustan..ok Batal..jom balik..






Wednesday, June 9, 2010

Sekolah Asrama Itu Seram: Bab 5 - Bau Aneh

Tak beberapa hari yang sudah.....

Bigong: "Kau takde tempat lain ke nak sigop, Loki... stor ni banyak habuk kotoran la!"
Loki: "Tenang suda..takkan aku nk sigop dalam tandas...sekarang warden makin licik tahu."
Bigong: "Janji mesti dikotakan..minggu ini aku tahu Big Mac dalam genggaman aku"
Loki: "Tak de hal...weh, kau ade tisu...hidung aku banjir"
Bigong: "Baju kau banyak ruang kan....tu tepi meja macam ada sapu tangan...rogol je"

Sedang Bigong asyek menghabiskan Dunhill merah tadi, dia ternampak kelibat tubuh sedang melihat mereka dari cermin stor itu. Lantas ditolak Loki yang asyek mengorek hidung tadi untuk lari. Pintu stor yang sengaja dibuka kecil bagi memudahkan diri untuk melolos keluar diaplikasi pantas.

" Bidong!!slide laju!!" pekik Loki sambil terus membuat satu slide kencang dari tempat dia lepak tadi. Jarak ada 200 m dari pintu...Zappp!!! Loki lepas keluar.......Zappp...Bang!!!!! Bigong tersekat. Loki terlupa saiz Bigong 2 kali dari dia. Bukaan kecil pintu tadi hanya muat-muat dirinya sahaja. Loki terus slide tanpa henti akibat dia terkejut dan terlebih guna tenaga. Bukkk!!!....Loki pula tersembam tepat pada dinding koridor.

Sunyi........

****

Malam itu Loki cergas mencari sapu tangan warna putih. Habis digeladah loker nya dan juga loker jiran-jiran. "Jumpa!!". Loki tersenyum lega. Tapi senyum itu segera hilang bila hidungnya menangkap bau yang aneh lagi tak wangi langsung. Besar hidung loki mencari arah bau itu. Tiba-tiba dia terpaku. Matanya mula membesar bila bau itu betul-betul datang dari sapu tangan putih.... Bau kematian.

Bau kapur barus segera memenuhi ruang bilik Loki. Ada juga 2-3 budak perasan bau itu lalu tercari-cari. loki yang gabra berlari ke bilik air. Sental demi sentalan pada tangan tidak mendatangkan hasil. Bau kapur barus masih melekat. Dijajanya sapu tangan putih dan tangannya yang penuh bau itu diserata blok asrama lelaki. Ini untuk memastikan betulkah bau tersebut datang dari sapu tangan itu. Rata-rata budak bersetuju dan bertindak menghalau Loki akibat takut.

Imam Storam sedang bertapa diatas bumbung terganggu dengan bau tersebut. Lantas dia segera meloncat dan berlegar-legar dalam 2-3 minit di udara..."Loki!....ikut aku pulangkan sapu tangan itu sekarang!" arah Imam Storam dengan garau saling tak tumpah macam suara iklan arak dalam wayang. Loki angguk setuju dan mengikut sahaja Imam Storam dari tanah menuju stor. Dalam hatinya berdoa agak segalanya berakhir.

Tepat pukul 12.00 malam.....

Loki masih belum tidur. Resah nampak dirinya. Dari tadi termenung di tingkap yang lohong. Tingkap tersebut adalah check-point untuk skodeng pelajar perempuan yang bloknya betul-betul dihadapan. Budak-budak lain sedang lena dengan tenteram, kecuali Darby. Dia memang jenis burung hantu.

"Tidurla Loki...kau tak habis-habis intai dekat cermin tu. Bukan nampak apa-apa pun. Teropong aku dah rosak, nanti sabtu aku nak beli baru...barulah jelas pemandangan." Tegur Darby lembut.

Gedegang!!!!

Belum sempat apa-apa, kelibat loker terpelanting keluar dari bilik mereka berdua. Darby sungguh terkejut sambil menggigit meja. Rupa-rupanya Loki telah merembat dengan tonjol loker itu. Darby kaget sekejap. "Oii!!kau apasal ni..naik minyak ke." Darby acuh tak acuh dengan tindakan Loki.

Mata Loki liar memandang kiri dan kanan. Dengusannya kencang. Bahunya naik turun macam baru gaduh dengan awek. Darby terus berlari dan memeluk Loki untuk mengawal keadaan..tapi Darby silap. Sekali detik Loki melepaskan diri dan terus pula memeluk Darby dari belakang. Bukkk! lagi....German Suplex yang kemas dilakukan oleh Loki keatas Darby. Terpacak kepala Darby tegak menembusi 7 lapisan simen. Darah merah mengalir deras...

Sekejap sahaja riuh satu asrama. Meriah malam buta itu dengan orang menjerit LOKI KENA RASUK!!!



Tuesday, June 8, 2010

'Resident Evil 4: Afterlife -Trailer (Gila Ba!)

Kalau dengan Petisuara comperm nak tengok wayang jadi satu masalah utama. Aku dengan genre cerita-cerita yang ada darah, bomm! boom!, potong sana dan potong sini. Manakala Petisuara pula kearah genre gadis-gadis kota bershopping, kawen sana kawen sini, cinta sana dan cinta sini.

Ada lah boleh kira dengan jari jenis wayang gambar kami yang sebulu....kalau aku ajak tengok cerita Iron Man II contohnya, ayat yang keluar adalah berupa "asyek asyekkkk tengok cite u je!". Bila dia ajak tengok cerita, sebagai contoh Definitely, Maybe..aku akan berbunyi "urghhhh"

Tapi aku terperasan satu cerita yang aku rasa akan keluar hujung tahun ini, tak pun tahun depan kot. Memang pegi! Ini kalau Petisuara buat hal tak nk ikut, aku tibai tengok sorang-sorang. Kau pernah? Macam style beli bertih jagung saiz besar, air mineral dan sedikit kacang kuda...lepak agak-agak tengah wayang, silang kaki dan tonton. Macam hebat!

Ini trailer wayang yang aku sangat inn. Dari Episod satu aku ikut. Game dia pun aku bantai main sampai game over.



Sekarang semua nak buat 3D...lepas ni aku nak jogging pun pakai spek 3D, mana tau boleh lari lagi laju..

Perangai Pelik:Bab 6


dari kecil,mama dan ayah selalu pesan,jumpa orang senyum,jangan sekali pun buat muka masam..jumpa orang tua,tegur,jangan buat-buat malas nak layan,malas nak borak..bertegur sapalah sesama insan..jangan sesekali pun sombong dengan orang,nanti orang tak suka..

tapi,kadang-kadang I dah semangat nak senyum kat orang tu,sekali orang tu buat muka bodoh je..senyum pun kelat aje..kadang-kadang kat UTM,tengah jalan,jumpa orang yang kita kenal,dah ready nak senyum,bila dah dekat nak bertembung dengan orang tu,dia boleh larikan mata dia ke arah lain..hey!apa salahnya awak senyum je..murah rezeki tau bila senyum

kadang-kadang jugak,bila masuk kedai yang mahal-mahal dekat shopping mall,salesgirl tu akan buat muka masam,lepas tu bila kita sentuh baju,dia terus lipat balik..lepas tu buat muka macam..Hey!kau tak mampu nak beli baju ni..keluar dari kedai bukan milik aku ni!haih..kalau jumpa salesgirl macam tu,rasa nak rendam dia dalam clorox,biar hati dia suci bersih sikit..bukan kedai kau pun nak berlagak sombong

jadi,bagi kami anak-anak untuk menjadi peramah dan tidak sombong,mestilah mama dan ayah yang praktikkan dulu..baru anak akan ikut kan..ayah memang over peramah..

pekerja sushi king:irasshai!(welcome dalam bahasa jepun)
mama:(senyum dan angguk)
pekerja sushi king:irrasahai!
petisuara:(senyum dan angguk)
pekerja sushi king:irrashai!
Mis:(senyum dan angguk)
pekerja sushi king:irrashai!
ayah:irrashai..irrasahai..lain kali cakap la assalamualaikum dik
pekerja sushi king:...........................

semalam pulak,I dengan Mis teman ayah pergi Celcom,nak terminate dua berukband Celcom yang sungguh lembap itu..SUNGGUH LEMBAP ye!lebih sejam kot nak terminate aje..kalau kat JB,tak sampai 15 minit dah settle..perkara lembap dan lambat sebegini,memang boleh buat perkara BATAL!


sabar menunggu giliran yang tak tiba-tiba

jadi,bila dah settle,I dengan Mis memang dah tak sabar nak pegi lunch..tengah jalan,tiba-tiba ayah stop dekat satu mamat marine ni...


mamat marine semalam tu melayu dan lebih handsome dari ini

kitorang dah cuak,apalah ayah nak buat kat mamat marine tu..tiba-tiba dia bercakap dengan orang tu..kitorang lagilah..adoi!mesti dia nak tegur apa kan..kitorang dah dekat luar pintu,jadi tak boleh nak dengar apa yang ditegur oleh ayah..sesudah selesai....

petisuara:apa ayah cakap dengan orang tu?
ayah:i was so curious..how he can wear such a white uniform like that..
petisuara dan Mis:AYAH!gila sengal!perlu ke nak tanya benda macam tu
ayah:of course lah!he's baju is so white
petisuara:then,dia cakap apa?
ayah:he got 5 uniform,so tukar hari-hari..and dia basuh guna Vanish..

ok lepas ni semua pegi beli vanish ya..jangan guna clorox......




Monday, June 7, 2010

Sekolah Asrama Itu Seram: Bab 4 - Rahsia Loki

Loki terbaring dekat bilik sakit asrama lelaki lagi. Kipas syiling yang bunyi krekk krekk buat Loki rimas. Malas rasanya dia nak buka mata. Bukan senang waktu ini nak baring-baring santai. Krekk krekk kipas menyebabkan Loki terpaksa buka mata. Meliar matanya melihat sekeliling. Meremang sikit bulu roma Loki. Tiba-tiba dia teringat imbasan yang susah nak masuk akal tadi.

Sipil tiba-tiba muncul depan pintu bilik sakit. Terkejut Loki dibuatnya. Dicubanya bangun tapi kepala terasa berat. Loki menggapai-gapai tangan beri isyarat ingin pertolongan Sipil. Sipil macam tak hirau. Dicapainya laju tin biskut sebelah katil Loki. Sekali genggaman, 5-6 keping biskut dikepal kemas.


"Cimbeng....bukan nak tolong aku, makan biskut lebih kau utamakan" Marah Loki.

"Ini rare tahu...biskut mentega tengah-tengah ada cokelat susah nak dapat" Balas Sipil sambil satu-satu biskut ditelannya tanpa kunyah. Dasar haloba.


"Kau ada nampak kelibat bigong?? bawak aku jumpa dia, aku nak bincang kencang dengan dia." Aju Loki seraya bangun dengan membuat satu lipatan gunting iras gaya Jet Li.

Berlalu mereka berdua dari bilik sakit lelaki. Budak-budak baru sahaja selesai makan di dewan makan. Ada yang sibuk membasuh baju, ada yang mengutip sampah, ada yang menonton drama bersiri telenovela Belinda di bilik tonton. Mereka mencari-cari Bigong sekitar asrama lelaki. Bukan susah sangat nak cari Bigong...selalu kawasan ada bau-bau makanan pasti ada kelibat dia.


"Waktu begini budak-budak dah balik dari lunch, barangkali dia sedang nyenyak atas katil?" Teka Sipil yang tak habis-habis dengan biskut rare-nya.


Bayang Bigong atas katil tak nampak. Bau tungkik katil Bigong buat Loki dan Sipil mabuk laut. Masakan tidak, habis penuh tompok dah cadar dia dengan airliur basi. Peta Johor pun kalah.


"Mokmeng! ada kau nampak Bigong di mana-mana?"Tanya Loki pada Mokmeng. Walaupun Mokmeng ada di kiri, Loki pandang arah lawan. Side effect tungkik Bigong terlalu pegi.

"Peh..baru sudah dia lutut pinggang aku dekt bilik gosok, gara-gara aku mintak sesuap megi goreng dia. Kemut!!!" Mokmeng berlari merajuk sambil mengesat air mata. Geleng kepala Loki dan Sipil. Lantas mereka berdua berlari dan buat terjunan bebas dari tingkat 2. Pappp!!! satu pendaratan yang kemas berjaya dilakukan. Terlopong 2-3 budak tengah sibuk kutip sampah.




subjek LK aku jahanam

Nampak dari jauh Bigong tekun mengadap tin biskut jacob. Sambil-sambil tanganya mencapai megi goreng dalam tin jacob. Ini mesti kes tibai megi budak tingkatan 4 sampai 4 bungkus. Sifat wild Bigong terserlah ketika makan. Motto nya 'makanan boleh buat bertumbuk' sudah digeruni, inikan cuba-cuba mentibai sikit makanan dia.


"Bigong!..ooi bigong!!, aku nak bincang!. Aku rasa tragedi tempoh hari bagi impact pelik pada aku, kau juga aku rasa terima tempiasnya. Lekas kita susun langkah!" Teriak Loki


Sikitpun Bigong tak menoleh, malah kali ini digunakan kedua-dua belah tangan untuk mencedok megi dari tin. Tanda marah diganggu. Loki mula hilang sabar, dilaungnya berulang kali nama Bigong. Sipil disebelah backing Loki kot-kot Bigong bertindah liar. Loki menampar-nampar lantai simen sambil menjerit Bigong pusat dalam oi! Bigong pusat dalam! dalam irama zapin. Gaya provokasi.


"Kau pulangkan saja barang yang kau ambil kelmarin...itu bukan milik kau..." Celah Bigong simple. Terkedu Loki dengan ayat itu. Sipil terkebil-kebil compius. Loki menampakkan muka cemas. Digenggamnya buku ruas rapat-rapat. Perlahan dia undurkan diri sambil mengigati sapu tangan yang diambilnya dalam stor lama tempoh hari.

"Pulangkan Loki!! pulangkan!!..." Tempik Bigong. Kali ini Loki terus berlari dengan membawa rahsia yang hanya dia sahaja yang tahu....


Sunday, June 6, 2010

Lady Gaga - Bad Romance (Acapella Cover)

Tengahari tadi Petisuara balik Key El. Jenuh dia minta cuti seminggu, dapat juga. Petisuara memang pandai bab-bab kenyit mata ni. Pujuk rayu sikit Dr aku pun cair. Kalau aku nak mintak memang tak betul. Mata lebam muka bengis siapa yang nak bagi kasihan. Tak kesah lah...kira aku jadi mamat single untuk satu minggu...bukan senang nak dapat peluang macam ni.

Petang tadi terus aku sarung kasut pergi jogging. Sebelum jogging dah pekena winston silver. Jadah apa. Orang kata kalau isap rokok tapi jogging dia boleh neutral balik. Sambil jogging nampak geng-geng badan besar jogging sama. Kuat betul peluh kau. Nasib aku pandai elak-elak. Merecik!





Kau layan la lagu ini dulu...aku nak buat cerita seram macam tak dapat seram dia lagi..besok mungkin??...

Dengar cerita Lady gaga dah jadi black metal...Tak style langsung black metal pakai singkat-singkat nampak peha, dada bagai.