Thursday, May 27, 2010

Sekolah Asrama Itu Seram: Bab 1- meremang bulu lengan

Gamba sekadar tampalan

Pagi tu lain sikit feel dia. Bigong bangun awal. Tak macam hari sabtu yang lain-lian. Ikut kebiasaan habitat Bigong, hari Sabtulah hari untuk dia berhibernasi..kalau bayi tidur 12 jam, Bigong tak nak kalah.Dia kalau boleh pagi senin baru tepacak tepi katil. Kadang-kadang sahabat lain dah naik gerun, siap ada yang dah pasang air sembahyang nak baca surah Yaseen..kot-kot memang Bigong tak bangun langsung. Jadi pagi itu lain sikit feel dia. Bigong bangun awal....

Pijat selaku jiran sebelah katil Bigong terkincit-kincit lari anak ke arah bilik Budiman 3, membawa khabar aneh tentang prilaku Bigong. Walaupun dia tahu wap nafas yang keluar dari mulutnya cukup pegi tengiknya, dia tak hirau sangat. Dia lagi hirau dengan kelakuan Bigong. Kawan-kawan lain harus diberitahu. "Woiii..bigong bangun awal!!". Lepas jerit di Budiman 3 Pijat jerit di Budiman 2, lepas Budiman 2 ke budiman 1. Gegak gempitalah sudah satu asrama budak lelaki Sekolah Asrama Penuh Tepian Paya Bakau pagi Sabtu itu dengan berita Bigong bangun awal.



Sikhen bukan tak dengar jerit pekik Pijat. Tapi Sikhen lebih sayangkan mimpi dia dapat awek iras-iras Maya Karin. Berkerut dahi Sikhen cuba concentrate balik jalan cerita mimpinya. "Chilakew betul..baru nak start scene kucup-kucup". Amarah Sikhen dalam hati. Tapi bangun juga Sikhen. Pelan-pelan dia kesot-kesot ke pintu. Sikhen buka mata sikit-sikit. Silau lampu koridor buat Sikhen buka mata sebelah. Tahi mata ada dalam 2 lapis Sikhen tenyeh laju. Dijelingnya jam dinding gamba mikey tiup belon.

"Gila apa nih..baru pukul 5 pagi..hilang akal betul Bigong Celah mana dewan makan nak bukak time macam gini..kot iya pun lapa." Bentak Sikhen merajuk.

"Ini dikira luar tabii..aku baru lepas Sigop, aku nampak Bigong capai kepiah..sapa aku pun tidak..baru ingat nak hulo sepam" Sampuk Siba tiba-tiba

Kembang kuncup hidung Sikhen menangkap aroma Marlboro kaler merah dari badan Siba. Bau rokok kalau campur dengan embun memang pegi dia punya taste. Sebab itu Siba lebih selesa memilih waktu pagi buta kalau nak pekena sepam dua. Line pun lebih clear. Waktu begini comperm Ustaz Teminator erat memeluk bantal panjang. Jarang-jarang dia buat rondaan dengan EX5 exzos boco pukul 5 pagi.

Sikhen angkat bahu tanda hairan. Siba angkat bahu 2 kali tanda lebih hairan. Sikhen pandang Siba tajam. Siba segan.

"Mulut kau bau longkang" Tegur Sikhen ikhlas. Siba cuba hembus nafas dekat tapak tangan. berkabus cermin mata Siba. Siba angguk setuju.

"Bigong!! kau nak kemane woii" laung 2,3 budak-budak yang dari tadi leka bersigop dekat depan tandas. Tidak ditolehnya Bigong. Satu-satu langkah bigong disusun kemas. Terhenjut-henjut dia. Sebelah kiri kaki bigong pakai selipar jepun dan sebelah lagi kasut sukan menyebabkan atur langkah Bigong kurang kemas.

Sikhen yang semakin besar biji mata laju meninjau dari tingakt 2 asrama. Nampak kelibat Bigong semakin hilang dari pandangan. Perasaan ingin tahu memang kuat. Ditariknya Siba yang baru nak setting katil untuk tidur. Berlari kedua-dua sahabat itu menuruni tangga. Siba mendahului. Sikhen pengkar sikit. Sampai dekat groundfloor Siba dan Sikhen nampak kelibat Bigong dah jauh. Tapi arah tuju Bigong nampak macam nak pergi surau..

"Aku rasa tak sedap hatilah Sikhen..benda macam ini belum pernah jadi lagi. Sejak bila pulak Bigong rgheti pegi surau awal..jadi orang 1st pulak" luah Siba. Nampak benar risau Siba dengan raut wajah begitu.



Selang 2-3 minit sayup-sayup kedengaran bunyi azan Suboh. Bunyik katak puru sedang mengawan terus hilang. Cengkerik pun tahu hormat waktu azan. Sayu betul pagi tu. Bigong azan penuh kusyuk. Ikut betul Bigong dengan harkat-harkat azan yang diajar Ustaz Amerr minggu lepas. Sejuk balik hati Siba dan Sikhen. Jauh dalam hati timbul niat insaf..

"Woi..gila apa nih?" sapa Crow selaku tukang azan tetap sekolah tersebut. "mane masuk waktu lagi!!ade lagi 30 minit nak masuk Suboh..sape yang rajin pegi azan tak pasal-pasal ni"

Siba dan Sikhen pandang sama lain lagi. Kali ini Crow pun pandang sama-sama jugak. Siba, Sikhendan Crow angkat bahu 2 kali...

Pelajar lelaki yang jenis turut perintah siap-siap nak ke surau. walaupun azan Suboh lari sikit time dia, dah memang waktu untuk ke surau pun. Budak-budak jenis kepala batu belum boleh nak bangun. Satu-satu pelajar muka baik menuju surau. Sikhen dan Siba turutkan saja niat ke surau. tapi jauh di hati Sikhen..hari ini lain sikit feel dia. Macam ada sesuatu yang bakal menimpa Sekolah Asrama Penuh Ditepian Paya Bakau selepas ini.






Wednesday, May 26, 2010

Perangai Pelik:Bab 5

Kat facebook dah ada persatuan salah cakap..patutnya hentak belipat ni kena jadi ajk tertinggi..dia punya salah cakap memang PEGI habis..kadang-kadang dia pun tak tahu apa yang dia cakap tu..sebab level konfident dia melampau sangat! melambung tinggi..

hentak belipat dari dulu lagi memang cukup terkenal dengan konfident level yang tinggi..setakat ni takda sape boleh lawan..mulut dia petah bercakap..dalam 10 perkataan yang diucapkan,belum tentu satu perkataan pun yang disebutnya betul..memang semua salah,,semua main hentam je dia cakap asal rasa sedap bunyi dia..

senang bagi contoh kat sini..

HB:i rasa silly myrus ni takda lah lawa sangat kan..
PS:siapa silly myrus?
HB:alah,takkan la u xtau..tipu sangat lah tu
PS:siapa u cakap ni?kawan u ke?
HB:isyh!artis tu lah..penipu gila tak tau sape silly myrus
PS:tu milly cyrus..@#!$#@!!!!!

lagi satu,bab-bab nama orang, kasi kat HB.. tengok jauh mana dia boleh ingat nama orang tu..memang fail..dahlah tak ingat nama orang,dia boleh selumber bagi nama baru kat orang yang dia baru kenal..sebagai contoh,semua kawan-kawan akan panggil CARLS SAMSUDIN ni kalep..tapi HB sorang jelah yang panggil dia Kaled..En Carls memang cukup rimas dengan nama panggilan Kaled ni..alasan HB,Kaled lagi senang nak sebut berbanding Kalep..sebab nak sebut Kalep kena tutup mulut..

Salah cakap si HB ni tak berhenti setakat di situ..dari dulu HB pasang niat nak beli satu kasut yang memang femes di kalangan rockstar-rockstar..bila ditanya apa kasut tu,,dengan pantas dia jawab..MAHBET!!sebab dah biasa dengan salah cakap dia,terus kitorang reply,Macbeth la ngos!seperti biasa,alasan dia..Mahbet lagi senang sebut..sampai sekarang MAHBET adalah kasut kesayangan HB..

Konfiden level yang tinggi ni amatlah senang dilihat ketika HB sedang memandu..walaupun tiap hari lalu jalan yang sama,tak pernah nak diingatnya..mesti ada co-pilot duduk sebelah bagi direction..kadang-kadang kitorang malas nak layan..biar je tengok jauh mana dia boleh sesat..kalau jalan kena masuk simpang kanan,dia akan pusing kiri,kalau jalan tu terus lagi,dengan selumber dia belok kiri..memang boleh BATAL!dahlah tak tau jalan,pastuh taknak tanya orang,pastuh konfident gila nak main belok sana belok sini..kalau dia yang drive memang kena jerit je dengan orang belakang dan kiri..orang yang sabar je boleh layan HB ni..nasib baik jalan UTM hafal

kalau korang rasa nak tanya apa-apa soalan bolehlah ajukan pada HB ni..semua akan dijawab dengan penuh rasa tanggungjawab dan penuh tatasusila..tapi satu pun tak mungkin betul..tapi sebab dia jawab denagn penuh konfiden,memang percaya habis..

senang cerita,korang tengok jelah apa dia tulis kat muka buku dia ni..cukup konfident

tak tahulah nak cakap apa





Friday, May 21, 2010

Jangan Lupa Beli Baju Kurung Cotton Tau


Kalau dulu kecik-kecik,mesti baju raya pakai kurung cotton..sebab kain jenis tu paling susah nak komot,paling senang nak bawak pegi main sebab kain dia sejuk..

bila dah besar dah reti demand nak kain chiffon lah, sutera cina lah, sutera thai lah, tak nampak dah cotton ni..memang podah la kau cotton..tapi,bila ramai yang dah pakai cotton sejak 2 tahun lepas,kain cotton makin banyak dijual kat kedai..in fact,corak-corak dia pun tak macam dulu lagi..dah maju habis..memang superb!

tahun ni pulak dah sah cotton sangat 'IN' untuk fesyen raya..Kalau tak pecaya,boleh pegi Jalan TAR sekarang..semua kedai berlumba-lumba dok jual kain cotton..cotton sekarang ni pun dah banyak jenis,cotton cina lah,cotton korea lah..

kalau korang nak pilihan yang paling best,pegi Jakel..kalau kat Jalan TAR tu..cotton dia tingkat 2 kot..memang FUHH semua kain dia cantik ya rabbi..kadang-kadang tengok macam Eh!yeke ni cotton,tak macam cotton pun..sekali tengok terus WOW!ok saya nak ni,itu,semua lah..memang penangan cotton sungguh sahsyat..

tapi tak semua suka cotton..hak memasing lah kan..tapi kalau remaja memang cotton ni faveret lah..sebab satu kain dia sangat sejuk..memang selesa..tapi jangan la beli cotton yang murah..yang semeter rm3.50..tu konpem rasa macam pakai kain kapan..pastuh bila pakai nanti kain dia keras macam kejur badan korang pastu jalan pun pelik ..kat Jakel banyak je yang semeter rm35 ke atas..memang takkan nyesal kalau beli cotton ni,dahlah tak payah iron..pastuh lagi banyak kali basuh lagi jadi lembut..tapi jangan lupa pakai softlan!

ada orang tak suka cotton sebab tak boleh nak vogue,tak boleh nak letak labuci,manik segala..mama cakap kalau cotton better biar kosong baru nampak the originality of cotton tu..simple and sweet..just nice bila pakai..but if nak letak still boleh,cari cotton yang sangat simple corak dia

bagi student-student pulak sangat lah sesuai untuk pegi ke kelas..tapi yang untuk ke kelas haruslah pakai cotton yang simple je..kalau nak raya boleh pakai meriah-meriah ok..jadi sebelum terlambat pegilah dapatkan cotton sekarang jugak sebab sekarang ni Jakel memang tengah sale gila la weh!pegilah weekend ke weekdays ke orang kerumun habis..sorang pegang lebih dua plastik bag..over eh korang ni..



ni feveret cotton saya yang sangat simple untuk pegi lab..kalau bangun pagi lambat terus amik baju ni pakai..sangat jimat masa..tengok,boleh bawak ke pantai jugak..tak panas pun





Thursday, May 20, 2010

Perangai Pelik Bab: 4


Aku masa sekolah rendah bukan jenis ambil perhatian sangat dengan isu-isu yang diputarkan oleh cikgu kelas aku, Puan Banu. Aku jenis lebih kesah pada berapa biji pemadam gambar bendera aku member aku dah titik. Jarang sangat aku menang dalam pertandingan lawan pemadam. Member aku lebih suka guna pemadam jenis gosok keluar daki yang senang lekat..grip dia lain sikit peginya. Aku ambil mudah beli pemadam RM 0.10 seplastik buat 'spepart'. Masa tu jenis 'game' laga pen dah tak 'inn'.

Tapi bila Puan Banu keluarkan usul tentang sifat-sifat terpuji masyarakat wawasan 2020,.. aku ter ambil 'port' pula. Aku ingat lagi dia cakap.... sifat paling sempoi tapi liat gila nak 'apply' adalah sifat 'staright edge'. Sifat 'straight edge' ini langsung tak ada sangkut paut dengan dengan geng geng yang ada 'X' dekat hujung dan pangkal nama...sifat ni lebih kepada cakap depan atau terus terang. Tapi kau jangan layan sangat dengan sifat cakap depan depan ni secara mendalam. Sebab nanti kau bukan jadi seorang yang berwawasan...kau jadi bendul.

Sekarang aku rasa sifat cakap depan-depan ni kena 'pandai main'. Zaman sekarang kau lebih banyak kena jaga hati jiran-jiran tetangga. Sebab bila kau suka sangat cakap depan-depan dengan rakan depan kau.... nanti rakan depan kau akan pandang kau atas bawah dan terus cakap blakang-blakang keatas kau secara caci nista. Satu lagi...dengan kawan, aku rasa boleh dapat 'tune' lagi dengan sifat ini. Tapi bila dengan awek comperm korang hilang kawalan. Kau jangan tipu aku la.....sebagai 'example', bila kau dah makan kenyang gila ba lepas itu gadis kau kata lapar..kau pun buat buat lapar lalu makan lagi sampai muka biru. Jarang kau cakap kau dah kenyang sebab nanti satu kerja pula kau nak pergi buat rayuan pada gadis kau.


Simple saja benda ini. Semua orang ada situasi dia. Aku dari mula cuba cari tune Petisuara punya sifat cakap depan-depan. Memang betul gaya cakap terus terang dia sangat terpuji. Kalah aku. Aku lebih suka tunggu dan lihat dulu baru boleh cakap. Tapi dia terus 'apply' bila-bila masa saja. Kalau masa aku ambil dia waktu pagi, lepas itu dia nampak aku buruk muka berjelaga macam bangla pam attandent...dia akan jujur bagi cadangan..."buruk!!!muke berjelaga macam bangla pam attandent!"..senang kan nak 'apply'. Jadi besok punya pagi aku kena la cari jalan supaya tidak menjadi bangla lagi....Masalah bila timbul kalau Petisuara sendiri tidak mengamalkan sifat cakap depan-depan...Ini yang akan menimbulkan sikit kacau bilau dalam kehidupan seharian. Banyak kali dah aku cuba 'adjust' tapi lain hari lain situasinya...cukup kurang ilmu aku nak 'handle'...


Peti: U.......u hari ini nak makan makan nasi goreng ke ayam penyet

Aku: baru jekan makan ayam penyet..

Peti: ok..makan nasi goreng

Aku: Tak kesah.kalau nak makan ayam penyet pun selamba.

Peti: Takmo lah..nak makan nasi goreng

Aku: Betul tak kesah..ayam penyet semalam dah hilang dalam perut..bukan boleh racun pun kalau makan ayam penyet lagi

Peti: Ok..ikut u...

Aku: U nak makan ayam penyet ke nasi goreng??

Peti: Tak tau..ikut u...

Aku: Tak..betul tak kesah nak makan apa..cepat la decide..kereta ni bukan boleh berlegar legar suka hati atas jalan..nak ayam penyet kena belok kanan ni...nak nasi goreng i straight..mana satu??

Peti: Tak tau...ikut u...

Aku: ok nasi goreng.....

...............

Peti: I rasa macam xnak makan pulak la.....

Aku: PULAKkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..........


Senang kan kalau ingin mesra.... Komperm kesudah masing masing makan maggi.........






Tuesday, May 18, 2010

Embun


Harini pasti bukan macam semalam. Aku memang tak mahu hari Selasa sama macam hari Isnin. Aku dapat bangun pagi..nasib bunyi telipon hasil ihsan orang dapat berbunyi. Memang neraka betul manusia yang rembat telipon aku...

Selesai buat apa yang wajib. Capai laju paket segera jenis 3 dalam 1 kopi cap coffemix..memang pegi hirup kopi panas panas. Aku cukup suka waktu pagi. Bukan senang nak dapat situasi pagi. Semalam dah batal..sebab kalau batal waktu pagi aku belum tentu waktu lain aku menjadi. Jadi kena hargai waktu pagi ini cukup cukup. En Carls masih menghargai waktu pagi dia di bawah lantai dengan ditemani selimut lembut..kadang kadang situasi macam itu pun lebih sedap..tapi harini aku nak mula macam ini. Hirup lagi kopi.

Bukan maksud aku hari Isnin tak style. Kapitalis barat terlalu menghebahkan dengan Monday Blues nya. Bukankah dalam pegangan kita Isnin perlu menjadi pemulaan...kalau bukan Isnin biar Selasa. Style apa bila bangun pagi buta. Semua benda kau boleh dapat, boleh buat. Aku dapat minum kopi, minum air kosong, masuk toilet dengan Pall Mall dekat tangan..termenung. Brader sebelah bilik pagi betul dia mandi. Tempias dia sampai dekat aku.Bukan tempias tapi lebih kepada simbahan. Habis padam Pall Mall aku. Nasib ini pagi. Kalau tengahari aku dapat mandi free mungkin perut kau aku buat cucuh bara Pall Mall...

Bukan semua benda kita boleh dapat bukan? Jadi biar aku 'dapat' pagi ini. Nanti nak jemput Petisuara dengan senyuman mesra. Baru dia pun senang..sekarang waktu waktu sindrom nak mengamuk dia berlangsung..kalau silap langkah memang kembang rambut dia..Jadi biar aku dan dia dapat sedikit apa yang mahu pada hari ni...







Monday, May 17, 2010

Malaria


Hari minggu sudah aku balik Seremban jumpa Bonda dan King. Geng Al aku nampak makin pandai dalam seni mempertahankan diri. Kalau dulu aku siku pinggang diorang dah lemas sesak nafas..kali ni dia sempat balas balik 2-3 lutut baru diorang rebah senak. Bonda dan King nampak sihat. Itu sudah bagus.. Aku dah buat cadangan dari 2 minggu lepas yakni ingin mengadakan sesi memanggang ayam sempena hari bonda lagaknya. Aku buat 'invitation' pada ahli ahli 'barbarian tanah' yang lain. Cuma sorang menyahut..Darby selaku perosak akhlak budak bawah umur.

Darby dengan aku kamcing habis dari sekolah menengah lagi. Kalau dia lari kelas, aku lari kelas. Kalau dia pecah masuk dewan, aku tolong angkat tembikai. Kalau dia makan meggi aku tolong perabih. Kamcing aku dengan dia membawa sampai ke rumah aku. Asal ada lapang rumah aku memang 'port' manusia ni bertandang. Kira kalau dia kena halau dengan mak dia tak perlu risau lah..Bonda dan King pun dah anggap dia macam anak sendiri. Kemana saja keluarga aku pergi ada saja Darby. Raya ada Darby, bukan raya pun ada Darby, pergi kenduri ada Darby, pergi mandi laut pun ada Darby. Lagi satu sebab dia suka datang umah aku kerana King memang suka jamu dia dengan jamuan jamuan dari kayangan. Lagi lagi kari. Itu wajib menu King. Memang tegak ke langit.

Hujung tahun lepas Darby buat satu kenyataan mengejut. Dia kata dia nak pencen dari menjadi 'Barbarian'. Dia nak kearah jantan indie possing ala2 Diva. Aku iyakan saja. Ahli-ahli barbarian yang lain mencemuh kejam dengan kenyataan dia. Dia kata demi wawasan dia...aku senyum saja. Tapi bila sejak 2-3 bulan aku lepak dengan dia aku dah mula takut dengan wawasan dia. Nampak memang kasar cara dia nak lari dari image barbarian. Punca mungkin sebab lagi senang dia nak cari mangsa., Kira pelaburan jangka masa panjang..



Sewaktu ketika dulu masa zaman barbarian masih segar. Waktu ini kalau kau suruh darby sergah kanak kanak bawah 12 tahun ada yang kencing malam selama 2 minggu. Ibarat kalau aku dan dia jalan beriringan dekat kompleks berkuak orang ketepi..punya aura bunuh yang kuat.


Hasil dia lepas 2-3 bulan

Aku cuba tanya dia mana tau dia kena malaria atau demam jenis merbahaya sampai begini sekali sedih perut dia hilang..dia jawab "aku mengamalkan sistem pemakanan yang cilake..secara purata aku memakan hanya paku pakis, kulit-kulit pokok dan kadang kadang penambah perisa aku buah jus buah berangan"....Gila Ba. Tak silap aku juga dia memang mengamalkan aktiviti sukan yang berpeluh. Contoh berlari keliling padang sampai sakit urat dahi dan futsal. Dia punya larian kalau orang tengok macam boleh buat kelayakan peringkat daerah. Hari hari paling busuk 8-10 pusingan.. Kalau dia rasa belum cukup peluh dia lebih gemar dirinya dikejar anjing gila sebarang 3-4 ekor. Tak silap aku lah..dia pun ada mengamalkan senaman ringan macam angkat baldi dalam bilik air, tekan tubi bertubi tubi dan membiarkan rakan rakan kuliah memijak perut dia bergilir gilir..Kesan nya..Nah!!memang memukau. Ramai berkata dia pakai gam uhu atau ganja class A. Tapi itu semua kata kata berbau hasad. Semangat dia yang berapi pun dah cukup boleh buat dia berpeluh, belum lagi perlaksanaan. Kagum sambil mulut terbuka.

Lagipun dia kata letih badan hebat macam dulu. Nak cari baju bukan main leceh. Aku memang paham perasaan dia ni. Dulu pun aku mengalami sindrom yang sama. Waktu itu kalau susah sangat nak cari baju aku langsung tak pakai baju. Biar berbirat belakang aku pun aku tak kesah. Geram punya pasal. Mana tidak..kedai baju yang 'cool' semua jual baju jenis badan orang afrika. Tak tahu kah yang penduduk malaysia mempunyai nafsu serakah makan yang merbahaya. Malaysia juga mempunyai pelbagai dan berbilang jenis makanan lazat mazat. Tak belajar tinggi betul tokey tokey ni. Bukan susah pun nak mencongak..kalau kau jual baju baju bersaiz badan malaria, mana nak ada orang beli sebab sudah tentu orang berbadan malaria nak beli makanan pun terkedu. Kalau kau jual baju bersaiz hebat macam aku dan darby dahulu..mesti punya ramai pembeli. Kalau burger McD pun boleh beli 2-3 set sorang ini kan pula baju yang 'cool'. Baru macam artist.



Aku dengar lepas ini dia kata nak 'up' sikit lagi. Dia kalau boleh sampai dia muat pakai baju bersaiz S atau baby T..lantak kau lah.Janji nanti kau dah jadi ala ala arti jangan lupa aku pula. Urat urat kau dah lama aku tak tinju laju laju. Bagi kau mengeliat pelik.








Wednesday, May 12, 2010

Hari ini hari Jururawat


Kalau aku jadi jururawat hari ini mesti aku dah beli kek yang ada tulis Selamat Hari Jururawat Untuk Aku lepas tu tiup lilin sorang sorang jerit warghhh!!!! Seronok kan sebab hari ini hari Jururawat.

Aku sampai sekarang sangat kurang geng dengan jururawat. Aku bukan diskriminasi atas pekerjaan diorang. Ini kerana aku mempunyai perasaan yang sangat cilake bila nampak jururawat. Lagi pegi perasaan itu kalau jururawat tu keluar dari klinik pergigian..perghhh..ini boleh buat batal!

Memang Bonda aku sendiri merupakan seorang engineer dalam membuat gigi palsu. Kau mintak saja gigi jenis apa kau nak..pejam mata saja dia bikin. Pernah masa aku lepak dalam lab bonda, pesakit ini mahu berterima kasih kepada beliau.."khak..hehimaa phsehh laa yeee...kheronok hapat ghighi ni.." sumbing telinga aku dengar jadah apa dia cakap..lepas tu mak aku steady bagitau.."mak silap balancing la gigi mkcik tu..habis senget mulut dia dah"...steady...Besok aku rasa baru makcik tu perasan mulut dia lari alingment.

Jadinya sejak kecil lagi mak aku dah bagi panduan cara cara memberus gigi dengan hebat..kejap berus cara ini dan cara itu. Walaupun aku ikut berus cara ini dan cara itu aku tetap memiliki gigi yang sangat chibeey. Badan gemuk dan gigi raksasa....Lalu sinonim bila rakan rakan panggil aku..Aboy gemuk gigi rongakkkkk ooooo aboy gemuk gigi rongakkkk!!!!..tak reti malu boleh sambut jawab yeee lari bergendut gendut tunjuk senyuman yang haram J.

Mak aku sangat angker bila kejadian gigi aku berlaku. Lantas laju dia setting dengan minah minah jururawat yang lain nak settlekan aku. Hari yang ditetapkan Bonda... aku macam tak pikir apa sangat. Aku mula mula berlagak 'hero' jalan gendut gendut masuk dalam bilk pesakit. Tenang saja aku duduk atas kerusi pesakit. Aku tengok doktor dan jururawat tu senyum kat aku. Aku malas senyum sebab aku dah set aku 'hero' hari tu. Doktor tu tanya aku.." adik comelll apa nama??" Ceh saja nak 'game' aku la tu..padahal hari hari aku lepak sini tak kan tak tahu. Aku jawab simple.."aboy anak cik Bedah pembuat gigi palsu"..Doktor tu tanya lagi.."cuba buka mulut adik luas luas..ngaaaaaa"..aku turutkan saja..hero kan.

Bila aku dah nganga aku macam kurang rasa enak bila aku nampak ada jarum sana sini atas muka aku. Ini sudah masuk perangkap!! "wei!! wei!! ini apa main jarum jarum ni..saya bukan sakit pun"..aku cuba 'sound direct'. Jawapan yang aku terima kurang memuaskan...Aku cuba 'calmdown'..cuba cari cari jalan penyelesaian..bila aku nampak diorang leka..aku terus mengatur langkah serangan..aku dengar sayup..." BEDAHHHHHHHHH ANAK KAU LARI LAHHHH...TANGKAP DIA CEPAT!!!!!"............aku kalah dalam pergelutan. Sebab aku ingat ada brader pakai baju coklat dengan tangan besar berbulu kemas dia cekup aku. Aku duduk balik atas kerusi macam mula mula. Tapi aku cukup marah bila jururawat tu nak suntik mulut aku..perghh..mengelupur beb!! ada juga 6 orang datang pegang aku..baru kau tau aku hero jauh mana..sempat aku bagi gigitan berbisa dekat lengan salah satu jururawat..tapi aku kalah juga. Tahu tahu saja aku rasa mulut aku membengkak macam Ning Baizura cakap sengau sengau..ceh..


Sekarang aku dah gagah. Walaupun begitu, tobat aku taknak pergi hospital pergigian atau klinik swasta. Puas Petisuara paksa manja pun aku tak mahu....







Kalau macam gini punya jururawat cabut lah semua gigi aku pun tak apa!..
Stylee ennn style enn!