Friday, July 9, 2010
Siri cerita yang 'cutting-edge' : Ahmad Adler pekerja rajin
Jam bentuk burung hantu dekat dinding pejabat dah berbunyi sepuluh kali. Ahmad Adler kalam kabut 'log-off' komputer ribanya. Ahmad Adler perlu berfikiran cerdas dan cantas bagi membolehkan dirinya sempat rembat teksi yang hanya 'available' paling lewat pukul 11 malam. Advanture-nya pejalanan Ahmad Adler ini meliputi situasi-situasi seperti mengunci pejabat, menuggu lif yang setengah barai untuk sampai ke tinggkat 16, lepak dalam lif untuk turun dari tingkat 16, berlari laju-laju melintasi 2-3 buah deretan kedai yang hidup segan mati tak nak dan menunggu kot-kot ada teksi datang...pehhh! kalau di congak secara pukal, busuk-busuk Ahmad Adler kena ada dalam 30 minit juga untuk sampai di stesen taxi.
Selesai 'log-off' komputer ribanya, Ahmad Adler terus kunci pejabat dan tunggu sambil silang kaki dekat depan lif. Untuk menghilangkan bosan, Ahmad Adler gemar bersiul-siul lagu 2 by 2 tajuk oh mawarku. Bila part korus, Ahmad Adler dah ready nak tarik nafas untuk siul yang 'all-out' punya. Bersepah air liur.
Tingg!! lif dah sampai. Pintu lif pun Ahmad Adler kena tolong bukakan..nampak sangat dah lendut lif ni. Untuk tunggu lif itu turun ke tingkat bawah, Ahmad Adler try siul lagu Faizal Tahir pula...jenis tak hafal lagu, begulung bibir Ahmad Adler nak ikut tempo..(Oh ya..lif yang barai ini, kalau nak tunggu dia sampai tingkat bawah, sempat lagi isap rokok 2-3 batang dulu...punya barai). Kerling kejap dia dekat jam tangan swatch cap pasar malam Sentul...baru pukul 10.20 malam.
Sampai juga di tingkat bawah. Terus Ahmad Adler get ready nak berlari....
" Ahhhh!!!!Haram sangat!!!!" tempik Ahmad Adler secara jujur. Rupanya kunci rumah sewanya tertinggal dekat atas meja. Memang haram J betul situasi ini. Cepat-cepat beliau tekan lif..."lembab!!!" marah Ahmad Adler. Sambil menuggu lif naik, Ahmad Adler tidak lagi bersiul lagu-lagu hitz...mulut sahaja muncung, satu bunyi pun tak keluar. Tingg!!....lincah dia menuju pintu office, berlari anak ke meja kerjanya. Kunci rumah rakus disambar. Ahmad Adler toleh jam burung hantu....10.25 malam..."sempat punya!"
(Situasi lebih kurang macam awal tadi...jadi terus 'fast forward' sampai tingkat bawah).
"Ahhhh!!! Haram lagi!!!" tempik Ahmad Adler dua kali. Rupanya baru dia teringat, kerjanya itu belum dia emailkan kepada Pn Stepany berambut merah kerinting...ini boleh buat batal karier nya. "Tak boleh jadi!" Jam tangan tunjuk pukul 10.35 malam. Tapi kali ini lain macam sikit muka Ahmad Adler...lif yang barai itu betul-betul dah barai. Lampu pun tak bernyala. Ditekan-tekan butang 'up'...hampa. Kerja gila kalau naik tingkat 16 guna tangga, tapi itu saja jalan yang ada....Zupppp!! berlari Ahmad Adler panjat anak tangga. Sekali 6 anak tangga dia langkau...Gila ba punya terrer.
Selesai itu ini yang patut, Ahmad Adler terus laju turun tangga..oh, dia tak turun tangga rupanya...lebih pada terjun tangga...terrer. Sambil terjun tangga sempat lagi dia jeling jam tangan...pukul 10.50..."sempatt!!!" Basah ketiak jangan ditanya...koyak rabak kasut kulit bundle baru dia rembat semalam. Jenis bundle salah pilih, mana tahan kerja berat. Sampai tingkat bawah..Ahmad adler masih kekalkan kelajuan seperti tadi. Tak semena-mena satu break mengejut dilakukan. Tercampak jauh tapak kasut bundlenya.
"Haram jenisan apa nih!!!!" tempik Ahmad Adler iras orang hilang waras. Kali ini dia lupa bag kerjanya..dalam bag ada kunci rumah. Seperti tadi, sekali 6 anak tangga dia langkau. Baju kemeja entah kemana..konon kurang sikit rintangan angin.
Selesai itu ini yang patut, Ahmad Adler terus laju turun tangga..oh, dia tak turun tangga rupanya...lebih pada terjun tangga...terrer. Sambil terjun tangga sempat lagi dia jeling jam tangan...pukul 11.20 malam.....
Untuk menghilangkan bosan, Ahmad Adler gemar bersiul-siul lagu 2 by 2 tajuk oh mawarku. Bila part korus, Ahmad Adler dah ready nak tarik nafas untuk siul yang 'all-out' punya. Bersepah air liur.
Labels:
Siri Cerita Yang 'Cutting-Edge'
Monday, July 5, 2010
Sekolah Asrama Itu Seram: Bab 8 - Arghhhhh!
Sekolah Asrama itu Seram: Bab1
Sekolah Asrama itu Seram: Bab2
Sekolah Asrama itu Seram: Bab3
Sekolah Asrama itu Seram: Bab4
Sekolah Asrama itu Seram: Bab5
Sekolah Asrama itu Seram: Bab2
Sekolah Asrama itu Seram: Bab3
Sekolah Asrama itu Seram: Bab4
Sekolah Asrama itu Seram: Bab5
Sambungan Bab 7....(gila aku update dekat office luca)
Muka budak perempuan masing-masing macam kain buruk...buruk beno. Mungkin bila perasaan takut campur effect compius jadi macam itu. Nampak sangat lemah semangat. Darby, Loki dan Bigong masing-masing menuju ke kelas sendiri. Bau kapur barus tadi masih berlegar-legar tak tentu hala. Loki ambil tak kesah dengan bau tersebut. Dia lebih bingungkan effect mata yang baru dia dapat haritu.
Di dalam kelas, budak perempuan masih kalam kabut. Ada yang nangis betul, ada yang baru nak belajar baca surah-surah penting. Yang buat-buat nangis sebab macam tak geng kalau tak nagis sama pun ada. Sebagai hero, Darby, Yuyu dan Gores maintain tenang. Hipokrit perlu diaplikasi di mana-mana.
"Wehh...jom la baca yassin sama-sama. Kita buat bulatan lepas itu baca kuat-kuat. Baru semangat pun kuat!" Teriak Payung selaku ketua kelas dan merangkap perempuan paling hot dalam kelas...pehhh!
Ajakan Payung disahut murni budak kelas. Masing-masing bergerak membuat bulatan. Bacaan Yassin dimulakan. Suasana cukup syahdu...lebih syahdu dari sausana pagi raya puasa. Darby, Yuyu dan Gores lebih senang memerhati gelagat budak perempuan membaca surah Yassin. Kononnya lebih alert jika terjadi perkara yang tak diingini....padahal cuba skodeng budak mana yang period waktu itu...haram J betul perangai.
BANGGG!!!!!!
Tiba-tiba satu bunyi gila ba punya kuat buat semua budak terdiam. Yang masih baca Yassin pun dah lari habis dia punya sabdu. Sejurus itu, kedengaran dari kelas hujung banggunan...satu pekikan yang sangat rock.
Arggggghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!
Bergema habis. Dan pekikan itu tiba-tiba disambut dengan teriakan secara berkumpulan. Arghhhhhhh!!!! lagi. Pekikan itu secara tak langsung disambut oleh kelas sebelah...kemudian kelas sebelahnya pula..dan kelas sebelah punya sebelah. Perghhhh....Kalau diamati betul-betul, sahutan pekikan itu bagai ada sesuatu yang sangat horror berjalan melintasi satu kelas ke satu kelas dan ini membuatkan pelajar perempuan di setiap kelas menjerit dengan bebas. Bila sudah Arghhhhhh! sana dan Arghhhhh! sini, maka genaplah seluruh isi sekolah menjerit Arghhhhhh!!!!.
Lintang pukang satu sekolah. Ada yang lari secara berkumpulan, ada yang lari berganti-ganti dan ada yang lari terus keluar kawasan sekolah lalu singgah di stesen minyak berdekatan untuk membeli rokok sebarang 2 kotak. Pengawas pun tunggang langgang tak tentu hala dengan kejadian ini. Lantas terus warden berdekatan beraksi dengan membuat sekatan lalu lintas bagi mengawal trafic.
"yuyu!!!kita lengah apa..aku dah cuak separa pengsan ni!" Berlari Gores mendapatkan Yuyu yang sedang asyik menghafal mantera.
"Aku sikit lagi nak settle..." Reply Yuyu. Lantas terus terusan dia melompat ke atas meja dan membuat 'head-spin'. Bedesup laju pusingan yang dilakukan. Lama kelamaan kelibat yuyu sikit demi sedikit berubah menjadi kipas syiling. Selesai sudah hikmat penyamaran. Gores pula lebih senang berubah menjadi pemadam papan hitam. Kurang sikit guna tenaga.
Setelah kesemua pelajar berjaya dikumpulkan di kolam ikan, warden lantas melantik Sipil bagi melaugkan azan. Bergaya Sipil berdiri atas batu kolam....terus sahaja dia membaca azan. Walaupun pitching haram entah kemana, tapi dia mampu menenangkan bebudak. Walaupun suasana tenang seketika...jauh didalam hati Darby percaya yang bencana buruk baru sahaja bermula
Tiba-tiba,
"Lokiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!! MANA LOKIIIIIIII!!!!!!!!!!!" entah dari mana suara iras vokalis Behemoth keluar dari seorang budak perempuan jenis ayu-ayu tudung labuh.
Labels:
Sekolah Asrama Itu Seram
Friday, July 2, 2010
Aku,Kau,I,You,Kita,Kamu dan dot dot dot
Dulu, masa sekolah rendah mula-mula perkenalkan diri mesti cakap, "nama kita farah...nama awak?" Sampailah darjah 6 cakap dengan kawan-kawan akan guna 'kita,awak'. Siap kena ejek dengan boys sebab gediknya tak guna 'aku,kau'. Lepas tu kitorang akan cakap.."Ey!mak kita cakap tak baiklah guna aku,kau"..diri Bila pergi sekolah menengah, dah reti guna 'aku,kau'. Bila jumpa kawan sekolah rendah dah tergeliat lidah..eh-eh,,apa nak guna ni, aku ke kau ke kita ke awak..jadi sukati lah nak guna ganti nama yang mana satu.
Lepas tu, bila dah besar sikit and dah masuk matrix, dah ada group-group perempuan yang akan guna ganti nama diri orang putih pakai...'I dan You'. Boys pulak, yang cool dan jambu batu aje akan guna 'I,You' . Boys yang muka ganas dan jenis makan orang akan menyampah gila dengan golongan-golongan gedik seperti ini..
Then, bila dah masuk Universiti, semua orang cakap campur aduk..ikut sukati aje..lepas tu,kepale I pun pening lah..macam mana nak hafal,dengan orang mana perlu cakap I,ke You ke aku ke kau..haih..susah..Hentak Belipat lagilah,masuk UTM baru reti guna I,you,selama ni dia bergaul dengan barbarian katanya,jadi memang tak pernah nak guna I,you ni..memang tergeliat lidah dia nak sebut I,You..
Bagi I,macam tak kisah je lah, sukati orang tulah nak guna I ke, You ke,saya ke,awak ke..kadang-kadang, dari segi percakapan ni pun orang nak cakap orang tu kasar lah,gedik lah,konon cool lah,konon high class lah..apa korang tak pernah belajar kata ganti diri pertama ke time sekolah rendah dulu..cikgu cakap sukati nak guna mana satu..aku boleh,saya pun boleh..takda pulak cikgu cakap kalau guna saya,maknanya awak ni skema,kalau guna aku,awak ni kasar..cikgu English pulak mesti akan suruh korang guna I..takda pulak cikgu English cakap,'kalau awak guna I,awak ni cool lah murid-murid'..kalau tak guna I nak guna apa?
lepas tu,bila I nak buat blog,lagi pening kepala,apa nak guna ni?kalau blog lelaki,memang haruslah guna aku..takkan tiba-tiba Hentak Belipat guna I...memang gedik habis laki ni..confirm-confirm readers lepas ni semua dari golongan aww aww aje yang datang melawat..jadi I gunalah I,tapi kadang-kadang bila I rasa macam gedik je guna I ni,I guna saya..konon sopan kat blog guna I atau saya..kalau orang kata gedik nanti tiba-tiba entry tukar guna aku..orang mesti konpius,ni Petisuara ke Hentak Belipat..jadi, I dan saya jelah..Muktamad
Entry ni memang saje je nak jugak post..sebab asyik-asyik nak post pasal tips,perangai pelik,sekolah seram,cerita pelik,lepas tu pasal family,kawan-kawan..nak juga rasa post entry yang macam takda gambar langsung lepas tu ngomel sorang-sorang sebab ni kan blog I atau saya,jadi nak juga rasa macam tulis diary ,tapi lebih kepada nak bebel kat orang tapi rasa blog jelah tempat paling sesuai..jadi korang lah yang kena layan...hahahah..
stay tuned..esok ada perangai pelik edisi:tak tahu lagi..
Lepas tu, bila dah besar sikit and dah masuk matrix, dah ada group-group perempuan yang akan guna ganti nama diri orang putih pakai...'I dan You'. Boys pulak, yang cool dan jambu batu aje akan guna 'I,You' . Boys yang muka ganas dan jenis makan orang akan menyampah gila dengan golongan-golongan gedik seperti ini..
Then, bila dah masuk Universiti, semua orang cakap campur aduk..ikut sukati aje..lepas tu,kepale I pun pening lah..macam mana nak hafal,dengan orang mana perlu cakap I,ke You ke aku ke kau..haih..susah..Hentak Belipat lagilah,masuk UTM baru reti guna I,you,selama ni dia bergaul dengan barbarian katanya,jadi memang tak pernah nak guna I,you ni..memang tergeliat lidah dia nak sebut I,You..
Bagi I,macam tak kisah je lah, sukati orang tulah nak guna I ke, You ke,saya ke,awak ke..kadang-kadang, dari segi percakapan ni pun orang nak cakap orang tu kasar lah,gedik lah,konon cool lah,konon high class lah..apa korang tak pernah belajar kata ganti diri pertama ke time sekolah rendah dulu..cikgu cakap sukati nak guna mana satu..aku boleh,saya pun boleh..takda pulak cikgu cakap kalau guna saya,maknanya awak ni skema,kalau guna aku,awak ni kasar..cikgu English pulak mesti akan suruh korang guna I..takda pulak cikgu English cakap,'kalau awak guna I,awak ni cool lah murid-murid'..kalau tak guna I nak guna apa?
lepas tu,bila I nak buat blog,lagi pening kepala,apa nak guna ni?kalau blog lelaki,memang haruslah guna aku..takkan tiba-tiba Hentak Belipat guna I...memang gedik habis laki ni..confirm-confirm readers lepas ni semua dari golongan aww aww aje yang datang melawat..jadi I gunalah I,tapi kadang-kadang bila I rasa macam gedik je guna I ni,I guna saya..konon sopan kat blog guna I atau saya..kalau orang kata gedik nanti tiba-tiba entry tukar guna aku..orang mesti konpius,ni Petisuara ke Hentak Belipat..jadi, I dan saya jelah..Muktamad
Entry ni memang saje je nak jugak post..sebab asyik-asyik nak post pasal tips,perangai pelik,sekolah seram,cerita pelik,lepas tu pasal family,kawan-kawan..nak juga rasa post entry yang macam takda gambar langsung lepas tu ngomel sorang-sorang sebab ni kan blog I atau saya,jadi nak juga rasa macam tulis diary ,tapi lebih kepada nak bebel kat orang tapi rasa blog jelah tempat paling sesuai..jadi korang lah yang kena layan...hahahah..
stay tuned..esok ada perangai pelik edisi:tak tahu lagi..
Thursday, July 1, 2010
Baader Meinhof Complex (Germany) : A Review
Filem ini kira salah satu filem kegemaran aku...sangat 'cutting-edge'. Kisah filem ini mengisahkan zaman awal German barat dalam pergolakan politik dan juga perang. Oleh kerana itu kebangkitan anak-anak muda disana untuk menegakkan keadilan dan terus menubuhkan gerakan yang dipanggil Rote Armee Fraktion atau Red Army Faction (RAF).
Filem ini sangat klasik bagi aku. Diapatasi oleh novel sebenarnya...lingkunan zaman 1970 an. Sangat jiwa memberontak bila tengok filem ini. Anak-anak dari generasi nazi yang masih tidak sehaluan dengan kerajaan kapitalis lalu mahukan pembaharuan. Cuma gerakan dan hala tuju pembaharuan yang mereka lakukan agak sedikit radikal. Oleh itu secara percuma di lebel sebagai 'terrorist'
Dalam filem ini aku boleh nampak kesungguhan budak-budak muda zaman itu yang mahukan sesuatu. Dengan berani mati dan juga lantang. Buka hanya berani maki. Segala macam bentuk provokasi yang mereka lakukan. Dari rusuhan, sabotaj, pengeboman dan sehingga kepada sanggup hijac kapal terbang...gila ba!. Siapa-siapa yang jenis jiwa rebel kena tengok...sumpah! Tapi jangan la sangka cerita ini macam kisah kasut tumit tinggi warna merah haram jadah apa.
Selamba layan trailer dia....
Labels:
Movie Review
Wednesday, June 30, 2010
Siri cerita yang 'cutting-edge' : Aku Lipas Urban
Nama aku Duan Alejandro. Aku adalah seekor lipas yang jenis indie. Kadang-kadang aku rasa aku pun jenis art juga. Ini kerana aku lebih independent dalam kehidupan aku..lagi-lagi aku ini yatim piatu. Sejak lahir aku tak nampak pun batang hidung ibu bapa aku. Kehidupan aku sebagai seekor lipas sangat tak mencabar langsung. Bila pagi aku kena lepak dalam laci atau tempat gelap lagi lembab. Bila malam baru aku boleh berjalan-jalan melihat alam....tak style ahh. Sebagai remaja lipas alaf terkini, aku cenderung hendak melakukan perubahan. Lipas perlu lebih global kearah kesinambungan tamadun!
Oleh sebab itu aku lebih bebas melakukan kegiatan urban sebagai contoh melihat hasil-hasil seni di balai raya, menonton wayang cerita terkini dan 'window shopping'. Aku suka melihat gadis-gadis jenis Key L lalu lalang depan aku. Mereka begitu cantik bagi aku. Tiap kali juga aku senyap-senyap ikut mereka dari belakang dan tiap kali juga aku disembur Ridsect. Nyaris aku pandai mengelak. Oleh sebab itu aku sering kali rasa rendah diri. Kenapa aku tak lahir jadi macam kucing parsi? Iri hati aku tengok mamat tu hari-hari di dakap dan di cium. Mentang-mentang bulu dia jenis lebat tak tentu pasal...huh! diskriminasi sangat.
Perasaan murung dan kecewa buat aku lebih senang lalu lalang dalam tandas. Jauh dari orang ramai...terutama gadis-gadis cantik. Tapi bila dalam tandas pun ada saja orang kurang puas hati dekat aku. Dikatakan aku ini 'pervert'.....jenis tak boleh tengok orang lain senang la tu. Aku terus 'down' lagi dan lagi.
Tapi masa depan aku bakal berubah!...aku dah ada keyakinan yang menggunung! Ini kerana aku baru saja melihat cerita pasal lipas yang cool habis. Dia punya cool sampai boleh bawa begaduh dengan kucing..kalau tak silap aku tajuk dia adalah 'orgy and the cockroaches'. Gila ba bukan?
Tapi masa depan aku bakal berubah!...aku dah ada keyakinan yang menggunung! Ini kerana aku baru saja melihat cerita pasal lipas yang cool habis. Dia punya cool sampai boleh bawa begaduh dengan kucing..kalau tak silap aku tajuk dia adalah 'orgy and the cockroaches'. Gila ba bukan?
Jadi lepas ini aku nak berjinak-jinak dalam pencarian awek. Mana style cari awek lipas. Paling busuk pun dapat awek sekolah rendah. Tapi kalau dapat jenis yang selalu pakai skirt paras bahaya adalah bonus. Baru kembang kepak.
Aku dah 'aim' sorang. Memang pegi dia punya 'cutting'....haram habis! Macam selalu dia akan kelihatan dekat tandas tempat aku lepak. Jadi hari ini aku dengan lincah nak minta nombor telifon dia. Kalau advance boleh minta add dekat FB..pergh! Lipas-lipas tua kata tak manis terus terpa depan muka kalau nak berkenalan, jadi aku ingat nak pelan-pelan lalu tepi dia. Buat-buat konon tak perasan. Dia nampak macam kusyuk termenung. Ntah apa la agaknya yang difikirkan. Agak lama juga awek ini duduk tak bangun-bangun. Letih pula aku tunggu...ada lebih baik aku terus saja tegur dia. Baru nampak matang.
"Ehemmmm.....errr hai awak....adakah awak sibuk? haloo awak.....awak! Awak buat-buat tak dengar ke hape oi!
Cis! buat-buat tak dengar pula. Barangkali perlu sedikit rapat baru dia dengar. Buat langgar kaki dia pun cantik juga.
"Salam perkenal........KEEEPOWWWWW!!!!!
Labels:
Siri Cerita Yang 'Cutting-Edge'
Tuesday, June 29, 2010
Review : 28 hari Jurnal Rock N Roll (Mohd Jayzuan)

Buku yang special itu adalah buku 28 Hari Jurnal Rock N Roll terus-terusan dari Mohd Jayzuan. Dengar Mohd Jayzuan pun dah bergoyang badan nak pi carik buku ini bukan? aha memang sangat sejuk cerita yang nak disampaikan oleh brader Jayz ini. Sebenar kandungan buku ini lebih kepada journal terhadap seorang yang tulus dengan dunia dan diri dia.
Buku atau Journal ini adalah berkisar tentang perjalan seorang pendukung indie rock tegar merentasi semenanjung Malaysia. Dari Simpang Pulai terus ke Johor Bahru dan laju ke Alor Setar. Betul-betul 'attitude' rock n roll tegar dalam jiwa mamat ni. Gila apa keluar rumah nak pusing malaysia tak bawak banyak duit. Yang ada cuma buku diari, pen, gitar tong dan juga otak. Kau ada berani nak buat macam itu, tak bukan? Bila aku baca aku macam dapat rasa apa yang Jayz raza....ampu sangat lah! Ini sebab jenis ayat yang dia guna sangat jujur dan jelas. Kira kalau masa itu kau baca tentang dia murung..kau tak pasal-pasal murung jugak sambil hisap rokok banyak-banyak..Haram J!
Kan dah macam murung Petisuara tu...ahh kau, comel macam burung pun ada
Hidup brader Jayz ini mengikut journal dia, memang penuh dengan duka dan sakit. Jatuh dan bangun dah jadi perkara rutin. Sunyi dan sendiri adalah perkara biasa. Tapi walau macam mana luka pun hati dia...ubat yang paling mujarab adalah makan. Setiap perhentian mesti ada kedai yang dia singgah. Dah macam rancangan makan-makan pun ada. Dan aku paling tabik, brader Jayz banyak rakan yang loyal. Ada saja kawan-kawan walau di ceruk mana sekalipun dia berada...sentiasa ada bila Jayz perlukan. Tabik! Tabik!
Jadi cuba korang roger-roger sikit brader Jayz ini untuk rembat buku dia ni (http://mohdjayzuan.blogspot.com) Sangat tak bagus kalau belum ada buku ini..bukan senang nak jadi sejuk bukan?. Ataupun boleh cuba email pada mamat ini untuk tanya lanjut.....dvinecomedy@hotmail.com (sufian abas)
Psss...kalau korang beli nanti dapat tanda tangan artis...uish!
Labels:
Books Review
Sunday, June 27, 2010
Tips Tulis Entry
Kitorang terima banyak request suruh kitorang buat tips macam mana nak tulis entry..tapi serius cakap,macam tak kena je korang mintak kitorang buat tips ni..sebab entry kitorang memang sesedap sesuka hati je..tapi,saya try eh..
Korang pernah dengar SEO tak?
ok contoh?
tajuk entry:harini saya masak nasi goreng ikan bilis
tapi....
macam mana Hentak Belipat dan Petisuara buat entry?
Yang penting, mesti Tag team..heheh..ni kelebihan yang kitorang ada sebab ada dua orang..
Dia lebih kepada ikut suka hati nak tulis apa..tapi kena ingat!tak semua orang boleh faham apa yang kita nak sampaikan kalau genre penulisan kita yang macam lawak-lawak lepas tu dengan bahasa yang kurang orang nak faham..
contoh:
Entry Petisuara
Saya memang haram la kalau bab-bab entry ni..takda talent langsung..buat ikut sedap je..tapi..
Contoh:
kalau korang perasan, entry Hentak yang pasal sekolah seram tu pun dia letak gambar,agar orang tak bosan sangat..dahlah panjang,lepas tu tulisan je..orang pun baca sekerat,malas nak layan dah,,syok sendiri pulak mamat ni..tapi kalau dah namanya Pipiyapong dan klan-klan dia,memang tak perlu gambar-gambar ni..diorang hebat!ok jap,saya nak search gambar untuk entry ni..
Ini antara hits yang kitorang dapat tiap hari..memang selalunya ni jelah hits nya..sebab tak guna SEO sangat..Looser tak?heheh
Kesimpulannya:
korang kena ada target..
Paling penting,tulis entry yang boleh buat kita puas..
Jom cekidaut loyal readers kami ni..Muah muah..ni top 10..wah!
http://bintangzither.blogspot.com/
http://eesyaheera.blogspot.com/
http://ibuayahdamia.blogspot.com/
http://telordibasuh.blogspot.com/
http://aireenashazwani.blogspot.com/
http://sherahxoxo.blogspot.com/
http://cerolian.blogspot.com/
http://www.iedaluvsham.com/
http://keraknasiputih.blogspot.com/
http://www.unclepunyablog.com/
Korang pernah dengar SEO tak?
kitorang pun tak berapa nak tahu sangat pasal ni..tapi apa yang kitorang faham,dia macam kalau kita tulis entry,lepas tu ada dalam entry kita keyword-keyword yang boleh dapat hits,jadi automatically,kalau orang search pasal something-something tu,dapat la hits tu kat kita..itu yang kitorang faham,kalau salah ampun!
ok contoh?
tajuk entry:harini saya masak nasi goreng ikan bilis
harini,suamiku pulang dengan letihnya dari opis,sudah menjadi rutin harianku untuk menyajikan makanan buatnya..suamiku ini handsome bak shahir AF yang sibuk diperkatakan orang..jadi aku pun buatlah nasi goreng ikan bilis untuknya..bagi menambat hati suamiku itu....
sila sambung karangan ini bermula dari .....(tidak lebih 350 patah perkataan)
Nampak tak?jadi secara automatik,bila orang search untuk shahir AF,dapatlah jugak hits tu kat kita..
tapi....
macam mana Hentak Belipat dan Petisuara buat entry?
Yang penting, mesti Tag team..heheh..ni kelebihan yang kitorang ada sebab ada dua orang..
Kami sebenarnya,lebih mementingkan loyal readers dari readers yang datang hanya untuk blogwalking atau datang sebab ada keyword dalam entry kitorang lepas tu bye bye!taknak baca dah entry yang lain-lain..tak nampak dah dia lepas tu..kan ada nuffnang,of course boleh tengok siapa yang datang tiap hari kan..
Hentak Belipat punya entry..
Dia lebih kepada ikut suka hati nak tulis apa..tapi kena ingat!tak semua orang boleh faham apa yang kita nak sampaikan kalau genre penulisan kita yang macam lawak-lawak lepas tu dengan bahasa yang kurang orang nak faham..
Lagi-lagi perempuan,memang susah nak tercapai akal bila baca entry hentak belipat..oleh itu,hentak belipat akan bagi saya tapis dulu..kalau saya faham,jadi bolehlah post..heheh..nampak sangat petisuara lambat pick up..eh tapi betul la,kalau Pipiyapong,Sembang Kencang semua klan-klan dia,perempuan memang lambat sikit..nama pun laki dan perempuan..of course tak ngam sangat!..sampai Luca de Ketiak cakap..Petisuara ni, kalau lawak Hanis Zalikha je baru dia gelak!Cis kau!Cis!
contoh:
entry hentak belipat mesti akan ada ayat "PEGI", "Haram J",kalau orang yang baru baca,mesti macam susah nak tangkap kan..tapi lama-lama orang dah boleh 'pegi' dengan ayat-ayat macam ni dah, bila baca entry hentak belipat..kebanyakan ayat-ayat yang pelik adalah hak cipta terpelihara Mr Batax..
Entry Petisuara
Saya memang haram la kalau bab-bab entry ni..takda talent langsung..buat ikut sedap je..tapi..
dah tau takda talent,lepas tu nak jugak buat blog,saya carilah benda-benda yang perempuan suka..buat entry yang boleh bagi information sikit..selalunya perempuan suka bab-bab info ni semua..laki,memang bye lah..takkan baca..lepas tu,letak sikit-sikit gambar..GAMBAR penting ya semua..Penting sangat!
Contoh:
kalau korang perasan, entry Hentak yang pasal sekolah seram tu pun dia letak gambar,agar orang tak bosan sangat..dahlah panjang,lepas tu tulisan je..orang pun baca sekerat,malas nak layan dah,,syok sendiri pulak mamat ni..tapi kalau dah namanya Pipiyapong dan klan-klan dia,memang tak perlu gambar-gambar ni..diorang hebat!ok jap,saya nak search gambar untuk entry ni..

Kesimpulannya:
korang kena ada target..
siapa yang korang nak bagi baca entry tu...samada korang nak loyal readers ataupun readers yang hanya datang sekali sebab hits korang untuk cerita-cerita hits yang tertentu..
Boleh terima tak apa yang saya cuba nak sampaikan ni?macam karut je..sebab serius weh!!takda tips pun untuk kitorang buat entry..korang salah orang mintak tolong ajar ni..
Paling penting,tulis entry yang boleh buat kita puas..
Jom cekidaut loyal readers kami ni..Muah muah..ni top 10..wah!
http://bintangzither.blogspot.com/
http://eesyaheera.blogspot.com/
http://ibuayahdamia.blogspot.com/
http://telordibasuh.blogspot.com/
http://aireenashazwani.blogspot.com/
http://sherahxoxo.blogspot.com/
http://cerolian.blogspot.com/
http://www.iedaluvsham.com/
http://keraknasiputih.blogspot.com/
http://www.unclepunyablog.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)