Saturday, June 26, 2010

Bila Perempuan Mesti Suka Yang Cute Aje

hari ini hari untuk awek-awek aje..sebab kalau balak-balak baca entry ini pasti akan cakap heh,gedik sungguh perempuan ini..

sebab harini nak bawak aweks-aweks tonton benda-benda yang cute-cute aje..

Photobucket

ini bekas contact lense saya..siap saya bedazzled sikit..balak-balak,nak cakap saya gedikkah?saya bukan gedik,tapi kalau saya letak contact lense dalam bekas biasa warna putih tu,potensi untuk tukar solution dia adalah sekali seminggu..kalau pakai bekas yang macam cute ni,tiap hari pun rasa nak bersihkan sebab alahai comelnya awak ni..jadi sayang..bukan gedik faham?

Photobucket

pastuh,bila ada camera pulak,kebanyakan perempuan mesti nak bedazzled sana sini..tengok macam saya punya ni,dah tercabut-cabut dah ha..kalau lelaki nak pinjam,memang tak sanggup,macam Hentak Belipat hari tu,dia nak pegi konsert yang ganas,lepas tu,nak pinjam camera yang bling-bling ni..kalau dia bawak,mesti mamat Lamb of God tu stop perform terus sebab silau, lepas tu terus gelakkan dia pakai camera ni..tak ganas langsung..terus hentak belipat kena cop mamat jambu

Photobucket

Dah nama pun perempuan,mesti nak suka warna pink..tapi saya sumpah tak suka weh!tapi,kalau dah kat kedai tu,ada jual cover camera warna biru gelap,hitam yang gelap,kelabu yang gelap,dan pink yang terang..patutkah saya choose biru yang gelap over pink yang terang?jadi nak taknak,haruslah beli warna pink..orang kata,lagi kita benci lagi sayang..wah!sekarang saya sayang pink!!sayangnya..muah muah muah..heh..memang tak ah..tapi sebab macam sweet je warna dia..layankan je..

Photobucket

Aktiviti melekatkan sticker ni memang dah jadi hobi..asal nampak sticker yang cute-cute aje,memang akan beli..tengoklah ni,habis dah laptop kena tampal sticker, sampai takda ruang bernafas dah dia..tapi konon nak nampak ganas sikit,tak gedik sangat..konon jelah..jadi tampal la sticker tengkorak..tapi tengkorak yang cute-cute aje

Photobucket

sumpah saya tak suka pink...kan dah cakap tadi..tapi kalau dah yang dijual hanya ada warna gelap-gelap aje,tiba-tiba sesat satu warna pink..mestilah beli warna pink..dah nama pun perempuan..kalau saya beli yang gelap-gelap tu,nanti letak atas meja,takda nafsu pun nak guna..sebab bosannya tengok awak ni..

nasihat untuk balaks-balaks..

bila dah jadi bapa nanti,jangan marah kalau anak nak beli benda-benda cute-cute aje..sebab kalau dah namanya perempuan,jadi memang suka..sebab kalau saya shopping dengan ayah,mesti dia akan cakap dan tengok saya macam pelik.."u wasted your money for things like this?"heh..kalau mama pulak..."mama nampak tadi ada barang tu cute,nana taknak ke?"..heheh..spot the difference?jadi,,nanti bila balaks-balaks ada anak,layankan jelah diorang nak benda-benda yang cute-cute aje..

hari untuk balaks-balaks hari isnin ni,sebab hentak belipat kat Batam sampai Isnin..stay tuned....




Thursday, June 24, 2010

Review : Sembang Kencang (Fdaus Ahmad)


Aku bukan kenal pun Fdaus Ahmad (Sembang Kencang). Jumpa pun belum pernah...apatah lagi nak cium tangan dia. Bila aku cuba-cuba baca belog mamat ini dekat Si Luca aku macam boleh ngam dengan belog dia...belog Luca ngam jugak. Karang dia maki aku pulak. Jadi bila aku dengar sipi-sipi yang dia nak buat buku sulong..rasa tak tenteram pun ada. Kalau boleh aku nak jadi pembeli pertama sambil dapat satu autograph dekat dahi.

Sekarang Fdaus Ahmad (Sembang Kencang) memang betul-betul dah ada buku sendiri. Mesti dia rasa bagus pada diri sendiri sebab ada buku sendiri. Setakat ada belog hari-hari tulis "lama saya tak update belog ini!!maaf ya semua!!" langsung tak standard. Ada buku sendiri lah baru inn. Kan aku dah 2 kali bagi large nama dia...nampak sangat ampu lebih, dasar melayu betul.

Buku Sembang Kencang ini lebih pada genre yang sungguh berfaedah. Selain melatih daya pembacaan, kau juga dapat bonus latihan perut akibat senak tahan gelak. Tak perlu ada tips-tips tekan tubi. Bila dah katam, secara auto aku rasa macam dah kawan lama dengan Fdaus Ahmad....tak pasal-pasal ampu lagi..chibey. Tapi sungguh! Ini kerana dia punya kandungan boleh kira cerita dari zaman dia kecil, sekolah, bujang dan sampai dah tua lanjut. Aku rasa kalau Fdaus Ahmad ini dapat tulis belog sejak 1996 lagi, Hanis Zalikha pun angkat tabik sama dia.

Brader ni aku rasa serba boleh. Dalam buku ini saja dia boleh jadi macam-macam. Dia boleh jadi imam lupa ambik wuduk, boleh jadi pelajar yang maintain hero dan juga pekerja yang gila kental, boleh jadi lepas ini mungkin dia nak jadi lembaga JPJ. Tapi paling aku tabik adalah bila dia menjadi seorang bapa contoh. Bapa contoh ini bukan senang nak rebut tittle dia. Bukan calang-calang orang...tapi Fdaus Ahmad boleh.
Satu dialog Fdaus Ahmad dengan Fateem (anak dia)

"Ayah taubat itu apa ayah?"
"Taubat itu makan aiskrim"
"Ateem nak taubat ayah"
"Jangan harap!"


Kalau kau nak beli buku ini selamba kelik dekat gamba nih..kat situ kau ikut la syarat-syarat dia...tak pun kau boleh email dekat sini

Emel : fird_ahmad@yahoo.com atau Lucadeketiak@gmail.com

Jadi kalau korang rasa nak hidup best sambil baca buku ini, selamba pi order dekat Luca...tak pun pi dekat belog Sembang Kencang terus, senang.

Wednesday, June 23, 2010

Sekolah Asrama Itu Seram: Bab 7 - Boleh nampak

Kini hampir separuh budak-budak sekolah dah kecoh dengan kebolehan baru Loki. Loki dah boleh nampak benda ghaib! Ini bukan calang-calang kebolehan, Uncle Seekers pun 'surrender'. Suasana asrama lelaki dah tak macam dulu. Kalau dulu budak-budak pukul 3-4 pagi masih segar bijik mata, kini kalau boleh pukul 10 malam dah tidur. Kalau dulu budak-budak makan megi sambil menari, kini makan megi pun nak menyorok dalam almari. Tak style langsung suasana macam ini.

Loki pula asyik-asyik murung. Murung dengan Loki dah jadi member kamcing. Dia dah tak berperangai macam dulu. Lebih sopan dan santun. Imam Storam menasihatkan Loki supaya menjadi budak yang baik...Loki turutkan saja. Aktiviti sigop( cigarate operation) dah lama Loki campak jauh-jauh. Tapi bab sembahyang saja Loki belum cukup ngam. Memang dasar pemalas. Bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat dengan kebolahan beliau ini. Jika makhluk ghaib yang dilihat itu menyerupai Lisa Surihani mahupun Chritisno Ronaldo, mahu saja Loki berdamping rapat. Tapi seko-seko memang Haram J punya wajah. Itu belum kira dia punya tangan ada berapa, taring panjang mana, boncit jauh mana...memang batal kalau tenung lama-lama.



Dekat dalam dewan makan, waktu makan malam.......

Siba:" beb...aku dengar kau dah ada mata special?"
Loki:"......"
Siba:" aku macam tak berapa jelas la..cuba kau explain dekat aku"
Loki:"....."
Siba:"gampang!cakap macam dengan ikan goreng. Cuba kau demonstrate, dekat dalam dewan ni kau ada nampak?"

Loki masih membisu. Tapi pelan-pelan dia angkat kepala.....lantas Loki tunding betul-betul sebelah Siba.

Loki:"sebelah lu ada satu jenis yang tangan panjang gila ba. Belakang lu pun ada satu jenis nampak kaki saja...Dekat hujung tingkap sana ada dua, aku ingat kembar"

Biru muka siba. Habis jatuh mee hon goreng dari mulut dia. Menggeletar satu badan. Malam itu juga Siba declare dia jatuh demam untuk satu minggu.

Loki berlalu sunyi menuju surau. Lepas ini ada prep yang memang cukup malas dia nak pergi. Tapi kalau duduk dalam asrama sorang-sorang hilang akal juga. Lagi-lagi ditemani dengan benda-benda ghaib. Lepas sembahyang Isyak...Loki, Bigong dan Darby jalan seiring menuju kelas. Masing-masing membisu sepanjang perjalanan. Dari jauh Darby perasan budak-budak perempuan dalam kelas lain macam peel dia. Menangis tak tentu pasal sambil berkumpul ramai-ramai. Nampak sangat ketakutan dekat muka sorang-sorang. Sejurus itu juga Darby dapat tangkap satu bau yang dia kenal. Bau ini lagi kuat dari sebelum ini..bau kapur barus!!




Tuesday, June 22, 2010

Perangai Pelik Bab 8: Edisi Tonton Bola

Bila jam dah tunjuk pukul 7 malam, ramai dah 'get ready' dengan seluar bola sama baju bola nak bertenggek depan skrin besar kedai mamak. Lepas pukul 7.30 malam sampai pukul 10.00 malam, lagi gila ba sambung terus sampai 2.30 pagi. Situasi ini kalau brader yang dah ada bini boleh buat goyang instituisi kekeluargaan dia. Kalau ada awek sekalipun boleh bawak putus hubungan.

Lagi mudah kau layan bola dekat tv bukan? paling busuk pun berebut remote saja. Membe aku lebih suka memilih untuk menonton world cup dengan tv rare dia. Mana ada dia nak layan tengok kedai-kedai mamak....leceh serta buang masa. Duduk bilik siap bole terlentang sambil minum nescafe...kan lebih seronok? Jarang dia nak join aku duduk depan skrin besar...asal aku ajak saja dia laju jawab, "Tv sudeee....."

Sikit pun aku tak tergerak rasa hati nak turut serta duduk depan tv dia, tengok bola. Bukan aku kerek atau apa. Bila aku tengok tv dia..aku jadi konfius lain macam. Pengetahuan am aku tentang bola sudah la nipis, lagi pula tengok bola dengan tv dia...hilang akal.






Jenis tv macam ini.....pemain bola, referee dan manager pasukan pun aku boleh confius mana satu. Silap-silap pasukan England dengan pasukan Nigeria pun aku boleh tersilap. Dah semua pun satu kaler...celah mana aku nak tengok. Feel hilang terus!

Lagi jahanam bila tengah syok layan Klose nak rembat bola...tiba-tiba tv dia buat kerja gila macam ini. Boleh buat bertumbuk kalau salah 'timing'.





Bila aku mengadu dekat dia...dia jawab mudah, "rilek sudeeee...." Aku malas nak cakap lebih.

Ada satu kali aku melawat bilik mamat ni, saja nak ajak-ajak ayam pergi tonton Brazil lawan Korea dekat skrin besa. Walaupun jawapan aku dah boleh agak tapi gatal juga aku nak mengajak. Kali ini dia nak ikut pula. Aku jadi suspen. Tapi bila aku jeling dekat tv rare mamat ni aku dah boleh agak sebab apa.







Aku: "gila ba! hilang sabar betul kau dengan tv ni..."
Mamat tv: "kesabaran ada batasan"
Aku: "kau guna apa buat lubang cantik macam ini...tukul?"
Mamat tv: "tumit sudeee....."

Soalan lain aku terus simpan dalam-dalam. Tv mamat ni dia letak atas meja. Kira tinggi juga lah.

Monday, June 21, 2010

Tips - Tips Berbelog??

Ok sebenar patut letak tajuk diatas adalah Tips-tips untuk menjadi seorang yang poyo habis! Bepeluh juga aku nak menulis, bukan jadi habitat aku nak buat tips-tips macam ini...tapi saja aku nak meluahkan rasa hati aku. Bukan hebat mana pun belog aku dan petisuara ini, kira ini sebagai kongsi-kongsi.Benda semua nya orang ramai dah tahu kot, kalau ada yang tak tahu adalah bonus bagi anda ok!

Tips satu: Follower (pengikut)

Benda ini selalu menjadi kebiasaan bagi ahli-ahli belog untuk buat.."Mari follow saya beramai-ramai!!", "Followlah saya supaya hidup anda bahagia!" atau "Kalau anda follow saya maka anda best!"........untuk itu ramai-ramai kelik dekat butang follow dan berharap agar anda pun di-follow sama. Benda ini sebenarnya terpulang pada selera anda. Aku dan petisuara dulu pun mula-mula macam itu, baru nak merangkak kan...ikut aja lah apa yang orang buat. Follower ini bagi aku macam pelanggan dekat satu kedai. Mesti kau teruja bila nampak satu kedai yang bersusun pelanggan dok melahap bukan? jadi kau pun terpukau lalu datang. Maknanya disini follower kira penting juga bagi taktik 'psychology'.

Tapi bila follower kau dah besepah, kena pastikan lah belog kau itu bukan indah khabar dari rupa. Nanti orang yang melawat bukan balik dengan pujian malah makian. Jadi terpulang pada kau untuk perkara follower ini. Menurut kata Uncle..."follower itu bagaikan askar anda...."


Tips dua: Link menge-link (macam mane ntah nak sebut benda ni)

Tujuan kau mahu 'link' blogger lain adalah supaya blogger itu turut tempek dekat belog dia address blog kau. Dan bila perkara ini terjadi maka bila kau buat entry baru, berdesup keluar belog kau dekat paras paling atas antara belog-belog yang lain. Ini membolehkan orang yang melawat belog itu nampak belog kau. Tapi aku dan petisuara bukan suka-suka nak tempek dekat belog kami. Aku suka layan link-link aku ini. Kalau ada entry yang diorang baru buat laju aku pergi tengok.

Kalau tak sempat hari itu, hari berikutnya pun masih boleh. Aku juga suka tinggal ulasan-ulasan dekat entry mereka...kira moral support la dan menunjukkan kau prihatin pada belog mereka. Tak bagi ulasan pun tak apa, kalau dah baca itu kira bagus sangat dah tu. Nanti tak la orang yang kau link tu rasa sia-sia..sebagai contoh, kau ajak member kau ikut lepak dengan kau(link belog orang)..lepas itu kau boleh bantai borak dengan orang lain, member kau tadi itu terus berubah menjadi seketul batu yang berlumut...kan chibey perasaan itu.

Tips tiga: Belogwalking

Yang ini dah terang-terang penting. Lain cerita kalau kau buat belog untuk ahli keluarga dan juga jiran-jiran sahaja. Kau malas melawat orang jangan la berharapan orang nak melawat engkau. Apa susah..copy and paste tahu?

Tips empat: Isi kandungan entry

Belog aku ini tediri dari dua 'user'....main tipu bukan. Hentakbelipat adalah aku dan Petisuara adalah gadis jadi kami selalu 'tag-team' bila nak buat entry. Bila aku tulis entry aku selalu suruh Petisuara jadi lembaga penapisan. Ini kerana aku suka merepek ntah apa-apa. Kalau Petisuara tak paham apa aku carut, orang lain lagi lah, bukan? Selain itu, aku boleh kena kritik yang pedas tahap puaka sebelum aku 'publish' entry aku. Lagi rela aku kena dengan Petisuara... paling busuk pun aku merajuk tak 'reply' message dia dalam 30 minit. Kau pun boleh. Bagi la kawan baik kau dulu baca..kalau dia maki 'kaw-kaw' kau boleh terus tumbuk dagu dia dulu dan diikuti dengan 'improvment'!. Sama juga dengan Petisuara...sebagai contoh,

(situasi membalas message)
Peti: I baru tulis entry baru yeay! U dah bace ke yeay! dah bace ke yeay yeay!
Aku: wah.....dah baca dah
Peti: ok tak entry i?
Aku: ok..
Peti: best tak?
Aku: best
Peti: alah tipu!
Aku: betul la
Peti: cakap la betul-betul
Aku: kan dah cakap betul....betul-betul
Peti: benci u...jangan la tipu, best ke tak!
Aku: best!best!best!best!best!best!..wahhhhhh!!!!best gilaaaa!!!wahhhhhh!!!!
Peti: Bye!